Seksyen 4
Kawasan larangan
of Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959
Jika berhubungan dengan mana-mana kawasan pada hemat
Menteri adalah perlu atau suai-manfaat bahawa langkah khas patut diambil bagi mengawal pergerakan dan kelakuan orang di dalamnya dia boleh dengan perintah mengisytiharkan kawasan itu sebagai kawasan larangan bagi maksud Akta ini.
(2)
Mana-mana orang yang berada di dalam mana-mana kawasan larangan hendaklah mematuhi apa-apa arahan bagi mengawal selia pergerakan dan kelakuannya yang diberi oleh pegawai berkuasa, dan seorang pegawai berkuasa boleh memeriksa mana-mana orang yang memasuki, atau bertujuan untuk memasuki, atau berada di dalam, kawasan larangan, dan boleh menahan mana-mana orang tersebut bagi tujuan memeriksanya.
(3)
Jika mana-mana orang semasa berada di dalam kawasan larangan tidak mematuhi apa-apa arahan yang diberi di bawah subseksyen (2) maka, tanpa menjejaskan apa-apa prosiding yang boleh diambil terhadapnya, dia boleh dikeluarkan dari kawasan tersebut oleh pegawai berkuasa.