/akn/my/act/act/1971/28

AKTA (LARANGAN) KUMPULAN WANG KUTU 1971

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Type
Act
Status
In force
Enacted
1971
Last amended
2011
Sections
13
Languages
MS · EN

Quick answer

About this act

AKTA (LARANGAN) KUMPULAN WANG KUTU 1971 is Malaysia Act, cited as Act 28 1971, currently marked in force and first recorded in 1971.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Suatu Akta untuk melarang pendaftaran atau pelesenan perniagaan yang menganjurkan atau dimaksudkan untuk menganjurkan kumpulan wang kutu dan pendaftaran syarikat yang tujuannya atau salah satu daripada tujuannya ialah untuk menganjurkan skim atau perkiraan yang dikenali dengan pelbagai nama seperti kutu, cheetu, chit fund, hwei, tontine atau selainnya dan juga untuk menjadikannya sebagai salah di sisi undang-undang bagi mana-mana orang untuk menjalankan perniagaan menganjurkan skim atau perkiraan sedemikian dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang bersampingan dengannya. [Seluruh Malaysia—30 April 1971] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut: Tajuk ringkas

Seksyen 2

Tafsiran

Open as pageSuggest a correction

“syarikat” ertinya syarikat sebagaimana yang ditakrifkan dalam

Akta Syarikat 1965 [Akta 125], dan termasuklah perbadanan sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta tersebut;

6

Undang-Undang Malaysia

Akta 28

“kumpulan wang kutu” ertinya skim atau perkiraan yang dikenali dengan pelbagai nama seperti kutu, cheetu, chit fund, hwei, tontine atau selainnya yang pesertanya menyumbang secara berkala atau selainnya kepada suatu kumpulan wang bersama dan kumpulan wang bersama itu ditawarkan untuk jualan atau pembayaran kepada peserta melalui lelong, tender, tawaran, undi atau selainnya dan termasuklah apa-apa skim atau perkiraan daripada pelbagai jenis seperti kutu, cheetu, chit fund, hwei atau tontine;

“Menteri” ertinya, kecuali dalam seksyen 4, 5 dan 6, Menteri yang pada masa ini bertanggungjawab atas perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna;

“menganjurkan” termasuklah menguruskan, mengadakan, menjalankan atau selainnya mengelolakan, dan juga termasuklah membantu, menolong atau mengambil apa-apa bahagian dalam penganjuran itu.

(2)

(Tidak terpakai dalam terjemahan bahasa Malaysia).

Suggest a correction

(3)

Apa-apa sebutan dalam Akta ini tentang penggulungan sesuatu syarikat termasuklah, dalam hal syarikat itu syarikat asing, sebutan tentang penggulungan hal ehwal syarikat asing itu setakat yang berkenaan dengan aset syarikat asing itu dalam Malaysia.

Salah di sisi undang-undang menjalankan perniagaan menganjurkan kumpulan wang kutu

Suggest a correction

Seksyen 3

Open as pageSuggest a correction

Salah di sisi undang-undang bagi mana-mana orang untuk menjalankan perniagaan menganjurkan kumpulan wang kutu dan mana-mana orang yang menjalankan perniagaan itu melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.

Pendaftaran perniagaan yang menganjurkan kumpulan wang kutu dilarang di Negeri-Negeri Semenanjung Malaysia

Seksyen 4

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tiada seorang pun boleh mendapatkan pendaftaran di bawah

Akta itu apa-apa perniagaan yang menganjurkan atau dimaksudkan untuk menganjurkan kumpulan wang kutu.

Suggest a correction

(3)

Tiada seorang pun yang menjalankan perniagaan yang didaftarkan di bawah Akta itu boleh menjalankan perniagaan menganjurkan kumpulan wang kutu.

Suggest a correction

(4)

Mana-mana rakan perniagaan yang, pada tarikh kuat kuasa Akta ini, telah didaftarkan di bawah Akta itu dan yang menganjurkan atau dimaksudkan untuk menganjurkan kumpulan wang kutu hendaklah dengan segera terhenti menjalankan perniagaan itu dan hendaklah dengan segera memberitahu Pendaftar bahawa perniagaan itu menganjurkan atau dimaksudkan untuk menganjurkan kumpulan wang kutu dan apabila diberitahu sedemikian Pendaftar hendaklah dengan segera membatalkan perakuan pendaftaran perniagaan itu.

