/akn/my/act/act/1983/284

AKTA KUMPULAN WANG BIASISWA PENGAJIAN TINGGI RAJA-RAJA DAN YANG DI-PERTUA-YANG DI-PERTUA NEGERI 1983

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Type
Act
Status
In force
Enacted
1983
Sections
23
Languages
MS · EN

Quick answer

About this act

AKTA KUMPULAN WANG BIASISWA PENGAJIAN TINGGI RAJA-RAJA DAN YANG DI-PERTUA-YANG DI-PERTUA NEGERI 1983 is Malaysia Act, cited as Act 284 1983, currently marked in force and first recorded in 1983.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Suatu Akta untuk menubuhkan Kumpulan Wang Biasiswa Pengajian Tinggi Raja-Raja dan Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri dan untuk mengadakan peruntukan bagi pengurusan Kumpulan Wang itu dan perkara lain yang bersampingan dengannya. [13 Mei 1983] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut:

Bahagian I

Bahagian I

Seksyen 1

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Kumpulan Wang Biasiswa

Open as pageSuggest a correction

Pengajian Tinggi Raja-Raja dan Yang di-Pertua-Yang di-Pertua

Negeri 1983 dan hendaklah terpakai di seluruh Malaysia.

Seksyen 2

Tafsiran

Open as pageSuggest a correction

“Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang Biasiswa Pengajian

Tinggi Raja-Raja dan Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;

Undang-Undang Malaysia 6

Akta 284

“Lembaga” ertinya Lembaga Kumpulan Wang Biasiswa Pengajian

Tinggi Raja-Raja dan Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri yang ditubuhkan di bawah seksyen 5;

“Majlis” ertinya Majlis Raja-Raja yang ditubuhkan di bawah

Perkara 38 Perlembagaan Persekutuan.

Bahagian II

Bahagian II

KUMPULAN WANG DAN LEMBAGA

Suggest a correction

Penubuhan dan pengurusan Kumpulan Wang

Seksyen 3

Open as pageSuggest a correction

(2)

Kawalan dan pengurusan Kumpulan Wang hendaklah, tertakluk pada peruntukan Akta ini, terletak hak pada Lembaga yang dikenali sebagai Lembaga Kumpulan Wang Biasiswa

Pengajian Tinggi Raja-Raja dan Yang di-Pertua-Yang di-Pertua

Negeri, yang disebut “Lembaga” dalam Akta ini, yang hendaklah menjadi suatu pertubuhan perbadanan yang kekal turun-temurun dan mempunyai meterai perbadanan dengan kuasa untuk membawa guaman dan dibawa guaman terhadapnya, memegang harta alih atau tak alih, membuat kontrak dan, tertakluk kepada apa yang diperuntukkan kemudian daripada ini, memindahkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik, menggadaijanjikan, memajak atau selainnya melupuskan harta alih atau tak alih yang terletak hak pada Lembaga mengikut apa-apa syarat sebagaimana yang difikirkannya patut.

Kuasa Lembaga untuk menerima pemberian, derma, dsb.

Suggest a correction

Seksyen 4

Open as pageSuggest a correction

Lembaga hendaklah mempunyai kuasa menurut budi bicaranya untuk menerima apa-apa pemberian, derma, derma kekal, hadiah atau bekues yang dibuat untuk atau bagi faedah Kumpulan Wang.

Kumpulan Wang Biasiswa Pengajian Tinggi Raja-Raja dan

Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri 7

Seksyen 5

Anggota Lembaga

Open as pageSuggest a correction

(2)

Pengerusi dan anggota Lembaga hendaklah, tertakluk pada seksyen 6 dan 7, dilantik bagi tempoh dua tahun dan layak untuk dilantik semula.

Suggest a correction

(3)

Pengerusi hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat

Lembaga.

Suggest a correction

(4)

Lembaga hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya tiga kali setahun di mana-mana tempat yang ditetapkan oleh Pengerusi dan dalam mana-mana mesyuarat Lembaga, Pengerusi dan dua orang anggota hendaklah membentuk kuorum.

Suggest a correction

(6)

Tertakluk pada peruntukan Akta ini, Lembaga hendaklah mempunyai kuasa untuk menetapkan tatacaranya sendiri.

