Skip to content

Seksyen 5

Tempat larangan

of Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959

ActIn forceProvision 5 of 10
Seksyen 5

(1)

Jika berhubungan dengan mana-mana premis pada hemat

Menteri adalah perlu atau suai manfaat bahawa tindakan berjaga-jaga yang khas hendaklah diambil bagi mencegah kemasukan ke dalamnya orang yang tidak dibenarkan, Menteri boleh dengan perintah mengisytiharkan premis tersebut sebagai tempat larangan bagi maksud Akta ini; dan selagi perintah itu berkuat kuasa tiada seorang pun boleh berada di premis tersebut melainkan jika dia memiliki paskad atau permit yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak berkuasa atau orang yang dinyatakan dalam perintah itu, atau telah menerima kebenaran pegawai berkuasa yang bertugas di premis untuk memasuki premis itu.

8 Undang-Undang Malaysia AKTA 298

(2)

Jika, menurut seksyen ini, mana-mana orang diberi kebenaran untuk berada di suatu tempat larangan, orang tersebut hendaklah, semasa bertindak di bawah kebenaran itu, mematuhi apa-apa arahan bagi mengawal selia kelakuannya yang diberi oleh pihak berkuasa atau orang yang memberi kebenaran itu; dan seorang pegawai berkuasa, atau mana-mana orang yang diberi kuasa bagi maksud itu oleh penghuni premis itu, boleh memeriksa mana-mana orang yang memasuki, atau bertujuan untuk memasuki, atau berada di dalam, tempat larangan, dan boleh menahan mana-mana orang tersebut bagi tujuan memeriksanya.

(3)

Jika mana-mana orang yang berada di dalam tempat larangan berlanggaran dengan seksyen ini, atau semasa berada di tempat tersebut tidak mematuhi apa-apa arahan yang diberi di bawah seksyen ini, maka, tanpa menjejaskan apa-apa prosiding yang boleh diambil terhadapnya, dia boleh dikeluarkan daripada tempat itu oleh seorang pegawai berkuasa atau mana-mana orang yang diberi kuasa bagi maksud itu oleh penghuni premis itu.

(4)

Paskad atau permit yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1)

hendaklah dalam bentuk yang dinyatakan dalam perintah yang dibuat di bawahnya, atau dalam apa-apa bentuk sebagaimana yang ditetapkan oleh pihak berkuasa atau orang lain yang dinyatakan di dalam perintah itu.