Suggest a correction

(5)

Pendaftar hendaklah dengan segera membatalkan perakuan pendaftaran sesuatu perniagaan jika dia berpuas hati dengan butir-butir perniagaan yang dikemukakan di bawah subseksyen 5(1)

Akta itu bahawa perniagaan itu menganjurkan atau dimaksudkan untuk menganjurkan kumpulan wang kutu, dan hendaklah memberitahu secara bertulis, orang yang bertanggungjawab bahawa perakuan itu telah dibatalkan dan sebabnya.

Suggest a correction

(6)

Mana-mana rakan perniagaan yang terkilan dengan apa-apa keputusan yang dibuat oleh Pendaftar di bawah subseksyen (5)

boleh, dalam masa tiga puluh hari dari tarikh keputusan itu disampaikan di bawah subseksyen (5) kepada orang yang bertanggungjawab, merayu kepada Menteri terhadap keputusan itu dan keputusan Menteri itu adalah muktamad; sementara rayuan itu belum selesai, rayuan itu tidak berkuat kuasa sebagai penangguhan pembatalan perakuan pendaftaran perniagaan itu melainkan jika

Menteri mengarahkan selainnya.

Suggest a correction

(7)

Seseorang yang melanggar subseksyen (2) atau (3) dan mana-mana rakan sesuatu perniagaan yang tidak mematuhi subseksyen (4) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

8

Undang-Undang Malaysia

Akta 28

Suggest a correction

(8)

Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menjejaskan atau disifatkan sebagai menjejaskan apa-apa tuntutan sivil yang mana-mana orang, termasuk peserta dalam kumpulan wang, mungkin ada terhadap mana-mana perniagaan yang telah dibatalkan perakuan pendaftarannya di bawah peruntukan seksyen ini atau yang terhenti menjalankan perniagaan oleh sebab peruntukan seksyen ini.

Suggest a correction

(9)

Tiada seorang pun berhak mendapat apa-apa bayaran balik fi oleh sebab pembatalan sesuatu perakuan pendaftaran sesuatu perniagaan di bawah seksyen ini.

Suggest a correction

(10)

Bagi maksud seksyen ini—

(a)

seseorang Pendaftar atau pemeriksa boleh menjalankan semua kuasa yang diberikan kepada mereka masing-masingnya di bawah Akta itu dengan cara yang sepenuh dan secukupnya seolah-olah seksyen ini menjadi sebahagian daripada Akta itu; dan

Suggest a correction

(b)

seksyen 2 Akta itu hendaklah terpakai seolah-olah seksyen ini menjadi sebahagian daripada Akta itu.

Pelesenan sesuatu perniagaan yang menganjurkan kumpulan wang kutu dilarang di Sabah

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 5

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tiada seorang pun boleh mendapat lesen perdagangan di bawah Ordinan itu berkenaan dengan apa-apa perniagaan yang menganjurkan atau dimaksudkan untuk menganjurkan kumpulan wang kutu.

Suggest a correction

(3)

Tiada seorang pun yang menjalankan perniagaan yang diberi lesen di bawah Ordinan itu boleh menjalankan perniagaan menganjurkan kumpulan wang kutu.

Suggest a correction

(4)

Seseorang tuan punya atau pekongsi sesuatu perniagaan yang, pada tarikh Akta ini mula berkuat kuasa telah dilesenkan di bawah Ordinan itu dan yang menganjurkan atau dimaksudkan untuk menganjurkan kumpulan wang kutu, hendaklah dengan

(Larangan) Kumpulan Wang Kutu 9

segera terhenti menjalankan perniagaan itu dan hendaklah dengan segera memberitahu pihak berkuasa pelesenan bahawa perniagaan itu menganjurkan atau dimaksudkan untuk menganjurkan kumpulan wang kutu dan apabila diberitahu sedemikian pihak berkuasa pelesenan itu hendaklah dengan segera membatalkan lesen perdagangan berkenaan dengan perniagaan itu.

