Skip to content
ActIn force

Akta Pelan dan Dokumen Tanah dan Lombong (Salinan Fotograf) 1950

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Enacted
1950
Sections
5
Languages
EN · MS

Akta Pelan dan Dokumen Tanah dan Lombong (Salinan Fotograf) 1950 is Malaysia Act, cited as Act 233 1950, currently marked in force and first recorded in 1950.

Front matterCover and publication detailsOpen

MALAYSIA

VERSI ATAS TALIAN TEKS

CETAKAN SEMULA YANG KEMAS KINI

Akta 233

AKTA PELAN DAN DOKUMEN

TANAH DAN LOMBONG

Sebagaimana pada 1 Disember 2012

2

Pertama kali dibuat

… … … … … 1950 (Ordinan No. 18

tahun 1950)

Disemak

… … … … … …

1980 (Akta 233 m.b.k.

15 Julai 1980)

3

Akta 233

Opening note

Preamble

  1. Suatu Akta bagi mengadakan peruntukan mengenai kesahan pelan yang dikeluarkan secara fotografi dan salinan pelan dan dokumen. [23 Mei 1950] Tajuk ringkas dan pemakaian

(1)

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Pelan dan Dokumen

Tanah dan Lombong (Salinan Fotograf) 1950.

(2)

Akta ini terpakai di *Semenanjung Malaysia sahaja.

Tafsiran

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain —

“dokumen” ertinya –

(a)

dokumen hak milik berdaftar, dokumen hak milik keluaran atau pajakan, sebagaimana ditakrifkan dalam setiap hal dalam Kanun Tanah Negara [Akta No. 56

tahun 1965];

*CATATAN—Pemakaian ke Wilayah Persekutuan Labuan melalui pengubahsuaian – lihat

P.U.

(A)

457/2009 yang bermula pada 1 Januari 2010.

6 Undang-Undang Malaysia AKTA 233

(b)

apa-apa lesen, permit, notis, perjanjian atau dokumen lain berkaitan dengan tanah yang diberi, dikeluarkan atau dimasuki oleh atau bagi pihak Raja atau Yang Dipertua

Negeri bagi sesuatu Negeri; atau

(c)

pajakan atau pajakan kecil lombong, pajakan sementara lombong atau perakuan melombong diberi atau dikeluarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang ditentukan dalam Jadual;

“Semenanjung

Malaysia”

mempunyai erti yang diberikan kepadanya oleh seksyen 3 Akta Tafsiran 1948 dan 1967 [Akta 388], dan meliputi Wilayah Persekutuan.

Pelan yang dikeluarkan secara fotografi, dan salinan pelan tanah adalah mematuhi secukupnya undang-undang yang menghendaki pelan dan salinan pelan dilukis

Jika, di bawah peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang ditentukan dalam Jadual, pelan atau salinan pelan mana-mana tanah dikehendaki dilukis, terkandung di dalam atau dilampirkan kepada apa-apa dokumen, atau apa-apa salinan sesuatu dokumen dikehendaki dibuat atau diserahkan kepada seseorang, adalah mencukupi bagi maksud-maksud sesuatu undang-undang bertulis itu bagi melampirkan kepada dokumen tersebut pelan yang dikeluarkan secara fotografi atau salinan pelan tanah tersebut atau membuat atau menyerah satu salinan dokumen tersebut yang dikeluarkan secara fotografi, mengikut mana yang berkenaan:

Dengan syarat bahawa−

(a)

pelan atau salinan mana-mana pelan atau dokumen yang dikeluarkan secara fotografi dibuat oleh Ketua Pengarah

Ukur atau oleh seorang yang diberi kuasa dengan sewajarnya secara bertulis olehnya untuk melakukannya; dan

Pelan dan Dokumen Tanah dan Lombong 7

(Salinan Fotograf)

(b)

pelan atau salinan tersebut diakui oleh Ketua Pengarah

Ukur atau orang yang membuatnya sebagai pelan yang benar dan betul terhadap tanah sedemikian atau sebagai salinan daripada pelan asal atau dokumen asal yang benar dan tepat, mengikut mana yang berkenaan.

