Skip to content
ActIn force

Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Enacted
1959
Sections
10
Languages
EN · MS

Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 is Malaysia Act, cited as Act 298 1959, currently marked in force and first recorded in 1959.

Front matterCover and publication detailsOpen

MALAYSIA

VERSI DALAM TALIAN TEKS

CETAKAN SEMULA YANG KEMAS KINI

Akta 298

Sebagaimana pada 1 Jun 2014

Teks ini HANYA TERJEMAHAN oleh Jabatan Peguam Negara, bagi Protected

Areas and Protected Places Act 1959 sebagaimana disemak dalam tahun 1983.

Melainkan jika dan sehingga ditetapkan sahih di bawah subseksyen 7(1) Akta

Bahasa Kebangsaan 1963/67 [Akta 32], teks ini bukan perundangan.

2

Disemak hingga

… … … …

…

8 Julai 1983

Tarikh ditetapkan untuk mula berkuat kuasa

… … …

19 Januari 1984

Tarikh disiarkan dalam Warta

... ... ... ...

29 Disember 1983

3

Akta 298

Opening note

Preamble

  1. Suatu Akta bagi mengadakan peruntukan mengenai kawasan larangan dan tempat larangan. [Semenanjung Malaysia – 1 Februari 1960 – (P.U. 27/1960); Sabah dan Sarawak – 16 September 1963 – (P.U. 232/1963)] Tajuk ringkas

Akta ini bolehlah dinamakan sebagai Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959.

Tafsiran

Dalam Akta ini—

“kawasan larangan”

ertinya mana-mana kawasan yang diisytiharkan sebagai kawasan larangan mengikut peruntukan seksyen 4;

“Ketua Pegawai Polis” termasuklah seorang Pesuruhjaya Polis yang diberi pengawalan ke atas Polis Diraja Malaysia berhubungan mana-mana kawasan atau Negeri;

“pegawai berkuasa” ertinya –

6 Undang-Undang Malaysia AKTA 298

(b)

mana-mana orang yang memegang surat tauliah dalam mana-mana angkatan tentera atau mana-mana angkatan tempatan yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis atau dalam mana-mana angkatan pelawat yang sah di sisi undang-undang yang berada di Malaysia;

(c)

mana-mana anggota angkatan tentera atau mana-mana angkatan tentera tempatan yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis atau mana-mana angkatan pelawat yang sah di sisi undang-undang berada di Malaysia yang menjalankan tugas seorang pengawal atau sentri dalam mana-mana tempat larangan atau kawasan larangan menurut perintah yang dikeluarkan oleh seorang yang memegang surat tauliah dalam mana-mana angkatan tentera atau mana-mana angkatan tentera tempatan yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis atau mana-mana angkatan pelawat yang sah di sisi undang-undang berada di Malaysia;

(d)

mana-mana orang yang menjalankan tugas pengawal atau jaga dalam tempat larangan atau kawasan larangan dan diberi kuasa dengan khasnya bagi maksud itu oleh seorang pegawai polis di bawah seksyen 3;

“tempat larangan” ertinya mana-mana premis yang diisytiharkan sebagai tempat larangan mengikut peruntukan seksyen 5.

Pemberian kuasa kepada pengawal dan jaga

Ketua Polis Negara, mana-mana Ketua Pegawai Polis dan mana-mana pegawai polis yang berpangkat Penolong Penguasa atau lebih tinggi yang diberi kuasa dalam hal itu oleh Ketua Polis Negara atau

Ketua Pegawai Polis, boleh memberi kuasa kepada mana-mana orang yang menjalankan tugas-tugas pengawal atau jaga di dalam kawasan larangan atau tempat larangan untuk menjalankan kuasa seorang pegawai berkuasa di bawah Akta ini.

Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 7

Kawasan larangan

(1)

Jika berhubungan dengan mana-mana kawasan pada hemat

Menteri adalah perlu atau suai-manfaat bahawa langkah khas patut diambil bagi mengawal pergerakan dan kelakuan orang di dalamnya dia boleh dengan perintah mengisytiharkan kawasan itu sebagai kawasan larangan bagi maksud Akta ini.

(2)

Mana-mana orang yang berada di dalam mana-mana kawasan larangan hendaklah mematuhi apa-apa arahan bagi mengawal selia pergerakan dan kelakuannya yang diberi oleh pegawai berkuasa, dan seorang pegawai berkuasa boleh memeriksa mana-mana orang yang memasuki, atau bertujuan untuk memasuki, atau berada di dalam, kawasan larangan, dan boleh menahan mana-mana orang tersebut bagi tujuan memeriksanya.

(3)

Jika mana-mana orang semasa berada di dalam kawasan larangan tidak mematuhi apa-apa arahan yang diberi di bawah subseksyen (2) maka, tanpa menjejaskan apa-apa prosiding yang boleh diambil terhadapnya, dia boleh dikeluarkan dari kawasan tersebut oleh pegawai berkuasa.

Tempat larangan

(1)

Jika berhubungan dengan mana-mana premis pada hemat

Menteri adalah perlu atau suai manfaat bahawa tindakan berjaga-jaga yang khas hendaklah diambil bagi mencegah kemasukan ke dalamnya orang yang tidak dibenarkan, Menteri boleh dengan perintah mengisytiharkan premis tersebut sebagai tempat larangan bagi maksud Akta ini; dan selagi perintah itu berkuat kuasa tiada seorang pun boleh berada di premis tersebut melainkan jika dia memiliki paskad atau permit yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak berkuasa atau orang yang dinyatakan dalam perintah itu, atau telah menerima kebenaran pegawai berkuasa yang bertugas di premis untuk memasuki premis itu.

