/akn/my/act/act/1971/37

*AKTA SENJATA API (PENALTI LEBIH BERAT) 1971

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Type
Act
Status
In force
Enacted
1971
Sections
16
Languages
MS · EN

Quick answer

About this act

*AKTA SENJATA API (PENALTI LEBIH BERAT) 1971 is Malaysia Act, cited as Act 37 1971, currently marked in force and first recorded in 1971.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Suatu Akta bagi mengadakan penalti lebih berat kerana menggunakan senjata api pada melakukan kesalahan tertentu dan bagi kesalahan tertentu berkenaan dengan senjata api, dan bagi membuat peruntukan khas berkenaan dengan bidang kuasa mahkamah mengenai kesalahan di bawahnya dan perbicaraannya. [Seluruh Malaysia⎯1 Oktober 1971, P.U. (B) 339/1971] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut: Tajuk ringkas, pemakaian, permulaan kuat kuasa dan tempoh lamanya

Seksyen 1

Open as pageSuggest a correction

(2)

Akta ini hendaklah terpakai di seluruh Malaysia.

Suggest a correction

(3)

Akta ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri yang bertanggungjawab atas ketenteraman awam melalui pemberitahuan dalam Warta yang tidak lebih awal dari tarikh pemberitahuan itu disiarkan.

Suggest a correction

(4)

Akta ini hendaklah terus berkuat kuasa sehingga ia dibatalkan dengan ketetapan yang diluluskan oleh kedua-dua Majlis Parlimen:

6

Undang-Undang Malaysia

Dengan syarat bahawa pembatalan itu tidak menyentuh apa-apa jua yang telah dilakukan dahulunya menurut Akta ini.

Tafsiran

Suggest a correction

Seksyen 2

Open as pageSuggest a correction

(a)

menjual atau memindahmilikkan, atau menyimpan atau mendedahkan untuk dijual atau dipindah milik, sesuatu senjata api bersalahan dengan subseksyen 9(1)

Akta Senjata 1960 [Akta 206];

Suggest a correction

(b)

membaiki atau menerima untuk dibaiki sesuatu senjata api bersalahan dengan subseksyen 9(2) Akta itu;

Suggest a correction

(c)

memindahmilikkan, menjual atau menawarkan untuk dijual sesuatu senjata api kepada seseorang yang lain daripada seseorang yang dinyatakan dalam subseksyen 11(1) Akta itu; atau

Suggest a correction

(d)

mengimport sesuatu senjata api bersalahan dengan subseksyen 15(1) Akta itu;

Suggest a correction

(e)

(Dipotong oleh Akta A266).

“kesalahan berjadual” ertinya apa-apa kesalahan yang dinyatakan dalam Jadual;

“mahkamah rendah” mempunyai pengertian yang diberikan kepadanya dalam seksyen 3 Akta Mahkamah Kehakiman 1964

[Akta 91];

“melepaskan tembakan” ertinya menyebabkan dilepaskan sesuatu letusan, peluru atau bedilan lain daripada sesuatu senjata api dengan alat cas letupan, dan termasuklah menyebabkan sesuatu bom atau grenad diletupkan;

Senjata Api (Penalti Lebih Berat)

7

“memiliki senjata api dengan menyalahi undang-undang” ertinya memiliki, menjaga atau mengawal sesuatu senjata api, atau membawanya, bersalahan dengan Akta Senjata 1960;

“senjata api” ertinya apa-apa jenis senjata maut berlaras yang daripadanya sesuatu letusan, peluru atau bedilan lain boleh dilepaskan dengan alat cas letupan dan termasuklah sesuatu bom atau grenad yang mengandungi cas letupan.

Suggest a correction

(2)

Perkataan dan ungkapan yang digunakan dalam Akta ini yang terdapat dalam Kanun Keseksaan [Akta 574] masing-masingnya mempunyai pengertian yang diberikan kepadanya dalam Kanun itu.

Penalti kerana melepaskan tembakan daripada sesuatu senjata api pada melakukan sesuatu kesalahan berjadual

Suggest a correction

Seksyen 3

Open as pageSuggest a correction

Seseorang yang pada masa melakukan atau cuba melakukan atau bersubahat melakukan sesuatu kesalahan berjadual melepaskan tembakan daripada sesuatu senjata api dengan niat hendak menyebabkan kematian atau kecederaan kepada seseorang hendaklah dihukum dengan pemenjaraan bagi tempoh tidak kurang daripada tiga puluh tahun tetapi tidak melebihi empat puluh tahun dan juga disebat tidak kurang daripada dua belas kali walaupun tiada apa-apa kecederaan berlaku oleh sebabnya.