Suggest a correction

(5)

Pihak berkuasa pelesenan itu hendaklah dengan segera membatalkan lesen perdagangan sesuatu perniagaan jika ia berpuas hati dengan butir-butir perniagaan yang dikemukakan kepada pihak berkuasa pelesenan di bawah Ordinan itu bahawa perniagaan itu menganjurkan atau dimaksudkan untuk menganjurkan kumpulan wang kutu, dan memberitahu, secara bertulis, tuan punya atau pekongsi perniagaan itu bahawa lesen perdagangan itu telah dibatalkan dan sebabnya.

Suggest a correction

(6)

Mana-mana tuan punya atau pekongsi sesuatu perniagaan yang terkilan dengan sesuatu keputusan yang dibuat oleh pihak berkuasa pelesenan di bawah subseksyen (5) boleh, dalam masa tiga puluh hari dari tarikh keputusan itu disampaikan di bawah subseksyen (5), merayu kepada Menteri terhadap keputusan itu dan keputusan Menteri itu adalah muktamad; sementara rayuan itu belum selesai, rayuan itu tidak berkuat kuasa sebagai penangguhan pembatalan lesen perdagangan bagi perniagaan itu melainkan jika

Menteri mengarahkan selainnya.

Suggest a correction

(7)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (2) atau

Suggest a correction

(3)

dan mana-mana tuan punya atau pekongsi sesuatu perniagaan yang tidak mematuhi subseksyen (4) melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Suggest a correction

(8)

Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menjejaskan atau disifatkan sebagai menjejaskan apa-apa tuntutan sivil yang mana-mana orang mungkin ada, termasuk seseorang peserta dalam sesuatu kumpulan wang kutu, terhadap seseorang tuan punya atau pekongsi sesuatu perniagaan yang telah dibatalkan lesen perdagangannya di bawah peruntukan seksyen ini atau yang terhenti menjalankan perniagaan oleh sebab seksyen ini.

Suggest a correction

(9)

Tiada seorang pun berhak mendapat apa-apa bayaran balik cukai oleh sebab pembatalan mana-mana lesen perdagangan di bawah seksyen ini.

10

Undang-Undang Malaysia

Akta 28

Suggest a correction

(10)

Bagi maksud seksyen ini—

(a)

sesuatu pihak berkuasa pelesenan boleh menjalankan semua kuasa yang diberikan kepadanya di bawah Ordinan itu dengan cara yang sepenuh dan secukupnya seolah-olah seksyen ini menjadi sebahagian daripada Ordinan itu;

dan

Suggest a correction

(b)

seksyen 2 Ordinan itu hendaklah terpakai seolah-olah seksyen ini menjadi sebahagian daripada Ordinan itu.

Suggest a correction
Suggest a correction

(11)

“Menteri” dalam seksyen ini ertinya Menteri yang disebut dalam Ordinan itu.

Pelesenan sesuatu perniagaan yang menganjurkan kumpulan wang kutu dilarang di Sarawak

Suggest a correction

Seksyen 6

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tiada seorang pun boleh mendapat lesen perdagangan di bawah Ordinan itu berkenaan dengan apa-apa perniagaan yang menganjurkan atau dimaksudkan untuk menganjurkan kumpulan wang kutu.

Suggest a correction

(3)

Tiada seorang pun yang menjalankan perniagaan yang diberi lesen di bawah Ordinan itu boleh menjalankan perniagaan menganjurkan kumpulan wang kutu.

Suggest a correction

(4)

Seseorang tuan punya sesuatu perniagaan yang, pada tarikh Akta ini mula berkuat kuasa telah dilesenkan di bawah

Ordinan itu dan yang menganjurkan atau dimaksudkan untuk menganjurkan kumpulan wang kutu, hendaklah dengan segera terhenti menjalankan perniagaan itu dan hendaklah dengan segera memberitahu Pemungut bahawa perniagaan itu menganjurkan atau dimaksudkan untuk menganjurkan kumpulan wang kutu dan apabila diberitahu sedemikian Pemungut hendaklah dengan segera membatalkan lesen perdagangan berkenaan dengan perniagaan itu.

Suggest a correction

(5)

Pemungut hendaklah dengan segera membatalkan lesen perdagangan sesuatu perniagaan jika dia berpuas hati dengan butir-butir perniagaan yang dikemukakan kepadanya di bawah

(Larangan) Kumpulan Wang Kutu 11

Ordinan itu bahawa perniagaan itu menganjurkan atau dimaksudkan untuk menganjurkan wang kutu, dan memberitahu, secara bertulis, tuan punya perniagaan itu bahawa lesen perdagangan itu telah dibatalkan dan sebabnya.

