Seksyen 9
Penyiaran dan penzahiran maklumat tanpa kebenaran
of Akta Suruhanjaya Pilihan Raya 1957
Tiada seorang pun anggota Suruhanjaya Pilihan Raya atau mana-mana orang lain, tanpa kebenaran bertulis Yang di-Pertuan Agong, boleh menyiarkan atau menzahirkan, kepada mana-mana orang yang tidak diberi kebenaran atau selain dalam perjalanan kewajipan, kandungan atau mana-mana bahagian kandungan apa-apa dokumen, komunikasi atau maklumat jua pun yang telah sampai kepada pengetahuannya dalam perjalanan
8
Undang-Undang Malaysia
Akta 31
kewajipannya sebagai anggota berkenaan dengan apa-apa perkara yang berhubungan dengan penjalanan oleh Suruhanjaya Pilihan
Raya mana-mana fungsinya, dan mana-mana orang yang dengan disedarinya melakukan perbuatan yang melanggar subseksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
(2)
Jika mana-mana orang yang memiliki apa-apa maklumat yang pada pengetahuannya telah dizahirkan dengan melanggar seksyen ini menyiarkan atau menyampaikan maklumat itu kepada mana-mana orang selain bagi maksud sesuatu pendakwaan di bawah Akta ini, dia melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.