Seksyen 3A

Penalti bagi rakan sejenayah dalam hal melepaskan tembakan senjata api

Open as pageSuggest a correction

Jika, dengan niat hendak menyebabkan kematian atau kecederaan kepada seseorang, seseorang melepaskan tembakan senjata api pada masa melakukan atau cuba melakukan atau bersubahat melakukan suatu kesalahan berjadual, setiap seorang daripada rakan sejenayahnya mengenai kesalahan itu yang berada di tempat kesalahan itu dilakukan atau cuba dilakukan atau disubahati dilakukan, yang mungkin dengan munasabah dianggap telah mengetahui bahawa orang itu telah membawa atau ada dalam miliknya atau di bawah jagaan atau kawalannya senjata api itu hendaklah, walaupun tiada apa-apa kecederaan yang disebabkan oleh

8

Undang-Undang Malaysia lepasan tembakan itu, dihukum dengan pemenjaraan bagi tempoh tidak kurang daripada tiga puluh tahun tetapi tidak melebihi empat puluh tahun dan juga disebat tidak kurang daripada dua belas kali melainkan jika dia membuktikan bahawa dia telah mengambil segala langkah yang munasabah untuk mencegah lepasan tembakan itu.

Seksyen 4

Penalti kerana menunjukkan senjata api pada melakukan sesuatu kesalahan berjadual

Open as pageSuggest a correction

Seseorang yang pada masa melakukan atau cuba melakukan atau bersubahat melakukan sesuatu kesalahan berjadual atau sesuatu rompakan menunjukkan suatu senjata api dengan cara yang mungkin mendatangkan ketakutan mati atau cedera kepada seseorang hendaklah dipenjarakan bagi tempoh tidak kurang daripada tiga puluh tahun tetapi tidak melebihi empat puluh tahun dan juga disebat tidak kurang daripada enam kali.

Seksyen 5

Penalti kerana ada senjata api dalam melakukan suatu kesalahan berjadual

Open as pageSuggest a correction

Seseorang yang pada masa melakukan atau cuba melakukan atau bersubahat melakukan suatu kesalahan berjadual ada pada dirinya suatu senjata api hendaklah dipenjarakan bagi tempoh tidak kurang daripada tiga puluh tahun tetapi tidak melebihi empat puluh tahun dan juga disebat tidak kurang daripada enam kali.

Seksyen 6

Penalti kerana menunjukkan senjata api tiruan dalam melakukan suatu kesalahan berjadual

Open as pageSuggest a correction

Seseorang yang pada masa melakukan atau cuba melakukan atau bersubahat melakukan suatu kesalahan berjadual menunjukkan suatu senjata api tiruan dengan cara yang mungkin mendatangkan ketakutan mati atau cedera kepada seseorang hendaklah dipenjarakan selama tempoh yang boleh sampai sepuluh tahun dan juga disebat tidak kurang daripada tiga kali.

Senjata Api (Penalti Lebih Berat)

9

Seksyen 7

Penalti kerana berdagang senjata api

Open as pageSuggest a correction

(2)

Seseorang yang dibuktikan memiliki lebih daripada dua senjata api dengan menyalahi undang-undang hendaklah dianggap berdagang senjata api.

Penalti kerana memiliki senjata api dengan menyalahi undang-undang

Suggest a correction

Seksyen 8

Open as pageSuggest a correction

Seseorang yang memiliki sesuatu senjata api dengan menyalahi undang-undang hendaklah dihukum dengan pemenjaraan selama suatu tempoh yang boleh sampai empat belas tahun dan juga disebat tidak kurang daripada enam kali.

Seksyen 9

Penalti kerana berkawan dengan orang yang membawa senjata api

Open as pageSuggest a correction

Seseorang yang berkawan, atau didapati ada bersama dengan seorang lain yang memiliki suatu senjata api dengan menyalahi undang-undang dalam hal keadaan yang menimbulkan anggapan yang munasabah bahawa dia telah mengetahui bahawa orang lain itu telah memiliki senjata api itu dengan menyalahi undang-undang hendaklah dihukum dengan pemenjaraan selama suatu tempoh yang boleh sampai empat belas tahun dan juga disebat tidak kurang daripada enam kali, melainkan jika dia membuktikan bahawa dia ada alasan yang munasabah bagi mempercayai bahawa orang lain itu telah tidak memiliki senjata api itu dengan menyalahi undang-undang.

Seksyen 10

Bidang kuasa Mahkamah Sesyen

Open as pageSuggest a correction

(2)

Walau apa pun peruntukan subseksyen (1), Mahkamah Tinggi mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan sesuatu kes mengenai sesuatu kesalahan di bawah Akta ini, jika Pendakwa Raya menghendaki mana-mana kes seperti itu dibicarakan oleh Mahkamah Tinggi.

Peruntukan khas berkenaan dengan pemindahan sesuatu kes ke, dan perbicaraan oleh, Mahkamah Tinggi

Suggest a correction

Seksyen 11

Open as pageSuggest a correction

(3)

Perbicaraan sesuatu kes yang dipindahkan ke Mahkamah

Tinggi di bawah subseksyen (1) hendaklah oleh seorang Hakim

Mahkamah Tinggi yang bersidang seorang sahaja, dan *Bab XXI dan

XXII Kanun Tatacara Jenayah tidaklah terpakai bagi perbicaraan itu.

