Akta Kumpulan Wang Yayasan Tunku Abdul Rahman 1966 · 1989 Revised Edition · Bahagian IV · Tujuan-Tujuan Kumpulan Wang
9. Section 9
Feedback & supportTiap-tiap penerima hadiah siswa, biasiswa, pemberian pengajian, pinjaman pengajian atau apaapa kurniaan lain yang diberikan atau dikurniakan di bawah Akta ini hendaklah menjadi dan, sepanjang tempoh dia menerima hadiah siswa, biasiswa, pemberian pengajian, pinjaman pengajian atau apaapa kurniaan lain itu, terus menjadi, pelajar di tempat pendidikan yang diluluskan oleh Lembaga dan hendaklah mengikuti pengajiannya di situ dengan memuaskan hati Lembaga.
Jika mana-mana penerima kurniaan yang dibuat di bawah Akta ini tidak memenuhi seksyen 8 atau melanggar apa-apa syarat yang ditetapkan oleh Lembaga atau dengan apa-apa jua cara berlaku salah, maka oleh sebab itu kurniaan itu boleh dilucutkan daripadanya.