Skip to content
ActIn force

Akta Tisu Manusia 1974

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Enacted
1974
Sections
5
Languages
MS · EN

Akta Tisu Manusia 1974 is Malaysia Act, cited as Act 130 1974, currently marked in force and first recorded in 1974.

Front matterCover and publication detailsOpen

MALAYSIA

CETAKAN SEMULA

Akta 130

Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006 2006

2

Undang-Undang Malaysia

Tarikh Perkenan Diraja

…

…

…

8 Mac 1974

Tarikh penyiaran dalam Warta

…

…

14 Mac 1974

CETAKAN SEMULA YANG TERDAHULU

Cetakan Semula Yang Pertama … … … … 1995

Cetakan Semula Yang Kedua

… … … … 2000

Tisu Manusia 3

Akta 130

Opening note

Preamble

  1. Suatu Akta bagi membuat peruntukan berkenaan dengan penggunaan bahagian-bahagian badan manusia yang mati bagi maksud-maksud terapeutik dan juga bagi maksud-maksud pendidikan dan penyelidikan perubatan. [1 Januari 1975, P.U. (B) 619/1974] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut: Tajuk ringkas, pemakaian dan permulaan kuat kuasa
(1)

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Tisu Manusia 1974 dan hendaklah terpakai di seluruh Malaysia.

(2)

Akta ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri yang bertanggungjawab bagi kesihatan melalui pemberitahuan dalam Warta.

Pemindahan bahagian badan bagi maksud terapeutik

(1)

Jika mana-mana orang, sama ada secara bertulis pada bila-bila masa atau secara lisan di hadapan dua orang saksi atau lebih dalam masa dia sakit akhir sekali, telah menyatakan suatu permintaan bahawa badannya atau mana-mana bahagian yang tertentu daripada badannya digunakan selepas kematiannya bagi maksud terapeutik, atau bagi maksud pendidikan atau penyelidikan perubatan, orang yang memiliki badannya dengan sah di sisi undang-undang selepas kematiannya itu boleh, melainkan jika dia mempunyai sebab bagi mempercayai bahawa permintaan itu telah ditarik balik kemudiannya,

6

Undang-Undang Malaysia membenarkan dipindahkan daripada badan itu mana-mana bahagiannya atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, bahagian yang tertentu itu, untuk digunakan mengikut permintaan itu.

(2)

Tanpa menjejaskan subseksyen yang disebut terdahulu, orang yang memiliki dengan sah di sisi undang-undang badan seseorang yang mati boleh membenarkan dipindahkan mana-mana bahagian daripada badan yang tersebut itu untuk digunakan bagi maksud yang disebut terdahulu jika, setelah membuat apa-apa penyiasatan munasabah yang praktik, dia tiada mempunyai sebab bagi mempercayai—

(a)

bahawa si mati itu telah menyatakan bantahan terhadap badannya diuruskan sedemikian selepas kematiannya; atau

(b)

bahawa suami atau isteri atau mana-mana waris si mati yang masih hidup semasa si mati itu mati membantah terhadap badan itu diuruskan sedemikian.

(3)

Tiada kebenaran boleh diberikan di bawah seksyen ini berkenaan dengan mana-mana badan oleh seseorang yang diamanahkan kepadanya badan itu bagi maksud hanya untuk dikebumikan atau dibakar mayat.

Pemindahan dan penggunaan bahagian badan

(1)

Tertakluk kepada subseksyen (2) dan (3), pemindahan dan penggunaan mana-mana bahagian sesuatu badan mengikut sesuatu kebenaran yang diberikan menurut seksyen 2 adalah sah di sisi undang-undang.

(2)

Pemindahan itu tidak boleh dilakukan kecuali oleh seorang pengamal perubatan yang berdaftar penuh di bawah seksyen 14

Akta Perubatan 1971 [Akta 50], dan yang bersama dengan sekurang-kurangnya seorang lagi pengamal perubatan yang berdaftar penuh telah berpuas hati dengan memeriksa sendiri badan itu bahawa nyawa sudah tidak ada lagi.

(3)

Jika seseorang mempunyai sebab bagi mempercayai bahawa suatu post-mortem, atau suatu inkues atau suatu penyiasatan berkenaan dengan kematian itu, mungkin diadakan di bawah Kanun

Tisu Manusia 7

Tatacara Jenayah [Akta 593], kecuali dengan persetujuan bertulis daripada Majistret dia tidak boleh—

(a)

memberikan kebenaran di bawah seksyen 2 berkenaan dengan badan itu; atau

(b)

bertindak atas sesuatu kebenaran yang telah diberikan oleh si mati di bawah subseksyen 2(1) atau oleh mana-mana orang lain.

Badan orang yang mati di hospital

Dalam hal sesuatu badan si mati yang terbaring di sesuatu hospital dan tidak dituntut, orang yang berkuasa mengawal dan menguruskan hospital itu atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa olehnya hendaklah disifatkan bagi maksud Akta ini sebagai seorang yang memiliki badan itu dengan sah di sisi undang-undang.

Perbuatan sah di sisi undang-undang sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini

Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh ditafsirkan sebagai menjadikan tidak sah di sisi undang-undang apa-apa urusan mengenai badan atau mana-mana bahagian badan seseorang yang mati jika urusan itu adalah sah di sisi undang-undang sekiranya Akta ini tidak diluluskan.

8

Undang-Undang Malaysia

Akta 130

SENARAI PINDAAN

Undang-undang

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa yang meminda dari

— TIADA —

Tisu Manusia 9

Akta 130

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

— TIADA —

Common questions

What is Akta Tisu Manusia 1974?
Akta Tisu Manusia 1974 is Malaysia Act, cited as Act 130 1974, currently marked in force and first recorded in 1974.
Is Akta Tisu Manusia 1974 still in force?
Yes — Akta Tisu Manusia 1974 is currently in force.
When did Akta Tisu Manusia 1974 take effect?
Akta Tisu Manusia 1974 was first recorded in 1974.
How many sections does Akta Tisu Manusia 1974 have?
Akta Tisu Manusia 1974 contains 5 sections.
Where can I read the official version of Akta Tisu Manusia 1974?
The official text of Akta Tisu Manusia 1974 is published at lom.agc.gov.my.

Something wrong on this page?

If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.