Skip to content
ActIn force

Akta Kumpulan Wang Biasiswa Pengajian Tinggi Raja-Raja dan yang Di-Pertua-Yang Di-Pertua Negeri 1983

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Enacted
1983
Sections
23
Languages
MS · EN

Akta Kumpulan Wang Biasiswa Pengajian Tinggi Raja-Raja dan yang Di-Pertua-Yang Di-Pertua Negeri 1983 is Malaysia Act, cited as Act 284 1983, currently marked in force and first recorded in 1983.

Front matterCover and publication detailsOpen

Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri 1

UNDANG-UNDANG

MALAYSIA

CETAKAN SEMULA

Akta 284

AKTA KUMPULAN WANG

BIASISWA PENGAJIAN TINGGI

RAJA-RAJA DAN YANG

DI-PERTUA-YANG DI-PERTUA

Sebagaimana pada 1 Oktober 2021

Undang-Undang Malaysia 2

Akta 284

AKTA KUMPULAN WANG BIASISWA PENGAJIAN TINGGI

RAJA-RAJA DAN YANG DI-PERTUA-YANG DI-PERTUA

Tarikh Perkenan Diraja

… … …

11 Mei 1983

Tarikh penyiaran dalam Warta

… …

12 Mei 1983

Cetakan Semula Yang Terdahulu

Cetakan Semula Yang Pertama

… … … … …

2001

Cetakan Semula Yang Kedua

… … … … …

2006

Kumpulan Wang Biasiswa Pengajian Tinggi Raja-Raja dan

Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri 3

Akta 284

AKTA KUMPULAN WANG BIASISWA PENGAJIAN

TINGGI RAJA-RAJA DAN YANG DI-PERTUA-YANG

DI-PERTUA NEGERI 1983

Opening note

Preamble

  1. Suatu Akta untuk menubuhkan Kumpulan Wang Biasiswa Pengajian Tinggi Raja-Raja dan Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri dan untuk mengadakan peruntukan bagi pengurusan Kumpulan Wang itu dan perkara lain yang bersampingan dengannya. [13 Mei 1983] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut:

Bahagian I

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Kumpulan Wang Biasiswa

Pengajian Tinggi Raja-Raja dan Yang di-Pertua-Yang di-Pertua

Negeri 1983 dan hendaklah terpakai di seluruh Malaysia.

Tafsiran

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang Biasiswa Pengajian

Tinggi Raja-Raja dan Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;

Undang-Undang Malaysia 6

Akta 284

“Lembaga” ertinya Lembaga Kumpulan Wang Biasiswa Pengajian

Tinggi Raja-Raja dan Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri yang ditubuhkan di bawah seksyen 5;

“Majlis” ertinya Majlis Raja-Raja yang ditubuhkan di bawah

Perkara 38 Perlembagaan Persekutuan.

Bahagian II

KUMPULAN WANG DAN LEMBAGA

Penubuhan dan pengurusan Kumpulan Wang

(1)

Maka hendaklah ditubuhkan suatu Kumpulan Wang yang dikenali sebagai Kumpulan Wang Biasiswa Pengajian Tinggi

Raja-Raja dan Yang-di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri.

(2)

Kawalan dan pengurusan Kumpulan Wang hendaklah, tertakluk pada peruntukan Akta ini, terletak hak pada Lembaga yang dikenali sebagai Lembaga Kumpulan Wang Biasiswa

Pengajian Tinggi Raja-Raja dan Yang di-Pertua-Yang di-Pertua

Negeri, yang disebut “Lembaga” dalam Akta ini, yang hendaklah menjadi suatu pertubuhan perbadanan yang kekal turun-temurun dan mempunyai meterai perbadanan dengan kuasa untuk membawa guaman dan dibawa guaman terhadapnya, memegang harta alih atau tak alih, membuat kontrak dan, tertakluk kepada apa yang diperuntukkan kemudian daripada ini, memindahkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik, menggadaijanjikan, memajak atau selainnya melupuskan harta alih atau tak alih yang terletak hak pada Lembaga mengikut apa-apa syarat sebagaimana yang difikirkannya patut.