Suggest a correction

(6)

Mana-mana tuan punya sesuatu perniagaan yang terkilan dengan sesuatu keputusan yang dibuat oleh Pemungut di bawah subseksyen (5) boleh, dalam masa tiga puluh hari dari tarikh keputusan itu disampaikan di bawah subseksyen (5), merayu kepada Menteri terhadap keputusan itu dan keputusan

Menteri itu adalah muktamad; sementara keputusan rayuan itu belum selesai, rayuan itu tidak berkuat kuasa sebagai penangguhan pembatalan lesen perdagangan bagi perniagaan melainkan jika

Menteri mengarahkan selainnya.

Suggest a correction

(7)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (2) atau (3)

dan mana-mana tuan punya sesuatu perniagaan yang tidak mematuhi subseksyen (4) melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Suggest a correction

(8)

Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menjejaskan atau disifatkan sebagai menjejaskan apa-apa tuntutan sivil yang mana-mana orang mungkin ada, termasuk seseorang peserta dalam sesuatu kumpulan wang kutu, terhadap seseorang tuan punya sesuatu perniagaan yang telah dibatalkan lesen perdagangannya di bawah seksyen ini atau yang terhenti menjalankan perniagaan oleh sebab seksyen ini.

Suggest a correction

(9)

Tiada seorang pun berhak mendapat apa-apa bayaran balik cukai oleh sebab pembatalan mana-mana lesen perdagangan di bawah seksyen ini.

Suggest a correction

(10)

Bagi maksud seksyen ini—

(a)

seseorang Pemungut boleh menjalankan semua kuasa yang diberikan kepadanya di bawah Ordinan itu dengan cara yang sepenuh dan secukupnya seolah-olah seksyen ini menjadi sebahagian daripada Ordinan itu; dan

Suggest a correction

(b)

seksyen 2 Ordinan itu hendaklah terpakai seolah-olah seksyen ini menjadi sebahagian daripada Ordinan itu.

12

Undang-Undang Malaysia

Akta 28

Suggest a correction
Suggest a correction

(11)

“Menteri” dalam seksyen ini ertinya Menteri yang disebut dalam Ordinan itu.

Pendaftaran sesuatu syarikat yang menganjurkan wang kutu dilarang

Suggest a correction

Seksyen 7

Open as pageSuggest a correction

Sesuatu syarikat yang tujuannya atau salah satu daripada tujuannya ialah untuk menganjurkan kumpulan wang kutu tidak boleh didaftarkan di bawah Akta Syarikat 1965.

Seksyen 8

Syarikat berdaftar yang menganjurkan wang kutu hendaklah terhenti menjalankan perniagaan

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tiap-tiap syarikat itu hendaklah sama ada—

(a)

dalam tempoh sembilan puluh hari mulai 18 Februari 1971

mengambil langkah perlu di bawah Akta Syarikat 1965

untuk mengubah memorandum persatuan dan (jika ada)

perkara persatuannya supaya memorandum persatuan dan perkara persatuan itu tidak mengandungi peruntukan yang membenarkan syarikat itu menjalankan perniagaan menganjurkan kumpulan wang kutu; atau

Suggest a correction

(b)

dalam tempoh sembilan puluh hari mulai 18 Februari 1971 atau dalam tempoh sebulan selepas habis semua tempoh yang baginya mungkin telah diberikan di bawah subseksyen (3), mengikut mana-mana yang lebih lama, sama ada—

Suggest a correction

(i)

membuat ketetapan melalui ketetapan khas bahawa syarikat digulung secara sukarela di bawah perenggan 254(1)(b) Akta Syarikat 1965; atau

(ii)

membuat ketetapan melalui ketetapan khas bahawa syarikat itu digulung oleh Mahkamah dan dengan sewajarnya mengemukakan suatu petisyen kepada

Mahkamah di bawah perenggan 217(1)(a) Akta

Syarikat 1965 bagi suatu perintah supaya syarikat itu digulung.