8 Undang-Undang Malaysia AKTA 298

(2)

Jika, menurut seksyen ini, mana-mana orang diberi kebenaran untuk berada di suatu tempat larangan, orang tersebut hendaklah, semasa bertindak di bawah kebenaran itu, mematuhi apa-apa arahan bagi mengawal selia kelakuannya yang diberi oleh pihak berkuasa atau orang yang memberi kebenaran itu; dan seorang pegawai berkuasa, atau mana-mana orang yang diberi kuasa bagi maksud itu oleh penghuni premis itu, boleh memeriksa mana-mana orang yang memasuki, atau bertujuan untuk memasuki, atau berada di dalam, tempat larangan, dan boleh menahan mana-mana orang tersebut bagi tujuan memeriksanya.

(3)

Jika mana-mana orang yang berada di dalam tempat larangan berlanggaran dengan seksyen ini, atau semasa berada di tempat tersebut tidak mematuhi apa-apa arahan yang diberi di bawah seksyen ini, maka, tanpa menjejaskan apa-apa prosiding yang boleh diambil terhadapnya, dia boleh dikeluarkan daripada tempat itu oleh seorang pegawai berkuasa atau mana-mana orang yang diberi kuasa bagi maksud itu oleh penghuni premis itu.

(4)

Paskad atau permit yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1)

hendaklah dalam bentuk yang dinyatakan dalam perintah yang dibuat di bawahnya, atau dalam apa-apa bentuk sebagaimana yang ditetapkan oleh pihak berkuasa atau orang lain yang dinyatakan di dalam perintah itu.

Notis mengenai perintah di bawah seksyen 4 dan 5

Apabila sesuatu perintah dibuat di bawah subseksyen 4(1) atau subseksyen 5(1) Menteri hendaklah menyebabkan notis mengenai kesan perintah itu diberi dalam apa jua cara yang difikirkannya perlu bagi memberitahu kesemua orang yang pada pendapatnya patut diberitahu tentang hal itu; dan perintah itu hendaklah, walau apa pun peruntukan seksyen 19(1) Akta Tafsiran 1967 [Akta 388], berkuat kuasa selepas sahaja notis itu diberi, tanpa penyiaran dalam Warta.

Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 9

Penalti

Jika mana-mana orang melanggar atau gagal mematuhi mana-mana peruntukan yang terkandung dalam seksyen 4 dan 5 atau mana-mana perintah yang dibuat di bawahnya atau mana-mana arahan yang diberi atau kehendak yang dikenakan di bawahnya dia adalah melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini dan boleh dikenakan penjara selama tempoh dua tahun atau denda sebanyak satu ribu ringgit atau kedua-duanya sekali.

Kesalahan boleh tangkap dan tidak boleh jamin

Tiap-tiap kesalahan terhadap peruntukan Akta ini adalah boleh tangkap dan tidak boleh jamin bagi maksud undang-undang yang sedang berkuat kuasa berhubungan dengan tatacara jenayah.

Kuasa khas di kawasan larangan dan tempat larangan

Mana-mana orang yang cuba memasuki atau yang berada di dalam kawasan larangan atau tempat larangan dan tidak berhenti setelah dicabar tiga kali oleh pegawai berkuasa supaya berbuat demikian boleh ditangkap dengan kekerasan, yang mana kekerasan itu jika perlu untuk melaksanakan penangkapan itu boleh berlanjutan sehingga menyebabkan kematian dengan sengaja.

Langah-langkah keselamatan di kawasan larangan dan tempat larangan

(1)

Adalah sah di sisi undang-undang bagi

Menteri membenarkan supaya diambil apa-apa langkah yang didapatinya perlu bagi melindungi mana-mana kawasan larangan atau tempat larangan, dan langkah tersebut boleh berlanjutan ke pengambilan langkah pertahanan yang melibatkan atau mungkin melibatkan bahaya kepada nyawa mana-mana orang yang memasuki atau cuba memasuki kawasan larangan atau tempat larangan.

10 Undang-Undang Malaysia AKTA 298

(2)

Jika apa-apa langkah seperti yang tersebut dalam subseksyen

(1)

diterima pakai Ketua Polis Negara atau Ketua Polis kawasan atau

Negeri di mana kawasan larangan atau tempat larangan itu terletak, atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Menteri bagi maksud itu hendaklah mengambil apa-apa langkah berjaga-jaga, termasuklah mempamerkan dengan terang notis amaran seperti yang didapati semunasabahnya perlu bagi mencegah kemasukan yang silap atau tidak sengaja ke dalam mana-mana kawasan larangan atau tempat larangan; dan, jika langkah berjaga-jaga sedemikian telah diambil dengan sewajarnya, tiada seorang pun adalah berhak mendapat pampasan atau ganti rugi berkenaan dengan apa-apa kecederaan yang diterima atau kematian yang berlaku disebabkan oleh kemasukan yang tidak dibenarkan ke dalam mana-mana kawasan larangan atau tempat larangan tersebut.

11

Akta 298

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang meminda

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa dari

P.U. 232/1963

Perintah Ubahsuaian

Undang-Undang

(Keselamatan Dalam

Negeri dan

Ketenteraman Awam)

(Negeri-Negeri Borneo)

1963

16-09-1963

Akta 160

Akta Mata Wang

Malaysia (Ringgit) 1975

29-08-1975

12

Akta 298

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari-TIADA-

Common questions

What is Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959?
Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 is Malaysia Act, cited as Act 298 1959, currently marked in force and first recorded in 1959.
Is Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 still in force?
Yes — Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 is currently in force.
When did Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 take effect?
Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 was first recorded in 1959.
How many sections does Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 have?
Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 contains 10 sections.
Where can I read the official version of Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959?
The official text of Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 is published at lom.agc.gov.my.

Something wrong on this page?

If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.