Kuasa Lembaga untuk menerima pemberian, derma, dsb.

Lembaga hendaklah mempunyai kuasa menurut budi bicaranya untuk menerima apa-apa pemberian, derma, derma kekal, hadiah atau bekues yang dibuat untuk atau bagi faedah Kumpulan Wang.

Kumpulan Wang Biasiswa Pengajian Tinggi Raja-Raja dan

Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri 7

Anggota Lembaga

(1)

Lembaga hendaklah terdiri daripada seorang Pengerusi dan empat orang anggota lain yang dilantik oleh Majlis dalam kalangan Menteri Besar dan Ketua Menteri.

(2)

Pengerusi dan anggota Lembaga hendaklah, tertakluk pada seksyen 6 dan 7, dilantik bagi tempoh dua tahun dan layak untuk dilantik semula.

(3)

Pengerusi hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat

Lembaga.

(4)

Lembaga hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya tiga kali setahun di mana-mana tempat yang ditetapkan oleh Pengerusi dan dalam mana-mana mesyuarat Lembaga, Pengerusi dan dua orang anggota hendaklah membentuk kuorum.

(6)

Tertakluk pada peruntukan Akta ini, Lembaga hendaklah mempunyai kuasa untuk menetapkan tatacaranya sendiri.

(7)

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hendaklah menjadi

Setiausaha Lembaga.

Kehilangan kelayakan anggota

Seseorang anggota Lembaga hendaklah hilang kelayakan daripada memegang jawatan sebagai anggota itu jika anggota itu terhenti daripada menjadi Menteri Besar atau Ketua Menteri.

Pemecatan daripada jawatan

(1)

Majlis boleh, pada bila-bila masa, memecat daripada jawatan mana-mana anggota Lembaga dan melantik seseorang lain menggantikan tempatnya.

(2)

Tanpa menjejaskan kuasa pemecatan di bawah subseksyen (1),

Majlis boleh memecat daripada jawatan mana-mana anggota

Lembaga yang pada pendapat Majlis tidak berupaya melaksanakan kewajipannya dengan sepatutnya sebagai seorang anggota Lembaga oleh sebab keuzurannya.

Undang-Undang Malaysia 8

Akta 284

Kuasa Majlis untuk memberikan arahan

Majlis boleh, dari semasa ke semasa, memberikan arahan kepada Lembaga selaras dengan Akta ini mengenai dasar yang hendaklah diikuti dalam menjalankan kuasa yang diberikan dan kewajipan yang dipertanggungkan ke atas Lembaga oleh atau di bawah Akta ini dan Lembaga hendaklah melaksanakan semua arahan itu.

Bahagian III

MATLAMAT KUMPULAN WANG

Kos menguruskan Kumpulan Wang dan matlamat Kumpulan

Wang

(1)

Semua perbelanjaan yang bersampingan dengan pengurusan

Kumpulan Wang hendaklah dibayar daripada wang Kumpulan

Wang sebagai keutamaan daripada apa-apa pembayaran lain.

(2)

Baki Kumpulan Wang selepas dibayar perbelanjaan yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah, tertakluk pada peruntukan

Akta ini, digunakan bagi maksud mengurniakan apa-apa bilangan dermasiswa, biasiswa, pemberian pengajian, pinjaman pengajian atau apa-apa kurniaan pengajian lain sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga, dari semasa ke semasa, untuk dikurniakan kepada mana-mana orang untuk membolehkan orang itu mengikuti apa-apa kursus pengajian sebagaimana yang difikirkan patut oleh Lembaga.

Syarat kurniaan pengajian

Sebelum membuat apa-apa kurniaan pengajian di bawah Akta ini, Lembaga bolehlah mengenakan apa-apa syarat sebagaimana yang difikirkannya perlu.

