Seksyen 41
Perlucuthakan jika tiada pendakwaan
of Undang–Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (Majlis Daerah Besut) 2013
Jika tiada pendakwaan yang melibatkan apa-apa barang, buku, rekod, akaun, tiket, dokumen atau benda yang telah disita di bawah Undang-Undang Kecil ini, maka barang, buku, rekod, akaun, tiket, dokumen atau benda itu hendaklah diambil dan disifatkan telah dilucuthakan kepada Yang Dipertua apabila tamat tempoh tiga puluh hari dari tarikh penyitaan melainkan suatu tuntutan telah dibuat baginya sebelum tamat tempoh itu mengikut cara yang dinyatakan dalam perenggan
(2)
.
(2)
Mana-mana orang yang mengatakan bahawa dia adalah pemunya apa-apa barang, buku, rekod, akaun, tiket, dokumen atau benda yang disita di bawah
Undang-Undang Kecil ini dan bahawa barang, buku, rekod, tiket, akaun, dokumen atau benda itu tidak boleh dilucuthakan boleh, sama ada dia sendiri atau melalui ejennya yang diberi kuasa secara bertulis, memberikan notis bertulis kepada Yang
Dipertua bahawa dia menuntut barang, buku, rekod, akaun, tiket, dokumen atau benda yang disita itu.
(3)
Atas penerimaan suatu notis di bawah perenggan (2), Yang Dipertua boleh mengarahkan supaya barang, buku, rekod, akaun, tiket, dokumen atau benda itu dilepaskan tertakluk kepada fi yang ditetapkan oleh Majlis.