Seksyen 6
Kecualian
of Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia (Pindaan) 2019
Mana-mana anggota yang dilantik atau dipilih sebagai pemegang jawatan dalam suatu pertubuhan belia yang telah mencapai umur tiga puluh tahun atau telah melebihi umur tiga puluh tahun sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, pada atau selepas tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, dibenarkan untuk memegang jawatan sehingga tamat penggalnya.
Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia (Pindaan)
(2)
Mana-mana prosedur yang berhubungan dengan pembatalan pendaftaran mana-mana pertubuhan belia berdaftar yang masih belum selesai atau dimulakan sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, selepas tarikh permulaan kuat kuasa
Akta ini, diteruskan dan diselesaikan seolah-olah Akta ibu tidak dipinda oleh Akta ini.