Skip to content

Seksyen 6

Membaharui lesen

of Undang–Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian ( Majlis Perbandaran Dungun) 2013

State Subsidiary LegislationIn forceProvision 6 of 49
Seksyen 6

(1)

Suatu lesen itu boleh diperbaharui dengan mengemukakan permohonan kepada Pihak Berkuasa Melesen.

(2)

Pihak Berkuasa Melesen boleh menghendaki pemohon memberi apa-apa dokumen atau maklumat tambahan semasa mengemukakan permohonan membaharui lesen.

(3)

Pihak Berkuasa Melesen boleh memperbaharui lesen itu atau enggan membaharui lesen itu dan hendaklah memberitahu keputusan itu kepada pemohon secara bertulis.