Skip to content

Seksyen 49

Pembatalan

of Undang–Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (Majlis Daerah Besut) 2013

State Subsidiary LegislationIn forceProvision 49 of 49
Seksyen 49
(1)

Tertakluk kepada perenggan (2), apabila Undang-Undang Kecil ini mula berkuat kuasa, Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian

Majlis Daerah Besut 1989 (”Undang-Undang Kecil terbatal”) hendaklah terhenti berkuat kuasa dan hendaklah disifatkan telah terbatal di Majlis Daerah Besut.

(2)

Walau apapun perenggan (1) –

(a)

tiada apa-apa jua yang terkandung di dalam Undang-Undang Kecil ini boleh menghalang mana-mana orang daripada didakwa atau dihukum di bawah Undang-Undang Kecil terbatal sebelum mulanya berkuat kuasa Undang-Undang Kecil ini;

(b)

apa-apa prosiding di bawah Undang-Undang Kecil terbatal yang belum diputuskan sebelum mulanya berkuat kuasa Undang-Undang

Kecil ini hendaklah diteruskan di bawah Undang-Undang Kecil terbatal seolah-olah Undang-Undang Kecil ini tidak dibuat;

(c)

apa-apa lesen, notis dan lain-lain dokumen yang telah dikeluarkan di bawah Undang-Undang Kecil terbatal hendaklah terus berkuatkuasa

2032

[19hb Dis. 2013

sehingga tamat tempoh yang baginya ia telah diberikan tetapi ianya hendaklah tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Undang-Undang

Kecil ini dan ia boleh dibatalkan dibawah dan mengikut Undang-Undang Kecil ini; dan

(d)

apa-apa lantikan atau pemberikuasaan yang diberikan di bawah

Undang-Undang Kecil terbatal hendaklah terus berkuat kuasa seolah-olah ia telah dibuat di bawah Undang-Undang Kecil ini, sehinggalah perlantikan atau pemberikuasaan itu dibatalkan atau diganti di bawah

Undang-Undang Kecil ini.