Skip to content
ActIn force

Akta Peruntukan Diraja 1982

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Enacted
1982
Sections
9
Languages
MS · EN

Akta Peruntukan Diraja 1982 is Malaysia Act, cited as Act 269 1982, currently marked in force and first recorded in 1982.

Front matterCover and publication detailsOpen

MALAYSIA

VERSI ATAS TALIAN TEKS CETAKAN SEMULA

YANG KEMAS KINI

Akta 269

AKTA PERUNTUKAN

DIRAJA 1982

Sebagaimana pada 1 September 2012

2

Tarikh Perkenan Diraja … … … … … 30 April 1982

Tarikh penyiaran dalam Warta … … … 13 Mei 1982

Kali terakhir dipinda melalui

P.U. (A) 253/2002 yang mula berkuat kuasa pada … … … … 1 November 2001

3

Akta 269

Opening note

Preamble

  1. Suatu Akta untuk membuat peruntukan mengenai Peruntukan Diraja Yang di-Pertuan Agong dan bagi perkara yang berkaitan dengannya. [1 Julai 1981] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Peruntukan Diraja 1982 dan hendaklah disifatkan telah mula berkuat kuasa pada 1 Julai 1981.

Peruntukan Diraja Yang di-Pertuan Agong

(1)

Maka hendaklah dibayar untuk Peruntukan Diraja Yang di-Pertuan Agong jumlah wang tahunan yang dinyatakan dalam Jadual

Pertama, Kedua dan Ketiga dan apa-apa jumlah wang yang perlu untuk mengadakan peruntukan bagi keistimewaan yang ditentukan menurut Jadual Keempat.

(2)

Amaun yang dinyatakan dalam Jadual Pertama hendaklah dibayar kepada Yang di-Pertuan Agong.

6 Undang-undang Malaysia AKTA 269

(3)

Amaun yang dinyatakan dalam Jadual Kedua hendaklah dibayar kepada, dan diletakkan di bawah kawalan, pegawai pengawal yang dilantik menurut seksyen 15A Akta Tatacara

Kewangan 1957 [Akta 61].

(4)

Amaun yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga hendaklah dibayar kepada Raja Permaisuri Agong.

Keistimewaan lain

Maka hendaklah diberi kepada Yang di-Pertuan Agong dan Raja

Permaisuri Agong keistimewaan yang ditentukan menurut Jadual

Keempat.

Tanggungan ke atas Kumpulan Wang Disatukan

Jumlah wang yang dikehendaki bagi pembayaran dan untuk mengadakan peruntukan bagi keistimewaan di bawah seksyen 2 dan 3

hendaklah dipertanggungkan ke atas Kumpulan Wang Disatukan.

Pembayaran

Jumlah wang tahunan yang kena dibayar di bawah Jadual Pertama dan Jadual Ketiga hendaklah—

(b)

dibayar secara bulanan pada hari terakhir tiap-tiap bulan atau pada mana-mana hari lain dalam bulan itu sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri Kewangan dari semasa ke semasa.

Peruntukan Diraja 7

Peruntukan, pemakaian Akta Tatacara Kewangan 1957 dan pindah peruntukan

(1)

Amaun yang dinyatakan dalam Jadual Kedua dalam mana-mana tahun hendaklah diperuntukkan kepada maksud perbelanjaan yang masing-masingnya dinyatakan dalam Jadual itu dan hendaklah dibelanjakan dalam tahun itu oleh pegawai pengawal, dan, tertakluk kepada subseksyen (2), setiap waran yang dikeluarkan mengenai amaun itu hendaklah luput menurut subseksyen 13(6) Akta Tatacara

Kewangan 1957.

(2)

Jika didapati bahawa jumlah wang yang diperuntukkan bagi mana-mana maksud perbelanjaan sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Kedua dalam mana-mana tahun tidak dikehendaki sepenuhnya untuk perbelanjaan bagi maksud itu dalam tahun itu

Perdana Menteri, setelah berunding dengan Menteri Kewangan, boleh mengarahkan supaya amaun yang tidak dikehendaki sedemikian itu digunakan sebagai tambahan kepada jumlah wang yang disediakan bagi mana-mana maksud lain.

