Skip to content

Seksyen 4

Anggaran pembangunan

of Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966

ActIn forceProvision 5 of 14
Seksyen 4

(a)

anggaran baki pembukaan dan jumlah pendapatan

Kumpulan Wang bagi tahun itu;

8 Undang-Undang Malaysia Akta 406

(b)

perbelanjaan yang dicadangkan, sama ada secara langsung atau dengan cara pinjaman, yang dibayar daripada Kumpulan Wang dalam tahun itu;

(c)

jumlah wang yang perlu untuk membayar setiap kepala dan pecahan kepala perbelanjaan yang dicadangkan itu;

(d)

anggaran jumlah keseluruhan kos projek, kerja dan pengusahaan yang termasuk di bawah mana-mana kepala atau pecahan kepala bagi perbelanjaan yang dicadangkan itu, sama ada atau tidak projek, kerja atau pengusahaan itu akan disiapkan dalam tahun itu.

(2)

Jika berkenaan dengan mana-mana tahun kewangan didapati—

(a)

bahawa amaun yang diuntukkan di bawah mana-mana kepala perbelanjaan tidak mencukupi atau bahawa telah timbul keperluan perbelanjaan bagi suatu maksud yang baginya tiada amaun telah diuntukkan melalui ketetapan oleh Dewan Rakyat; atau

(b)

bahawa apa-apa wang telah dibelanjakan bagi apa-apa maksud melebihi amaun itu, jika ada, telah diuntukkan bagi maksud itu dengan melalui ketetapan yang disebut terdahulu, suatu penyata tambahan yang menunjukkan jumlah wang yang dikehendaki untuk dibelanjakan dan anggaran jumlah kos (atau kos sebenar) projek, kerja atau pengusahaan yang dimasukkan di bawah setiap pecahan kepala perbelanjaan itu hendaklah dibentangkan di hadapan Dewan Rakyat.

(3)

Dewan Rakyat boleh melalui ketetapan meluluskan semua atau mana-mana bahagian apa-apa perbelanjaan yang ditunjukkan dalam suatu penyata atau penyata tambahan yang disebut dalam subseksyen

(1)

dan (2), dan hendaklah melalui ketetapan itu memperuntukkan jumlah wang yang diperlukan untuk membayar perbelanjaan yang diluluskan itu.

Kumpulan Wang Pembangunan 9

(4)

Yang di-Pertuan Agong hendaklah menyebabkan supaya dibentangkan di hadapan Dewan Negara suatu penyata apa-apa perbelanjaan yang diluluskan oleh Dewan Rakyat di bawah subseksyen (3).

(5)

Yang di-Pertuan Agong boleh, berkenaan dengan mana-mana tahun kewangan, menyebabkan supaya dibentangkan di hadapan

Dewan Rakyat suatu penyata sementara yang menunjukkan jumlah wang yang diperlukan untuk membayar perbelanjaan segera sehingga penyata yang disebut dalam subseksyen (1) dibentangkan di hadapan

Dewan Rakyat; dan hendaklah mencukupi untuk menunjukkan dalam penyata sementara itu kepala perbelanjaan yang dicadangkan.

(6)

Subseksyen (3) dan (4) hendaklah terpakai bagi suatu pernyataan sementara yang dibentangkan di hadapan Dewan Rakyat di bawah subseksyen (5).