Skip to content

Seksyen 6

Peruntukan, pemakaian Akta Tatacara Kewangan 1957 dan pindah peruntukan

of Akta Peruntukan Diraja 1982

ActIn forceProvision 6 of 9
Seksyen 6

(1)

Amaun yang dinyatakan dalam Jadual Kedua dalam mana-mana tahun hendaklah diperuntukkan kepada maksud perbelanjaan yang masing-masingnya dinyatakan dalam Jadual itu dan hendaklah dibelanjakan dalam tahun itu oleh pegawai pengawal, dan, tertakluk kepada subseksyen (2), setiap waran yang dikeluarkan mengenai amaun itu hendaklah luput menurut subseksyen 13(6) Akta Tatacara

Kewangan 1957.

(2)

Jika didapati bahawa jumlah wang yang diperuntukkan bagi mana-mana maksud perbelanjaan sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Kedua dalam mana-mana tahun tidak dikehendaki sepenuhnya untuk perbelanjaan bagi maksud itu dalam tahun itu

Perdana Menteri, setelah berunding dengan Menteri Kewangan, boleh mengarahkan supaya amaun yang tidak dikehendaki sedemikian itu digunakan sebagai tambahan kepada jumlah wang yang disediakan bagi mana-mana maksud lain.