Skip to content

Seksyen 14

Kesan penggantungan, pembatalan atau tamat tempoh lesen

of Undang–Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian ( Majlis Daerah Setiu ) 2013

State Subsidiary LegislationIn forceProvision 14 of 49
Seksyen 14
(1)

Jika penggantungan atau pembatalan sesuatu lesen di bawah undang-undang kecil 12 telah mula berkuat kuasa atau jika lesen itu telah habis tempoh mengikut undang-undang kecil 5, pemegang lesen hendaklah dengan serta-merta berhenti menjalankan atau menguruskan apa-apa aktiviti tred, perniagaan atau perindustrian.

(2)

Walau apa pun perenggan (1) pemegang lesen yang lesennya telah habis tempoh boleh menjalankan atau menguruskan apa-apa aktiviti tred, perniagaan atau perindustriannya apabila dibuktikan kepada Pihak Berkuasa Melesen bahawa pemegang lesen itu telah memohon pembaharuan lesen di bawah undang-undang kecil 6.

19hb Dis. 2013]

1885

(3)

Mana-mana orang yang menjalankan atau menguruskan suatu premis berlesen semasa tempoh penggantungan atau selepas pembatalan lesen adalah melakukan suatu kesalahan.