Seksyen 3
Pemindahan dan penggunaan bahagian badan
Tertakluk kepada subseksyen (2) dan (3), pemindahan dan penggunaan mana-mana bahagian sesuatu badan mengikut sesuatu kebenaran yang diberikan menurut seksyen 2 adalah sah di sisi undang-undang.
(2)
Pemindahan itu tidak boleh dilakukan kecuali oleh seorang pengamal perubatan yang berdaftar penuh di bawah seksyen 14
Akta Perubatan 1971 [Akta 50], dan yang bersama dengan sekurang-kurangnya seorang lagi pengamal perubatan yang berdaftar penuh telah berpuas hati dengan memeriksa sendiri badan itu bahawa nyawa sudah tidak ada lagi.
(3)
Jika seseorang mempunyai sebab bagi mempercayai bahawa suatu post-mortem, atau suatu inkues atau suatu penyiasatan berkenaan dengan kematian itu, mungkin diadakan di bawah Kanun
Tisu Manusia 7
Tatacara Jenayah [Akta 593], kecuali dengan persetujuan bertulis daripada Majistret dia tidak boleh—
(a)
memberikan kebenaran di bawah seksyen 2 berkenaan dengan badan itu; atau
(b)
bertindak atas sesuatu kebenaran yang telah diberikan oleh si mati di bawah subseksyen 2(1) atau oleh mana-mana orang lain.