Suggest a correction

(7)

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hendaklah menjadi

Setiausaha Lembaga.

Kehilangan kelayakan anggota

Suggest a correction

Seksyen 6

Open as pageSuggest a correction

Seseorang anggota Lembaga hendaklah hilang kelayakan daripada memegang jawatan sebagai anggota itu jika anggota itu terhenti daripada menjadi Menteri Besar atau Ketua Menteri.

Seksyen 7

Pemecatan daripada jawatan

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tanpa menjejaskan kuasa pemecatan di bawah subseksyen (1),

Majlis boleh memecat daripada jawatan mana-mana anggota

Lembaga yang pada pendapat Majlis tidak berupaya melaksanakan kewajipannya dengan sepatutnya sebagai seorang anggota Lembaga oleh sebab keuzurannya.

Undang-Undang Malaysia 8

Akta 284

Kuasa Majlis untuk memberikan arahan

Suggest a correction

Seksyen 8

Open as pageSuggest a correction

Majlis boleh, dari semasa ke semasa, memberikan arahan kepada Lembaga selaras dengan Akta ini mengenai dasar yang hendaklah diikuti dalam menjalankan kuasa yang diberikan dan kewajipan yang dipertanggungkan ke atas Lembaga oleh atau di bawah Akta ini dan Lembaga hendaklah melaksanakan semua arahan itu.

Bahagian III

Bahagian III

MATLAMAT KUMPULAN WANG

Suggest a correction

Kos menguruskan Kumpulan Wang dan matlamat Kumpulan

Wang

Seksyen 9

Open as pageSuggest a correction

(2)

Baki Kumpulan Wang selepas dibayar perbelanjaan yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah, tertakluk pada peruntukan

Akta ini, digunakan bagi maksud mengurniakan apa-apa bilangan dermasiswa, biasiswa, pemberian pengajian, pinjaman pengajian atau apa-apa kurniaan pengajian lain sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga, dari semasa ke semasa, untuk dikurniakan kepada mana-mana orang untuk membolehkan orang itu mengikuti apa-apa kursus pengajian sebagaimana yang difikirkan patut oleh Lembaga.

Syarat kurniaan pengajian

Suggest a correction

Seksyen 10

Open as pageSuggest a correction

Sebelum membuat apa-apa kurniaan pengajian di bawah Akta ini, Lembaga bolehlah mengenakan apa-apa syarat sebagaimana yang difikirkannya perlu.

Seksyen 11

Terma kurniaan pengajian

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika mana-mana penerima apa-apa kurniaan pengajian yang dibuat di bawah Akta ini melakukan suatu kemungkiran bagi apa-apa syarat yang ditetapkan oleh Lembaga atau dengan apa jua cara berkelakuan tidak baik, dia boleh sesudah itu dilucutkan daripada kurniaan itu.

Kuat kuasa Akta ini

Suggest a correction

Seksyen 12

Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri 9

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika pada bila-bila masa Lembaga berpendapat bahawa disebabkan sesuatu hal keadaan, apa-apa kurniaan pengajian di bawah Akta ini tidak patut diberikan atau jika terdapat dalam mana-mana tahun tiada seorang pun calon yang pada pendapat

Lembaga layak menerima apa-apa kurniaan pengajian di bawah

Akta ini, maka tiada kurniaan pengajian sedemikian akan dibuat pada tahun itu dan wang yang sepatutnya diuntukkan bagi kurniaan pengajian itu akan diuruskan sebagaimana yang diperuntukkan kemudian daripada ini dalam Akta ini.

Kurniaan pengajian terhenti dalam hal tertentu

Suggest a correction

Seksyen 13

Open as pageSuggest a correction

Lembaga boleh berhenti daripada memperuntukkan, menyenggara atau membantu mana-mana penerima kurniaan pengajian di bawah

Akta ini yang melanggar atau gagal mematuhi terma atau syarat yang dikenakan oleh Lembaga mengikut Akta ini atau jika Lembaga berpendapat bahawa tidak lagi menguntungkan atau berpatutan untuk diteruskan pengajian penerima itu selanjutnya disebabkan oleh kemajuan pengajiannya yang tidak memuaskan, salah laku atau keuzuran:

Dengan syarat bahawa dalam mana-mana hal penghentian mana-mana kurniaan pengajian, Lembaga hendaklah membayar semua perbelanjaan yang perlu untuk membawa pulang penerima itu dan orang tanggungannya, jika ada, ke Persekutuan jika mereka telah meninggalkan Malaysia atas arahan atau dengan kelulusan

Lembaga.

