Skip to content

Seksyen 6

Rizab Luar Jangka dalam anggaran Pembangunan

of Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966

ActIn forceProvision 7 of 14
Seksyen 6
(1)

Walau apa pun apa-apa jua dalam seksyen 3 bolehlah dimasukkan dalam apa-apa penyata yang disebut dalam subseksyen 4(1), (2) dan (5), peruntukan bagi Rizab Luar Jangka; dan sebutan dalam seksyen 4 tersebut mengenai perbelanjaan hendaklah termasuk sebutan mengenai peruntukan yang disebut terdahulu itu.

(2)

Wang yang diperuntukkan kepada Rizab Luar Jangka hendaklah terpakai, atas arahan Menteri, bagi membuat pendahuluan bagi membayar perbelanjaan bagi suatu maksud yang termasuk dalam terma Jadual Pertama sementara menunggu kelulusan penyata atau penyata tambahan di bawah seksyen 4.

(3)

Suatu jadual apa-apa arahan di bawah subseksyen (2)

hendaklah dibentangkan di hadapan

Dewan

Rakyat pada mesyuaratnya yang berikut.

Luputnya penguntukan