Seksyen 21
Kemudahan kebersihan
Pihak Berkuasa Melesen boleh menghendaki premis berlesen menyediakan tandas yang sesuai, singki, besen membasuh, tempat mencuci pinggan mangkuk dan bilik basuh menurut apa-apa cara dan jumlah yang difikirkan patut oleh Pihak
Berkuasa Melesen.
(2)
Pemegang lesen hendaklah memastikan bahawa tiap-tiap tandas pada setiap masa dilengkapkan dengan bekalan air yang mencukupi, kertas tandas, bahan pencuci, bahan pewangi atau pewangi udara, bekas sampah dan alat pengering tangan elektrik, tuala bergulung atau tuala bersih, kertas tisu, kepala paip air dan baldi atau getah penyalur untuk tujuan pembersihan.
1476
[19hb Dis. 2013
(3)
Pemegang lesen hendaklah memastikan tiap-tiap tandas, singki, besen membasuh, tempat membuang air kecil, bilik mandi, tempat mencuci pinggan mangkuk, alatan dan lekapan lain yang dipasang di dalamnya hendaklah dalam keadaan bersih pada setiap masa, diselenggarakan, dibaiki dan diganti apabila perlu dan dikehendaki oleh Pihak Berkuasa Melesen pada bila-bila masa.
(4)
Dinding tandas, bilik mandi dan tempat membuang air kecil hendaklah dibuat daripada jubin bersinar dan tingginya tidak kurang dari 1.5 meter dan lantai hendaklah dipasang jubin tidak licin.
(5)
Setiap tandas, tempat membuang air kecil, bilik mandi dan bilik basuh hendaklah dibekalkan dengan lampu dan peredaran udara yang mencukupi atau sebagaimana yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melesen.
(6)
Setiap tandas, tempat membuang air kecil, singki dan lain-lain alat buangan kotoran hendaklah disalirkan sebagaimana yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa
Melesen.
(7)
Pemegang lesen hendaklah memastikan bahawa tandas sentiasa dibuka untuk kegunaan mana-mana orang semasa waktu perniagaan.
Pencahayaan dan pengalih udaraan