Akta Kumpulan Wang Yayasan Tunku Abdul Rahman 1966 · 1989 Revised Edition · Bahagian IV · Tujuan-Tujuan Kumpulan Wang
10. Section 10
Feedback & supportAkta ini hendaklah menjadi tambahan kepada dan tidaklah mengurangkan mana-mana undangundang bertulis lain yang berhubungan dengan hadiah siswa, biasiswa, pemberian pengajian, pinjaman pengajian atau apa-apa kurniaan lain yang berkuatkuasa di mana-mana bahagian Malaysia.
Jika pada bila-bila masa Lembaga berpendapat bahawa apa-apa hal keadaan menjadikan sesuatu kurniaan di bawah Akta ini tidak patut diberikan atau jika dalam mana-mana tahun tiada seorang pun calon berhak, pada pendapat Lembaga, menerima apa-apa kurniaan di bawah Akta ini, maka tiada kurniaan boleh dibuat pada tahun itu dan wang yang jika tidak kerana itu akan diuntukkan bagi kurniaan itu boleh diperlakukan sebagaimana yang diperuntukkan kemudian daripada ini dalam Akta ini.