Perubahan pemegang jawatan

Sekiranya berlaku perubahan dalam pemegang jawatan Yang di-Pertuan Agong atau Raja Permaisuri Agong, maka jumlah wang tahunan yang genap masa dan kena dibayar di bawah Jadual Pertama dan Jadual Ketiga hendaklah diselaraskan dan dibahagikan mengikut hal keadaan.

Pindaan Jadual

Jemaah Menteri boleh melalui perintah meminda Jadual dari semasa ke semasa.

8 Undang-undang Malaysia AKTA 269

JADUAL PERTAMA

(a)

Privy Purse ... ...

RM608,400.00 atau sebanyak mana yang kena dibayar sebagai

Privy Purse di bawah undang-undang Negeri kepada Raja sesuatu Negeri pada tarikh Raja itu dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong, mengikut mana yang lebih besar jumlahnya.

(b)

Elaun Keraian ...

...

RM202,800.00

(c)

Elaun Diraja Istana

Negara ...

...

RM243,360.00

JADUAL KEDUA

(a)

Perbelanjaan Istana dan

Sambutan Tetamu ...

...

RM2,259,100.00

Peruntukan Diraja 9

(b)

Gaji Kakitangan Istana ...

...

RM1,514,700.00

(c)

Bounty Diraja, Pemberian dan Khidmat Khas ...

...

RM50,000.00

JADUAL KETIGA

(a)

Privy Purse ...

...

RM113,568.00

(b)

Elaun Keraian ...

...

RM36,504.00

(c)

Elaun Diraja Istana

Negara ... ...

RM46,800.00

JADUAL KEEMPAT

Maka hendaklah diperuntukkan apa-apa keistimewaan sebagaimana ditentukan oleh Jemaah Menteri dari semasa ke semasa.

10

Akta 269

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang meminda

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa dari

P.U. (A) 28/1987

Perintah Peruntukan Diraja

(Pindaan Jadual Kedua)(No. 1)

1987 01-01-1985

P.U. (A) 29/1987

Perintah Peruntukan Diraja

(Pindaan Jadual Kedua)(No. 2)

1987 01-01-1986

P.U. (A) 30/1987

Perintah

Peruntukan

Diraja

(Pindaan Jadual Kedua)(No. 3)

1987 01-01-1987

Perintah Peruntukan Diraja

(Pindaan Jadual Pertama dan

Ketiga)1995 01-01-1994

P.U. (A) 253/2002

Perintah Peruntukan Diraja

(Pindaan Jadual Pertama dan

Ketiga)2002 01-11-2001

11

Akta 269

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

Jadual Pertama

P.U. (A) 253/2002 01-01-1994 01-11-2001

Jadual Kedua

P.U. (A) 28/1987

P.U. (A) 29/1987

P.U. (A) 30/1987

01-01-1985 01-01-1986 01-01-1987

Jadual Ketiga

P.U. (A) 253/2002

01-01-1994 01-11-2001

Common questions

What is Akta Peruntukan Diraja 1982?
Akta Peruntukan Diraja 1982 is Malaysia Act, cited as Act 269 1982, currently marked in force and first recorded in 1982.
Is Akta Peruntukan Diraja 1982 still in force?
Yes — Akta Peruntukan Diraja 1982 is currently in force.
When did Akta Peruntukan Diraja 1982 take effect?
Akta Peruntukan Diraja 1982 was first recorded in 1982.
How many sections does Akta Peruntukan Diraja 1982 have?
Akta Peruntukan Diraja 1982 contains 9 sections.
Where can I read the official version of Akta Peruntukan Diraja 1982?
The official text of Akta Peruntukan Diraja 1982 is published at lom.agc.gov.my.

Something wrong on this page?

If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.