Suggest a correction

(4)

Subseksyen (1), (2) dan (3) hendaklah berkuat kuasa walau apa pun undang-undang bertulis lain yang berlawanan.

*CATATAN—Bab XVII, XXI and XXII Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593] telah dimansuhkan—lihat seksyen 5 dan 11 Akta Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 1995 [Akta A908].

**CATATAN—Lihat seksyen 6 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) (Pindaan) 1978 [Akta A427] bagi peruntukan-peruntukan peralihan.

Senjata Api (Penalti Lebih Berat)

11

Jaminan tidak dibenarkan mengenai kesalahan di bawah Akta ini

Suggest a correction

Seksyen 12

Open as pageSuggest a correction

(2)

Subseksyen (1) hendaklah terpakai walau apa pun apa-apa undang-undang bertulis lain atau apa-apa hukum undang-undang yang berlawanan.

*CATATAN—Lihat seksyen 46 Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023

[Akta 846] m.b.p. 4 Julai 2023 yang memperuntukkan seperti berikut:

“Peralihan

Suggest a correction

Seksyen 46

Open as pageSuggest a correction

Apabila Akta ini mula berkuat kuasa, jika seseorang disabitkan oleh mana-mana mahkamah kerana melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 3, 3A atau 7 Akta ibu, orang itu, sama ada dalam suatu perbicaraan atau rayuan, hendaklah dihukum mengikut peruntukan Akta ibu sebagaimana yang dipinda oleh

Akta ini walaupun kesalahan itu dilakukan sebelum tarikh permulaan kuat kuasa

Akta ini.”

12

Undang-Undang Malaysia

Jadual

Suggest a correction

JADUAL

[Seksyen 2]

1. Pemerasan.

2. Rompakan.

3. Penghalangan atau penentangan, oleh seseorang, terhadap penangkapan dirinya atau seorang lain oleh seorang pegawai polis atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa dengan sah untuk menangkapnya.

4. Lari daripada jagaan yang sah.

5. Melarikan orang atau menculik di bawah seksyen 363 hingga 367 Kanun

Keseksaan dan seksyen 3 Akta Penculikan 1961 [Akta 365].

6. Pecah rumah atau menceroboh rumah di bawah seksyen 454 hingga 460 Kanun

Keseksaan.

13

Akta 37

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang meminda

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa dari

Akta A256

Akta Senjata Api (Penalti Lebih

Berat) (Pindaan) 1974 08-07-1974

Akta A266

Akta Senjata (Pindaan) 1974 16-08-1974

Akta A317

Akta Senjata Api (Penalti Lebih

Berat) (Pindaan) 1975 05-09-1975

Akta A427

Akta Senjata Api (Penalti Lebih

Berat) (Pindaan) 1978 10-03-1978

Akta 206

Akta Senjata 1960 15-11-1978

Akta 846

Akta Pemansuhan Hukuman

Mati Mandatori 2023 04-07-2023

14

Akta 37

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

Tajuk panjang

Akta A256

Akta A427 08-07-1974 10-03-1978 2

Akta A256

Akta A427

Akta A266

Akta 846 08-07-1974 10-03-1978 16-08-1974 04-07-2023 3

Akta 846 04-07-2023 3A

Akta A256

Akta 846 08-07-1974 04-07-2023 4

Akta A256

Akta 846 08-07-1974 04-07-2023 5

Akta A256

Akta 846 08-07-1974 04-07-2023 6

Akta A256 08-07-1974 7

Akta A256

Akta 846 08-07-1974 04-07-2023 8

Akta A256 08-07-1974 9

Akta A256 08-07-1974 10

Akta A317

Akta A427 05-09-1975 10-03-1978 11

Akta A427 10-03-1978 12

Akta A427 10-03-1978

Common questions

What is AKTA SENJATA API (PENALTI LEBIH BERAT) 1971?
*AKTA SENJATA API (PENALTI LEBIH BERAT) 1971 is Malaysia Act, cited as Act 37 1971, currently marked in force and first recorded in 1971.
Is AKTA SENJATA API (PENALTI LEBIH BERAT) 1971 still in force?
Yes — AKTA SENJATA API (PENALTI LEBIH BERAT) 1971 is currently in force.
When did AKTA SENJATA API (PENALTI LEBIH BERAT) 1971 take effect?
AKTA SENJATA API (PENALTI LEBIH BERAT) 1971 was first recorded in 1971.
How many sections does AKTA SENJATA API (PENALTI LEBIH BERAT) 1971 have?
AKTA SENJATA API (PENALTI LEBIH BERAT) 1971 contains 14 sections.
Where can I read the official version of AKTA SENJATA API (PENALTI LEBIH BERAT) 1971?
The official text of AKTA SENJATA API (PENALTI LEBIH BERAT) 1971 is published at lom.agc.gov.my.
AKTA SENJATA API (PENALTI LEBIH BERAT) 1971 (No. 37)