Seksyen 7
Lesen hendaklah dipamerkan dan dikemukakan
(1)
Pemegang lesen hendaklah mempamerkan lesennya pada sepanjang masa di suatu tempat yang mudah dilihat di dalam premisnya dan hendaklah mengemukakannya sekiranya dikehendaki berbuat demikian oleh Pihak Berkuasa
Melesen atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa.
(2)
Pemegang lesen yang gagal untuk mempamer atau mengemukakan lesennya di bawah perenggan (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan hukuman denda yang tidak melebihi lima ratus ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
(3)
Bagi maksud peruntukan ini, suatu rujukan kepada ”lesen” hendaklah termasuk suatu salinan yang disahkan oleh Pihak Berkuasa Melesen sebagai suatu salinan benar lesen dan hanya boleh dikeluarkan tertakluk kepada bayaran fi yang ditetapkan dalam Jadual Pertama.