Undang-Undang Malaysia 10

Akta 284

Bahagian IV

Bahagian IV

AM

Suggest a correction

Peguam Persekutuan diberikan kuasa untuk hadir bagi pihak

Lembaga

Seksyen 14

Open as pageSuggest a correction

Mana-mana Peguam Persekutuan, atau mana-mana peguam bela atau peguam cara yang diperkenankan oleh Majlis, boleh hadir bagi pihak Lembaga dan berhujah serta melakukan apa-apa perkara lain yang perlu berkenaan dengan apa-apa litigasi dalam mana-mana mahkamah di Malaysia berkenaan dengan apa-apa kemungkiran syarat apa-apa kurniaan pengajian yang dibuat oleh

Lembaga di bawah Akta ini.

Seksyen 15

Kuasa pelaburan Lembaga

Open as pageSuggest a correction

Wang Kumpulan Wang boleh dilaburkan oleh Lembaga dalam pelaburan yang pada masa itu dibenarkan oleh undang-undang bagi pelaburan kumpulan wang amanah:

Dengan syarat bahawa Lembaga tidak boleh membuat apa-apa pelaburan dalam sekuriti yang dikeluarkan atau didaftarkan atau dalam harta lain yang berada di luar Persekutuan kecuali diperkenankan secara bertulis oleh Majlis.

Seksyen 17

Meterai Lembaga

Open as pageSuggest a correction

(2)

Mana-mana surat cara yang mengandungi meterai Lembaga yang telah dicapkan dengannya dan telah diakusaksikan hendaklah disifatkan telah dibuat oleh Lembaga.

Kumpulan Wang Biasiswa Pengajian Tinggi Raja-Raja dan

Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri 11

Pelantikan pegawai dan pekhidmat

Suggest a correction

Seksyen 18

Open as pageSuggest a correction

Lembaga hendaklah mempunyai kuasa untuk melantik mana-mana pegawai dan pekhidmat Lembaga sebagaimana yang perlu untuk menjalankan fungsi Lembaga.

Seksyen 19

Pewakilan oleh Lembaga

Open as pageSuggest a correction

Lembaga boleh, melalui surat cara secara bertulis di bawah meterai perbadanan Lembaga, mewakilkan kepada mana-mana orang atau badan apa-apa kewajipannya sebagaimana yang perlu untuk dilaksanakan di dalam atau di luar Persekutuan:

Dengan syarat bahawa mana-mana orang atau badan sedemikian tidak mempunyai kawalan ke atas Kumpulan Wang dan hendaklah bertindak dalam semua hal mengikut arahan Lembaga.

Seksyen 20

Tanggungan terhadap kerugian dalam pelaburan

Open as pageSuggest a correction

Tiada seorang pun anggota Lembaga hendaklah bertanggungan terhadap apa-apa kerugian yang timbul daripada atau yang bergantung pada apa-apa pelaburan yang dibuat melainkan jika kerugian itu telah disebabkan oleh kecuaian sengaja, fraud atau kecurangannya; dan tiada seorang pun anggota Lembaga, ejen atau orang yang bertindak di bawah kuasa Lembaga hendaklah bertanggungan sendiri terhadap apa-apa tindakan atau prosiding bagi atau berkenaan dengan apa-apa perbuatan, perkara atau benda yang dilakukan atau ditinggalkan daripada dilakukan dengan suci hati dan dalam menjalankan dengan sepatutnya mana-mana hak atau kuasa Lembaga atau anggotanya.

Seksyen 21

Kaedah-kaedah

Open as pageSuggest a correction

(2)

Khususnya dan tanpa menjejaskan keluasan kuasa yang disebut di atas, kaedah-kaedah itu boleh—

(a)

menetapkan kurniaan pengajian, syarat yang hendaklah dipatuhi dan kelayakan yang hendaklah dimiliki oleh calon;

Suggest a correction

(b)

mengadakan peruntukan bagi pembayaran gaji dan elaun dan syarat perkhidmatan pegawai dan pekhidmat Lembaga;

Suggest a correction

(c)

mengadakan peruntukan bagi penubuhan dan pengurusan skim persaraan atau skim kumpulan wang simpanan bagi pegawai dan pekhidmatnya.

