Skip to content

Seksyen 2

Pemindahan bahagian badan bagi maksud terapeutik

of Akta Tisu Manusia 1974

ActIn forceProvision 2 of 5
Seksyen 2
(1)

Jika mana-mana orang, sama ada secara bertulis pada bila-bila masa atau secara lisan di hadapan dua orang saksi atau lebih dalam masa dia sakit akhir sekali, telah menyatakan suatu permintaan bahawa badannya atau mana-mana bahagian yang tertentu daripada badannya digunakan selepas kematiannya bagi maksud terapeutik, atau bagi maksud pendidikan atau penyelidikan perubatan, orang yang memiliki badannya dengan sah di sisi undang-undang selepas kematiannya itu boleh, melainkan jika dia mempunyai sebab bagi mempercayai bahawa permintaan itu telah ditarik balik kemudiannya,

6

Undang-Undang Malaysia membenarkan dipindahkan daripada badan itu mana-mana bahagiannya atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, bahagian yang tertentu itu, untuk digunakan mengikut permintaan itu.

(2)

Tanpa menjejaskan subseksyen yang disebut terdahulu, orang yang memiliki dengan sah di sisi undang-undang badan seseorang yang mati boleh membenarkan dipindahkan mana-mana bahagian daripada badan yang tersebut itu untuk digunakan bagi maksud yang disebut terdahulu jika, setelah membuat apa-apa penyiasatan munasabah yang praktik, dia tiada mempunyai sebab bagi mempercayai—

(a)

bahawa si mati itu telah menyatakan bantahan terhadap badannya diuruskan sedemikian selepas kematiannya; atau

(b)

bahawa suami atau isteri atau mana-mana waris si mati yang masih hidup semasa si mati itu mati membantah terhadap badan itu diuruskan sedemikian.

(3)

Tiada kebenaran boleh diberikan di bawah seksyen ini berkenaan dengan mana-mana badan oleh seseorang yang diamanahkan kepadanya badan itu bagi maksud hanya untuk dikebumikan atau dibakar mayat.