Seksyen 1
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Peruntukan Diraja 1982 dan hendaklah disifatkan telah mula berkuat kuasa pada 1 Julai 1981.
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Akta Peruntukan Diraja 1982 is Malaysia Act, cited as Act 269 1982, currently marked in force and first recorded in 1982.
MALAYSIA
VERSI ATAS TALIAN TEKS CETAKAN SEMULA
YANG KEMAS KINI
Akta 269
AKTA PERUNTUKAN
DIRAJA 1982
Sebagaimana pada 1 September 2012
2
Tarikh Perkenan Diraja … … … … … 30 April 1982
Tarikh penyiaran dalam Warta … … … 13 Mei 1982
Kali terakhir dipinda melalui
P.U. (A) 253/2002 yang mula berkuat kuasa pada … … … … 1 November 2001
3
Akta 269
Opening note
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Peruntukan Diraja 1982 dan hendaklah disifatkan telah mula berkuat kuasa pada 1 Julai 1981.
Peruntukan Diraja Yang di-Pertuan Agong
Maka hendaklah dibayar untuk Peruntukan Diraja Yang di-Pertuan Agong jumlah wang tahunan yang dinyatakan dalam Jadual
Pertama, Kedua dan Ketiga dan apa-apa jumlah wang yang perlu untuk mengadakan peruntukan bagi keistimewaan yang ditentukan menurut Jadual Keempat.
Amaun yang dinyatakan dalam Jadual Pertama hendaklah dibayar kepada Yang di-Pertuan Agong.
6 Undang-undang Malaysia AKTA 269
Amaun yang dinyatakan dalam Jadual Kedua hendaklah dibayar kepada, dan diletakkan di bawah kawalan, pegawai pengawal yang dilantik menurut seksyen 15A Akta Tatacara
Kewangan 1957 [Akta 61].
Amaun yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga hendaklah dibayar kepada Raja Permaisuri Agong.
Keistimewaan lain
Maka hendaklah diberi kepada Yang di-Pertuan Agong dan Raja
Permaisuri Agong keistimewaan yang ditentukan menurut Jadual
Keempat.
Tanggungan ke atas Kumpulan Wang Disatukan
Jumlah wang yang dikehendaki bagi pembayaran dan untuk mengadakan peruntukan bagi keistimewaan di bawah seksyen 2 dan 3
hendaklah dipertanggungkan ke atas Kumpulan Wang Disatukan.
Pembayaran
Jumlah wang tahunan yang kena dibayar di bawah Jadual Pertama dan Jadual Ketiga hendaklah—
dibayar secara bulanan pada hari terakhir tiap-tiap bulan atau pada mana-mana hari lain dalam bulan itu sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri Kewangan dari semasa ke semasa.
Peruntukan Diraja 7
Peruntukan, pemakaian Akta Tatacara Kewangan 1957 dan pindah peruntukan
(1)
Amaun yang dinyatakan dalam Jadual Kedua dalam mana-mana tahun hendaklah diperuntukkan kepada maksud perbelanjaan yang masing-masingnya dinyatakan dalam Jadual itu dan hendaklah dibelanjakan dalam tahun itu oleh pegawai pengawal, dan, tertakluk kepada subseksyen (2), setiap waran yang dikeluarkan mengenai amaun itu hendaklah luput menurut subseksyen 13(6) Akta Tatacara
Kewangan 1957.
Jika didapati bahawa jumlah wang yang diperuntukkan bagi mana-mana maksud perbelanjaan sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Kedua dalam mana-mana tahun tidak dikehendaki sepenuhnya untuk perbelanjaan bagi maksud itu dalam tahun itu
Perdana Menteri, setelah berunding dengan Menteri Kewangan, boleh mengarahkan supaya amaun yang tidak dikehendaki sedemikian itu digunakan sebagai tambahan kepada jumlah wang yang disediakan bagi mana-mana maksud lain.
Perubahan pemegang jawatan
Sekiranya berlaku perubahan dalam pemegang jawatan Yang di-Pertuan Agong atau Raja Permaisuri Agong, maka jumlah wang tahunan yang genap masa dan kena dibayar di bawah Jadual Pertama dan Jadual Ketiga hendaklah diselaraskan dan dibahagikan mengikut hal keadaan.
Pindaan Jadual
Jemaah Menteri boleh melalui perintah meminda Jadual dari semasa ke semasa.
8 Undang-undang Malaysia AKTA 269
Pemansuhan
Ordinan Peruntukan Diraja 1957 [Ord. 70/1957] dimansuhkan.
JADUAL PERTAMA
(a)
Privy Purse ... ...
RM608,400.00 atau sebanyak mana yang kena dibayar sebagai
Privy Purse di bawah undang-undang Negeri kepada Raja sesuatu Negeri pada tarikh Raja itu dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong, mengikut mana yang lebih besar jumlahnya.
(b)
Elaun Keraian ...
...
RM202,800.00
(c)
Elaun Diraja Istana
Negara ...
...
RM243,360.00
JADUAL KEDUA
(a)
Perbelanjaan Istana dan
Sambutan Tetamu ...
...
RM2,259,100.00
Peruntukan Diraja 9
Gaji Kakitangan Istana ...
...
RM1,514,700.00
(c)
Bounty Diraja, Pemberian dan Khidmat Khas ...
...
RM50,000.00
JADUAL KETIGA
(a)
Privy Purse ...
...
RM113,568.00
(b)
Elaun Keraian ...
...
RM36,504.00
(c)
Elaun Diraja Istana
Negara ... ...
RM46,800.00
JADUAL KEEMPAT
Maka hendaklah diperuntukkan apa-apa keistimewaan sebagaimana ditentukan oleh Jemaah Menteri dari semasa ke semasa.
10
Akta 269
SENARAI PINDAAN
Undang-undang yang meminda
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa dari
P.U. (A) 28/1987
Perintah Peruntukan Diraja
(Pindaan Jadual Kedua)(No. 1)
1987 01-01-1985
P.U. (A) 29/1987
Perintah Peruntukan Diraja
(Pindaan Jadual Kedua)(No. 2)
1987 01-01-1986
P.U. (A) 30/1987
Perintah
Peruntukan
Diraja
(Pindaan Jadual Kedua)(No. 3)
1987 01-01-1987
Perintah Peruntukan Diraja
(Pindaan Jadual Pertama dan
Ketiga)1995 01-01-1994
P.U. (A) 253/2002
Perintah Peruntukan Diraja
(Pindaan Jadual Pertama dan
Ketiga)2002 01-11-2001
11
Akta 269
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari
Jadual Pertama
P.U. (A) 253/2002 01-01-1994 01-11-2001
Jadual Kedua
P.U. (A) 28/1987
P.U. (A) 29/1987
P.U. (A) 30/1987
01-01-1985 01-01-1986 01-01-1987
Jadual Ketiga
P.U. (A) 253/2002
01-01-1994 01-11-2001
If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.