Pengerusi hendaklah melaporkan kepada Majlis jika wang, dsb., Kumpulan Wang tidak mencukupi

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 22

Akta 284

Open as pageSuggest a correction

Jika pada bila-bila masa, wang atau aset lain Kumpulan Wang adalah pada pendapat Lembaga tidak mencukupi untuk membayar perbelanjaan Kumpulan Wang dan pembayaran lain, Pengerusi

Lembaga hendaklah dengan serta-merta membuat suatu laporan mengenai hakikat itu kepada Majlis.

Seksyen 23

Pemindahan wang yang ada di dalam tangan penganjur ke dalam Kumpulan Wang

Open as pageSuggest a correction

Pada permulaan kuat kuasa Akta ini, semua wang dan aset lain yang berada dalam jagaan, kawalan atau pengurusan mana-mana orang menurut apa-apa kuasa jua pun dan didermakan kepada

Kumpulan Wang atau diterima oleh orang itu pada menjangkakan pemasyhuran Akta ini, bersama-sama dengan apa-apa bunga atau dividen yang terakru ke atasnya, hendaklah disifatkan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang dan hendaklah dipindahkan kepada dan terletak hak pada Lembaga.

Kumpulan Wang Biasiswa Pengajian Tinggi Raja-Raja dan

Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri 13

Akta 284

PENGAJIAN TINGGI RAJA-RAJA DAN

YANG DI-PERTUA-YANG DI-PERTUA

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang meminda

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa dari

−TIADA−

Undang-Undang Malaysia 14

Akta 284

Akta 284

PENGAJIAN TINGGI RAJA-RAJA DAN

YANG DI-PERTUA-YANG DI-PERTUA

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

−TIADA−

Common questions

What is AKTA KUMPULAN WANG BIASISWA PENGAJIAN TINGGI RAJA-RAJA DAN YANG DI-PERTUA-YANG DI-PERTUA NEGERI 1983?
AKTA KUMPULAN WANG BIASISWA PENGAJIAN TINGGI RAJA-RAJA DAN YANG DI-PERTUA-YANG DI-PERTUA NEGERI 1983 is Malaysia Act, cited as Act 284 1983, currently marked in force and first recorded in 1983.
Is AKTA KUMPULAN WANG BIASISWA PENGAJIAN TINGGI RAJA-RAJA DAN YANG DI-PERTUA-YANG DI-PERTUA NEGERI 1983 still in force?
Yes — AKTA KUMPULAN WANG BIASISWA PENGAJIAN TINGGI RAJA-RAJA DAN YANG DI-PERTUA-YANG DI-PERTUA NEGERI 1983 is currently in force.
When did AKTA KUMPULAN WANG BIASISWA PENGAJIAN TINGGI RAJA-RAJA DAN YANG DI-PERTUA-YANG DI-PERTUA NEGERI 1983 take effect?
AKTA KUMPULAN WANG BIASISWA PENGAJIAN TINGGI RAJA-RAJA DAN YANG DI-PERTUA-YANG DI-PERTUA NEGERI 1983 was first recorded in 1983.
How many sections does AKTA KUMPULAN WANG BIASISWA PENGAJIAN TINGGI RAJA-RAJA DAN YANG DI-PERTUA-YANG DI-PERTUA NEGERI 1983 have?
AKTA KUMPULAN WANG BIASISWA PENGAJIAN TINGGI RAJA-RAJA DAN YANG DI-PERTUA-YANG DI-PERTUA NEGERI 1983 contains 23 sections.
Where can I read the official version of AKTA KUMPULAN WANG BIASISWA PENGAJIAN TINGGI RAJA-RAJA DAN YANG DI-PERTUA-YANG DI-PERTUA NEGERI 1983?
The official text of AKTA KUMPULAN WANG BIASISWA PENGAJIAN TINGGI RAJA-RAJA DAN YANG DI-PERTUA-YANG DI-PERTUA NEGERI 1983 is published at lom.agc.gov.my.