Seksyen 11
of Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971
Seksyen 11
Jika sesuatu kes mengenai suatu kesalahan di bawah Akta ini dikehendaki oleh Pendakwa Raya supaya dibicarakan oleh Mahkamah
Tinggi, orang yang dituduh itu hendaklah dikemukakan di hadapan mahkamah rendah yang sewajarnya yang hendaklah, setelah pertuduhan itu diterangkan kepada orang yang dituduh itu, memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi tanpa mengadakan siasatan permulaan di bawah *Bab XVII Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593], dan menyebabkan orang yang dituduh itu hadir atau dibawa ke hadapan Mahkamah itu dengan seberapa segera yang praktik.
**(2) Apabila orang yang dituduh itu hadir atau dibawa ke hadapan
Mahkamah Tinggi mengikut subseksyen (1), Mahkamah Tinggi hendaklah menetapkan tarikh bagi perbicaraannya yang hendaklah diadakan mengikut tatacara di bawah Bab XX Kanun Tatacara Jenayah.
(3)
Perbicaraan sesuatu kes yang dipindahkan ke Mahkamah
Tinggi di bawah subseksyen (1) hendaklah oleh seorang Hakim
Mahkamah Tinggi yang bersidang seorang sahaja, dan *Bab XXI dan
XXII Kanun Tatacara Jenayah tidaklah terpakai bagi perbicaraan itu.
(4)
Subseksyen (1), (2) dan (3) hendaklah berkuat kuasa walau apa pun undang-undang bertulis lain yang berlawanan.
*CATATAN—Bab XVII, XXI and XXII Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593] telah dimansuhkan—lihat seksyen 5 dan 11 Akta Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 1995 [Akta A908].
**CATATAN—Lihat seksyen 6 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) (Pindaan) 1978 [Akta A427] bagi peruntukan-peruntukan peralihan.
Senjata Api (Penalti Lebih Berat)
11