8. Memberikan maklumat palsu kepada Suruhanjaya
Feedback & supportMana-mana orang yang, berkaitan dengan penjalanan oleh
Suruhanjaya Pilihan Raya mana-mana fungsinya, dengan sengaja memberikan apa-apa maklumat yang palsu atau mengelirukan tentang apa-apa butir material kepada Suruhanjaya itu atau kepada mana-mana anggotanya atau kepada mana-mana orang atau kumpulan orang yang dilantik oleh Suruhanjaya itu untuk membantu menjalankan fungsinya melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.