(Larangan) Kumpulan Wang Kutu 13

Suggest a correction
Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Walau apa pun peruntukan subseksyen (1) dan walau apa pun apa-apa jua yang telah dibuat di bawah perenggan (2)(a)

syarikat itu boleh, dalam tempoh sembilan puluh hari mulai 18 Februari 1971, memohon kebenaran kepada Pendaftar untuk terus mengendalikan kumpulan wang kutunya sebagaimana yang sedang dikendalikan pada tarikh Akta ini mula berkuat kuasa hingga pengendalian kumpulan wang kutu masing-masing itu telah selesai, dan Pendaftar boleh memberi ataupun tidak memberi kebenaran itu; jika Pendaftar memberi kebenaran itu dia hendaklah menetapkan tempoh yang baginya ia dibenarkan dan tempoh itu tidak boleh melebihi dua belas bulan; dan Pendaftar boleh, atas permohonan syarikat itu, dan menurut budi bicara mutlaknya, memberi, dari semasa ke semasa, pelanjutan tempoh itu supaya pelanjutan tempoh yang diberikan itu kesemuanya tidak boleh melebihi dua belas bulan.

Suggest a correction

(4)

Bagi maksud subseksyen (3) Pendaftar boleh, dari semasa ke semasa, memberi apa-apa arahan kepada syarikat itu dan membuat apa-apa siasatan sebagaimana yang difikirkannya suai manfaat atau perlu.

Suggest a correction

(5)

Jika kebenaran diberikan di bawah subseksyen (3) Pendaftar boleh, dari semasa ke semasa, mengenakan apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang difikirkannya suai manfaat atau perlu.

Suggest a correction

(6)

Pendaftar boleh, pada bila-bila masa, menarik balik atau mengubah suai mana-mana kebenaran yang diberikan di bawah subseksyen (3) atau mana-mana terma atau syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (5).

Suggest a correction

(7)

Jika syarikat itu tidak berpuas hati dengan—

(a)

apa-apa keputusan yang dibuat oleh Pendaftar di bawah subseksyen (3) atau (6); atau

Suggest a correction

(b)

apa-apa arahan yang diberikan oleh Pendaftar di bawah subseksyen (4); atau

Suggest a correction

(c)

apa-apa terma atau syarat yang dikenakan oleh Pendaftar di bawah subseksyen (5), syarikat itu boleh, dalam masa tiga puluh hari dari tarikh mana-mana keputusan, arahan, terma atau syarat itu disampaikan kepada syarikat itu, merayu kepada Menteri terhadap keputusan itu dan keputusan Menteri itu adalah muktamad.

14

Undang-Undang Malaysia

Akta 28

Suggest a correction
Suggest a correction

(8)

Jika keingkaran berlaku dalam mematuhi subseksyen (1), syarikat itu dan tiap-tiap pegawai syarikat yang ingkar itu melakukan suatu kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan bagi suatu tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya:

Dengan syarat bahawa syarikat itu tidak bertanggungan atas kesalahan itu berkenaan dengan kumpulan wang kutu yang sedang dikendalikan pada tarikh kuat kuasa Akta ini dari masa suatu permohonan oleh syarikat itu di bawah subseksyen (3)

diterima oleh Pendaftar dan hingga keputusan telah dibuat oleh

Pendaftar, dan kemudiannya bagi tempoh selama apa-apa kebenaran yang diberikan oleh Pendaftar di bawah subseksyen (3) berkuat kuasa:

Dan dengan syarat selanjutnya bahawa kebenaran itu hendaklah disifatkan sebagai tidak berkuat kuasa jika syarikat itu melanggar mana-mana terma atau syarat yang dikenakan oleh Pendaftar di bawah subseksyen (5).

Suggest a correction

(9)

“Pendaftar” dalam seksyen ini ertinya Pendaftar Syarikat dan tidak termasuk mana-mana Timbalan atau Penolong Pendaftar

Syarikat Wilayah.