Pelan dan salinan fotograf boleh diterima dalam keterangan

Tiap-tiap pelan yang dikeluarkan secara fotografi mengenai mana-mana tanah atau salinan pelan atau dokumen yang dibuat dengan sewajarnya dan diakui menurut peruntukan seksyen 3 dan dilampirkan kepada mana-mana dokumen atau diserahkan kepada mana-mana orang sebagaimana yang dikehendaki oleh, dan bagi maksud, mana-mana undang-undang bertulis berkaitan dengan tanah atau lombong di Semenanjung Malaysia adalah boleh diterima dalam keterangan tanpa pembuktian selanjutnya di semua mahkamah di

Semenanjung Malaysia.

Kuasa Menteri meminda Jadual

Menteri yang bertanggungjawab terhadap tanah boleh dari semasa ke semasa dengan perintah yang disiarkan dalam Warta meminda atau menambah Jadual.

_______________________________________

8 Undang-Undang Malaysia AKTA 233

JADUAL

[Seksyen 3]

N.M.B. Bab 147 … … …

Enakmen Lombong

Enakmen Johor No. 69 … … …

Enakmen Lombong

Enakmen Kedah No. 67 … …

Enakmen No. 67 (Lombong)

Enakmen Kelantan No. 10 tahun 1939

Enakmen Lombong 1939

Enakmen Trengganu No. 51 tahun 1356

Enakmen Lombong

Enakmen Perlis No. 1 tahun 1340

Enakmen Lombong 1340

Ordinan M.U. No. 8 tahun 1948

Ordinan Keretapi 1948

______________

9

Akta 233

SENARAI PINDAAN

Undang-undang Tajuk ringkas Berkuat kuasa yang meminda dari

L.N. 332/1958

Perintah Perlembagaan 13-11-1958

Persekutuan (Pengubahsuaian

Undang-Undang) (Ordinan dan

Pengistiharan) 1958

L.N. 447/1965

Perintah Kanun Tanah Negara 23-12-1965

(Pemansuhan dan Pindaan) 1965

P.U. 297/1996

Perintah Kanun Tanah Negara 04-08-1966

(Pemansuhan dan Pindaan) 1966

P.U. (B) 324/1970

Nama Jawatan−Pemberitahuan 01-01-1971

P.U. (A) 457/2009 Perintah Wilayah Persekutuan Labuan 01-01-2010

(Pemerluasan dan Ubah Suaian Akta

Pelan dan Dokumen Tanah dan Lombong

(Salinan Fotograf)) 2009

___________________

10 Undang-Undang Malaysia AKTA 233

Akta 233

SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari 2

L.N. 477/1965 23-12-1965

P.U. 297/1966 01-01-1966

3

P.U. (B) 324/1970 01-01-1971

5

L.N. 332/1958 13-11-1958

Jadual

L.N. 477/1965 23-12-1965

Keseluruhan Akta

P.U. (B) 324/1970 01-01-1970

___________________

Common questions

What is Akta Pelan dan Dokumen Tanah dan Lombong (Salinan Fotograf) 1950?
Akta Pelan dan Dokumen Tanah dan Lombong (Salinan Fotograf) 1950 is Malaysia Act, cited as Act 233 1950, currently marked in force and first recorded in 1950.
Is Akta Pelan dan Dokumen Tanah dan Lombong (Salinan Fotograf) 1950 still in force?
Yes — Akta Pelan dan Dokumen Tanah dan Lombong (Salinan Fotograf) 1950 is currently in force.
When did Akta Pelan dan Dokumen Tanah dan Lombong (Salinan Fotograf) 1950 take effect?
Akta Pelan dan Dokumen Tanah dan Lombong (Salinan Fotograf) 1950 was first recorded in 1950.
How many sections does Akta Pelan dan Dokumen Tanah dan Lombong (Salinan Fotograf) 1950 have?
Akta Pelan dan Dokumen Tanah dan Lombong (Salinan Fotograf) 1950 contains 5 sections.
Where can I read the official version of Akta Pelan dan Dokumen Tanah dan Lombong (Salinan Fotograf) 1950?
The official text of Akta Pelan dan Dokumen Tanah dan Lombong (Salinan Fotograf) 1950 is published at lom.agc.gov.my.

Something wrong on this page?

If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.