Skip to content

Seksyen 33

Kuasa mengenakan syarat tambahan, mengubah atau membatalkan syarat

of Undang–Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (Majlis Daerah Hulu Terengganu) 2013

State Subsidiary LegislationIn forceProvision 33 of 49
Seksyen 33
(1)

Pihak Berkuasa Melesen boleh, dari semasa ke semasa–

(a)

mengenakan apa-apa syarat tambahan ke atas lesen itu; atau

(b)

mengubah atau membatalkan apa-apa syarat yang dikenakan ke atas lesen itu.

(2)

Sebelum Pihak Berkuasa Melesen membuat keputusan di bawah perenggan

(1)

, pemegang lesen hendaklah diberikan –

(a)

suatu notis bertulis mengenai niat Pihak Berkuasa Melesen beserta dengan cadangan mengenai pengenaan, perubahan atau pembatalan itu; dan

(b)

suatu peluang untuk membuat penghujahan bertulis dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis bertulis itu yang hendaklah tidak kurang daripada tujuh hari.

(3)

Selepas habis tempoh yang dinyatakan dalam notis itu, Pihak Berkuasa

Melesen hendaklah, selepas menimbangkan apa-apa penghujahan bertulis yang dibuat oleh pemegang lesen itu dan dengan mengambil kira dengan sewajarnya apa-apa syor, memutuskan sama ada untuk mengenakan syarat tambahan atau mengubah atau membatalkan mana-mana syarat yang sedia ada atau untuk tidak mengambil tindakan lanjut.

(4)

Pihak Berkuasa Melesen hendaklah memberi pemegang lesen itu suatu notis bertulis mengenai keputusan Majlis di bawah perenggan (3) dan keputusan itu hendaklah berkuat kuasa pada tarikh yang dinyatakan dalam notis bertulis itu.

1480

[19hb Dis. 2013