Penggulungan atas permohonan Menteri

Suggest a correction

Seksyen 9

Open as pageSuggest a correction

(a)

boleh menyebabkan supaya dibuat suatu penyiasatan tentang hal ehwal syarikat itu dan dengan apa-apa cara yang difikirkannya patut; dan

Suggest a correction

(b)

hendaklah mengemukakan suatu petisyen kepada

Mahkamah—

Suggest a correction

(i)

bagi penggulungan syarikat itu; atau

(ii)

dalam hal syarikat asing, bagi penggulungan hal ehwal syarikat itu setakat yang berkenaan dengan asetnya dalam Malaysia,

(Larangan) Kumpulan Wang Kutu 15

di bawah seksyen 205 Akta Syarikat 1965, dan syarikat itu hendaklah, bagi maksud seksyen tersebut, disifatkan sebagai suatu syarikat yang diisytiharkan yang berkenaan dengannya suatu laporan telah dibuat oleh seorang pemeriksa, sebagaimana yang disebut dalam seksyen 205 tersebut, dan petisyen itu hendaklah diuruskan oleh Mahkamah di bawah Akta Syarikat 1965, dengan apa-apa penyesuaian yang perlu sebagai suatu permohonan Menteri di bawah seksyen 205 tersebut berkenaan dengan syarikat yang disebut dalam seksyen 205 sebagai suatu syarikat yang diisytiharkan yang berkenaan dengannya suatu laporan telah dibuat seorang pemeriksa.

Suggest a correction
Suggest a correction

(2)

Bagi maksud apa-apa prosiding di bawah Akta Syarikat 1965, bagi penggulungan syarikat itu, kaedah-kaedah yang berhubungan dengan penggulungan syarikat hendaklah terpakai dengan apa-apa ubah suaian yang difikirkan oleh Mahkamah menurut budi bicaranya sebagai adil dan sama ada suai manfaat atau perlu:

Dengan syarat bahawa jika Menteri mengemukakan kepada

Jawatankuasa Kaedah cadangan untuk membuat peruntukan khas di bawah seksyen 372 Akta Syarikat 1965, berhubung dengan syarikat itu, Jawatankuasa itu boleh, melalui kaedah di bawah seksyen itu, menguatkuasakan cadangan itu sama ada sebagaimana yang dikemukakan atau tertakluk kepada apa-apa ubah suaian yang difikirkan patut oleh Jawatankuasa itu.

Suggest a correction

(3)

Cadangan di bawah proviso kepada subseksyen (2), dan kaedah yang dibuat menurut proviso itu, boleh mengadakan peruntukan untuk mengubah suai atau mengecualikan, berhubung dengan syarikat itu, peruntukan Bahagian X dalam Akta Syarikat 1965, yang menghendaki mesyuarat atau selainnya diadakan yang berhubungan dengan tatacara penggulungan.

Suggest a correction

(4)

Perbelanjaan bagi penggulungan yang disebabkan oleh petisyen yang dibuat di bawah subseksyen (1) (termasuk saraan bagi likuidator) hendaklah, setakat yang tidak dapat dibayar daripada aset syarikat itu diselesaikan oleh Menteri; dan Menteri boleh membuat pendahuluan bagi membayar perbelanjaan itu, atau memberikan sumbangan terhadap perbelanjaan itu supaya aset syarikat (sebanyak jumlah sumbangan itu) terlepas daripada membayarnya.

Suggest a correction

(5)

Kumpulan wang yang dinyatakan dalam Jadual Kedua kepada Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61], hendaklah (tanpa menjejaskan subseksyen 10(4) Akta itu) termasuk suatu kumpulan

16

Undang-Undang Malaysia

Akta 28

wang yang dinamakan sebagai Kumpulan Wang Penyelesaian

Hutang Piutang Syarikat Kumpulan Wang Kutu, bagi membayar perbelanjaan Menteri di bawah seksyen ini, dan subseksyen 10(3)

tersebut hendaklah terpakai bagi wang yang diterima oleh Menteri sebagai pembayaran balik pendahuluan yang dibuat olehnya di bawah seksyen ini sebagaimana seksyen itu terpakai bagi wang yang disebut dalam subseksyen 10(3) tersebut.

Tanggungan jenayah

Suggest a correction

Seksyen 10

Open as pageSuggest a correction

(2)

Bagi maksud seksyen ini “syarikat” termasuklah—

(i)

mana-mana pertubuhan perbadanan;

(ii)

firma atau persatuan orang perseorangan yang lain;

Suggest a correction

(iii)

seorang biasa dan orang perseorangan yang didaftarkan atau diberi lesen di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berkuat kuasa di Malaysia yang berhubungan dengan pendaftaran atau pelesenan perniagaan.

