Seksyen 7
Penalti kerana berdagang senjata api
of Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971
ActIn forceProvision 8 of 14
Seksyen 7
(1)
Seseorang yang berdagang senjata api hendaklah dihukum dengan pemenjaraan bagi tempoh tidak kurang daripada tiga puluh tahun tetapi tidak melebihi empat puluh tahun dan disebat tidak kurang daripada enam kali.
(2)
Seseorang yang dibuktikan memiliki lebih daripada dua senjata api dengan menyalahi undang-undang hendaklah dianggap berdagang senjata api.