Seksyen 1
(1)
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Pelan dan Dokumen
Tanah dan Lombong (Salinan Fotograf) 1950.
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Akta Pelan dan Dokumen Tanah dan Lombong (Salinan Fotograf) 1950 is Malaysia Act, cited as Act 233 1950, currently marked in force and first recorded in 1950.
MALAYSIA
VERSI ATAS TALIAN TEKS
CETAKAN SEMULA YANG KEMAS KINI
Akta 233
AKTA PELAN DAN DOKUMEN
TANAH DAN LOMBONG
Sebagaimana pada 1 Disember 2012
2
Pertama kali dibuat
… … … … … 1950 (Ordinan No. 18
tahun 1950)
Disemak
… … … … … …
1980 (Akta 233 m.b.k.
15 Julai 1980)
3
Akta 233
Opening note
(1)
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Pelan dan Dokumen
Tanah dan Lombong (Salinan Fotograf) 1950.
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain —
“dokumen” ertinya –
dokumen hak milik berdaftar, dokumen hak milik keluaran atau pajakan, sebagaimana ditakrifkan dalam setiap hal dalam Kanun Tanah Negara [Akta No. 56
tahun 1965];
*CATATAN—Pemakaian ke Wilayah Persekutuan Labuan melalui pengubahsuaian – lihat
P.U.
457/2009 yang bermula pada 1 Januari 2010.
6 Undang-Undang Malaysia AKTA 233
apa-apa lesen, permit, notis, perjanjian atau dokumen lain berkaitan dengan tanah yang diberi, dikeluarkan atau dimasuki oleh atau bagi pihak Raja atau Yang Dipertua
Negeri bagi sesuatu Negeri; atau
pajakan atau pajakan kecil lombong, pajakan sementara lombong atau perakuan melombong diberi atau dikeluarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang ditentukan dalam Jadual;
“Semenanjung
Malaysia”
mempunyai erti yang diberikan kepadanya oleh seksyen 3 Akta Tafsiran 1948 dan 1967 [Akta 388], dan meliputi Wilayah Persekutuan.
Pelan yang dikeluarkan secara fotografi, dan salinan pelan tanah adalah mematuhi secukupnya undang-undang yang menghendaki pelan dan salinan pelan dilukis
Jika, di bawah peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang ditentukan dalam Jadual, pelan atau salinan pelan mana-mana tanah dikehendaki dilukis, terkandung di dalam atau dilampirkan kepada apa-apa dokumen, atau apa-apa salinan sesuatu dokumen dikehendaki dibuat atau diserahkan kepada seseorang, adalah mencukupi bagi maksud-maksud sesuatu undang-undang bertulis itu bagi melampirkan kepada dokumen tersebut pelan yang dikeluarkan secara fotografi atau salinan pelan tanah tersebut atau membuat atau menyerah satu salinan dokumen tersebut yang dikeluarkan secara fotografi, mengikut mana yang berkenaan:
Dengan syarat bahawa−
pelan atau salinan mana-mana pelan atau dokumen yang dikeluarkan secara fotografi dibuat oleh Ketua Pengarah
Ukur atau oleh seorang yang diberi kuasa dengan sewajarnya secara bertulis olehnya untuk melakukannya; dan
Pelan dan Dokumen Tanah dan Lombong 7
(Salinan Fotograf)
pelan atau salinan tersebut diakui oleh Ketua Pengarah
Ukur atau orang yang membuatnya sebagai pelan yang benar dan betul terhadap tanah sedemikian atau sebagai salinan daripada pelan asal atau dokumen asal yang benar dan tepat, mengikut mana yang berkenaan.
Pelan dan salinan fotograf boleh diterima dalam keterangan
Tiap-tiap pelan yang dikeluarkan secara fotografi mengenai mana-mana tanah atau salinan pelan atau dokumen yang dibuat dengan sewajarnya dan diakui menurut peruntukan seksyen 3 dan dilampirkan kepada mana-mana dokumen atau diserahkan kepada mana-mana orang sebagaimana yang dikehendaki oleh, dan bagi maksud, mana-mana undang-undang bertulis berkaitan dengan tanah atau lombong di Semenanjung Malaysia adalah boleh diterima dalam keterangan tanpa pembuktian selanjutnya di semua mahkamah di
Semenanjung Malaysia.
Kuasa Menteri meminda Jadual
Menteri yang bertanggungjawab terhadap tanah boleh dari semasa ke semasa dengan perintah yang disiarkan dalam Warta meminda atau menambah Jadual.
_______________________________________
8 Undang-Undang Malaysia AKTA 233
JADUAL
[Seksyen 3]
N.M.B. Bab 147 … … …
Enakmen Lombong
Enakmen Johor No. 69 … … …
Enakmen Lombong
Enakmen Kedah No. 67 … …
Enakmen No. 67 (Lombong)
Enakmen Kelantan No. 10 tahun 1939
Enakmen Lombong 1939
Enakmen Trengganu No. 51 tahun 1356
Enakmen Lombong
Enakmen Perlis No. 1 tahun 1340
Enakmen Lombong 1340
Ordinan M.U. No. 8 tahun 1948
Ordinan Keretapi 1948
______________
9
Akta 233
SENARAI PINDAAN
Undang-undang Tajuk ringkas Berkuat kuasa yang meminda dari
L.N. 332/1958
Perintah Perlembagaan 13-11-1958
Persekutuan (Pengubahsuaian
Undang-Undang) (Ordinan dan
Pengistiharan) 1958
L.N. 447/1965
Perintah Kanun Tanah Negara 23-12-1965
(Pemansuhan dan Pindaan) 1965
P.U. 297/1996
Perintah Kanun Tanah Negara 04-08-1966
(Pemansuhan dan Pindaan) 1966
P.U. (B) 324/1970
Nama Jawatan−Pemberitahuan 01-01-1971
P.U. (A) 457/2009 Perintah Wilayah Persekutuan Labuan 01-01-2010
(Pemerluasan dan Ubah Suaian Akta
Pelan dan Dokumen Tanah dan Lombong
(Salinan Fotograf)) 2009
___________________
10 Undang-Undang Malaysia AKTA 233
Akta 233
SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari 2
L.N. 477/1965 23-12-1965
P.U. 297/1966 01-01-1966
3
P.U. (B) 324/1970 01-01-1971
5
L.N. 332/1958 13-11-1958
Jadual
L.N. 477/1965 23-12-1965
Keseluruhan Akta
P.U. (B) 324/1970 01-01-1970
___________________
If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.