Suggest a correction
Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Jika ejen atau perkhidmat kepada seseorang (orang yang kemudian daripada ini disebut dalam seksyen ini sebagai “prinsipal”)

melakukan atau meninggalkan daripada melakukan sesuatu

(Larangan) Kumpulan Wang Kutu 17

(yang jika dilakukan atau meninggalkan daripada dilakukan oleh prinsipal akan menjadi suatu kesalahan di bawah Akta ini)

prinsipal itu hendaklah, walaupun dia tidak tahu tentang kesalahan itu, disifatkan melakukan kesalahan itu dan boleh dihukum bagi kesalahan itu:

Dengan syarat bahawa adalah menjadi suatu pembelaan bagi prinsipal jika dia membuktikan—

(a)

bahawa perbuatan atau peninggalan yang diadukan itu tidak termasuk dalam bidang pekerjaan ejen atau pekhidmat itu; dan

Suggest a correction

(b)

bahawa prinsipal tidak dengan selainnya atau kemudiannya mengesahkan perbuatan itu atau peninggalan itu.

Suggest a correction
Suggest a correction

(4)

Jika ejen atau pekhidmat kepada prinsipal itu melakukan atau meninggalkan daripada melakukan sesuatu (yang jika dilakukan atau meninggalkan daripada melakukan oleh prinsipal akan menjadi suatu kesalahan di bawah Akta ini), ejen atau pekhidmat itu adalah juga melakukan kesalahan itu.

Suggest a correction

(5)

Seksyen ini adalah sebagai tambahan kepada dan tidak mengurangkan kuasa mana-mana peruntukan lain dalam Akta ini.

Kaedah-kaedah

Suggest a correction

Seksyen 12

Akta ini adalah terpakai

Open as pageSuggest a correction

Pendaftaran Perniagaan 1956 Semenanjung Malaysia atau Ordinan

Pelesenan Perdagangan Sabah atau Ordinan Pelesenan Perniagaan,

Profesion dan Perdagangan Sarawak atau Akta Syarikat 1965 tetapi jika terdapat apa-apa pertelingkahan antara Ordinan atau Akta

Syarikat tersebut dengan Akta ini peruntukan Akta ini hendaklah terpakai.

Seksyen 13

Pemansuhan

Open as pageSuggest a correction

[P.U. (A) 69/1971] dengan ini dimansuhkan.

18

Undang-Undang Malaysia

Akta 28

Akta 28

SENARAI PINDAAN

Undang-undang

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa yang meminda dari

Akta 160

Akta Mata Wang Malaysia 29-08-1975

(Ringgit) 1975

Akta A1397

Akta (Larangan) Kumpulan 16-08-2011

Wang Kutu (Pindaan) 2011

(Larangan) Kumpulan Wang Kutu 19

Akta 28

Senarai Seksyen Yang Dipinda

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

3

Akta 160 29-08-1975

Akta A1397 16-08-2011

4

Akta 160 29-08-1975

5

Akta 160 29-08-1975

6

Akta 160 29-08-1975

8

Akta 160 29-08-1975

Common questions

What is AKTA (LARANGAN) KUMPULAN WANG KUTU 1971?
AKTA (LARANGAN) KUMPULAN WANG KUTU 1971 is Malaysia Act, cited as Act 28 1971, currently marked in force and first recorded in 1971.
Is AKTA (LARANGAN) KUMPULAN WANG KUTU 1971 still in force?
Yes — AKTA (LARANGAN) KUMPULAN WANG KUTU 1971 is currently in force.
When did AKTA (LARANGAN) KUMPULAN WANG KUTU 1971 take effect?
AKTA (LARANGAN) KUMPULAN WANG KUTU 1971 was first recorded in 1971.
How many sections does AKTA (LARANGAN) KUMPULAN WANG KUTU 1971 have?
AKTA (LARANGAN) KUMPULAN WANG KUTU 1971 contains 13 sections.
What amends AKTA (LARANGAN) KUMPULAN WANG KUTU 1971?
AKTA (LARANGAN) KUMPULAN WANG KUTU 1971 has been amended by AKTA (LARANGAN) KUMPULAN WANG KUTU (PINDAAN) 2011.
Where can I read the official version of AKTA (LARANGAN) KUMPULAN WANG KUTU 1971?
The official text of AKTA (LARANGAN) KUMPULAN WANG KUTU 1971 is published at lom.agc.gov.my.
AKTA (LARANGAN) KUMPULAN WANG KUTU 1971 (No. 28) | mylaw.my