Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2013Read it in English

18. Perintah pengangkatan berkenaan dengan anak yang telah diangkat dahulunya

Feedback & support
(1)

Suatu perintah pengangkatan atau suatu perintah interim boleh dibuat berkenaan dengan seseorang anak yang telah pun menjadi subjek suatu perintah pengangkatan di bawah Akta ini.

(2)

Berhubung dengan suatu permohonan bagi suatu perintah pengangkatan berkenaan dengan seorang anak yang telah diangkat dahulunya, pengangkat di bawah perintah pengangkatan yang dahulu atau dahulu yang terakhir hendaklah disifatkan sebagai ibu atau bapa anak itu bagi segala maksud Akta ini.

Report