Skip to content

Seksyen 49

Pembatalan

of Undang–Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian ( Majlis Daerah Setiu ) 2013

State Subsidiary LegislationIn forceProvision 49 of 49
Seksyen 49
(1)

Tertakluk kepada perenggan (2), apabila Undang-Undang Kecil ini mula berkuat kuasa, Undang-Undang Kecil Tred, Perniagaan dan Perindustrian (Majlis

Daerah Setiu) 1989 (”Undang-Undang Kecil terbatal”) hendaklah terhenti berkuat kuasa dan hendaklah disifatkan telah terbatal di Majlis Daerah Setiu.

(2)

Walau apapun perenggan (1) –

(a)

tiada apa-apa jua yang terkandung di dalam Undang-Undang Kecil ini boleh menghalang mana-mana orang daripada didakwa atau dihukum di bawah Undang-Undang Kecil terbatal sebelum mulanya berkuat kuasa Undang-Undang Kecil ini;

(b)

apa-apa prosiding di bawah Undang-Undang Kecil terbatal yang belum diputuskan sebelum mulanya berkuat kuasa Undang-Undang

Kecil ini hendaklah diteruskan di bawah Undang-Undang Kecil terbatal seolah-olah Undang-Undang Kecil ini tidak dibuat;

19hb Dis. 2013]

1899

(c)

apa-apa lesen, notis dan lain-lain dokumen yang telah dikeluarkan di bawah Undang-Undang Kecil terbatal hendaklah terus berkuatkuasa sehingga tamat tempoh yang baginya ia telah diberikan tetapi ianya hendaklah tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Undang-Undang

Kecil ini dan ia boleh dibatalkan dibawah dan mengikut Undang-Undang Kecil ini; dan

(d)

apa-apa lantikan atau pemberikuasaan yang diberikan di bawah

Undang-Undang Kecil terbatal hendaklah terus berkuat kuasa seolah-olah ia telah dibuat di bawah Undang-Undang Kecil ini, sehinggalah perlantikan atau pemberikuasaan itu dibatalkan atau diganti di bawah

Undang-Undang Kecil ini.