Skip to content

Seksyen 13

Kewajipan penjaga ad litem

of Akta Pengangkatan 1952

ActIn forceProvision 13 of 32
Seksyen 13
(1)

Menjadi kewajipan penjaga ad litem untuk menyiasat dengan seberapa lengkap yang boleh segala hal keadaan anak dan pemohon itu, dan semua perkara lain yang berkaitan dengan pengangkatan yang dicadangkan itu, bagi melindungi kepentingan anak itu di hadapan Mahkamah, dan, khususnya, menjadi kewajipannya untuk memasukkan dalam penyiasatannya soalan yang berikut:

(a)

sama ada pernyataan dalam borang permohonan yang dikehendaki oleh subseksyen 11(1) adalah benar dan lengkap, khususnya mengenai tarikh lahir dan identiti anak itu;

(b)

sama ada apa-apa bayaran atau hadiah lain sebagai balasan bagi pengangkatan itu telah diterima atau dipersetujui, dan sama ada ia konsisten dengan kebajikan anak itu;

(c)

sama ada keadaan kemampuan dan status pemohon itu membolehkannya menanggung dan membesarkan anak itu dengan sesuai, dan apakah hak atau kepentingan mengenai harta yang ada pada anak itu;

(d)

apakah insurans, jika ada, yang telah dilaksanakan ke atas nyawa anak itu;

(e)

sama ada wajar bagi kebajikan anak itu hingga Mahkamah perlu diminta membuat suatu perintah interim atau, dalam membuat suatu perintah pengangkatan, untuk mengenakan apa-apa terma atau syarat tertentu atau untuk menghendaki pengangkat itu membuat apa-apa peruntukan khusus bagi anak itu.

(2)

Penjaga ad litem hendaklah menganggap segala maklumat yang didapatinya semasa menjalankan penyiasatannya sebagai sulit, dan tidak boleh menzahirkan mana-mana bahagiannya kepada mana-mana orang lain kecuali setakat yang perlu bagi melaksanakan kewajipannya dengan sepatutnya.

18

Undang-Undang Malaysia AKTA 257