Terma kurniaan pengajian

(1)

Tiap-tiap penerima dermasiswa, biasiswa, pemberian pengajian, pinjaman pengajian atau apa-apa kurniaan pengajian lain yang dikurniakan di bawah Akta ini hendaklah menjadi, dan sepanjang tempoh pemegangan itu terus berterusan, pelajar di tempat pengajian yang diluluskan oleh Lembaga dan hendaklah mengikuti pengajiannya di situ dengan memuaskan hati Lembaga.

Kumpulan Wang Biasiswa Pengajian Tinggi Raja-Raja dan

Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri 9

(2)

Jika mana-mana penerima apa-apa kurniaan pengajian yang dibuat di bawah Akta ini melakukan suatu kemungkiran bagi apa-apa syarat yang ditetapkan oleh Lembaga atau dengan apa jua cara berkelakuan tidak baik, dia boleh sesudah itu dilucutkan daripada kurniaan itu.

Kuat kuasa Akta ini

(1)

Peruntukan Akta ini hendaklah menjadi tambahan kepada dan tidak mengurangkan mana-mana undang-undang bertulis lain yang berhubungan dengan peruntukan dermasiswa, biasiswa, pemberian pengajian, pinjaman pengajian atau apa-apa kurniaan pengajian lain yang berkuat kuasa di mana-mana bahagian Persekutuan.

(2)

Jika pada bila-bila masa Lembaga berpendapat bahawa disebabkan sesuatu hal keadaan, apa-apa kurniaan pengajian di bawah Akta ini tidak patut diberikan atau jika terdapat dalam mana-mana tahun tiada seorang pun calon yang pada pendapat

Lembaga layak menerima apa-apa kurniaan pengajian di bawah

Akta ini, maka tiada kurniaan pengajian sedemikian akan dibuat pada tahun itu dan wang yang sepatutnya diuntukkan bagi kurniaan pengajian itu akan diuruskan sebagaimana yang diperuntukkan kemudian daripada ini dalam Akta ini.

Kurniaan pengajian terhenti dalam hal tertentu

Lembaga boleh berhenti daripada memperuntukkan, menyenggara atau membantu mana-mana penerima kurniaan pengajian di bawah

Akta ini yang melanggar atau gagal mematuhi terma atau syarat yang dikenakan oleh Lembaga mengikut Akta ini atau jika Lembaga berpendapat bahawa tidak lagi menguntungkan atau berpatutan untuk diteruskan pengajian penerima itu selanjutnya disebabkan oleh kemajuan pengajiannya yang tidak memuaskan, salah laku atau keuzuran:

Dengan syarat bahawa dalam mana-mana hal penghentian mana-mana kurniaan pengajian, Lembaga hendaklah membayar semua perbelanjaan yang perlu untuk membawa pulang penerima itu dan orang tanggungannya, jika ada, ke Persekutuan jika mereka telah meninggalkan Malaysia atas arahan atau dengan kelulusan

Lembaga.

Undang-Undang Malaysia 10

Akta 284

Bahagian IV

Peguam Persekutuan diberikan kuasa untuk hadir bagi pihak

Lembaga

Mana-mana Peguam Persekutuan, atau mana-mana peguam bela atau peguam cara yang diperkenankan oleh Majlis, boleh hadir bagi pihak Lembaga dan berhujah serta melakukan apa-apa perkara lain yang perlu berkenaan dengan apa-apa litigasi dalam mana-mana mahkamah di Malaysia berkenaan dengan apa-apa kemungkiran syarat apa-apa kurniaan pengajian yang dibuat oleh

Lembaga di bawah Akta ini.

Kuasa pelaburan Lembaga

Wang Kumpulan Wang boleh dilaburkan oleh Lembaga dalam pelaburan yang pada masa itu dibenarkan oleh undang-undang bagi pelaburan kumpulan wang amanah:

Dengan syarat bahawa Lembaga tidak boleh membuat apa-apa pelaburan dalam sekuriti yang dikeluarkan atau didaftarkan atau dalam harta lain yang berada di luar Persekutuan kecuali diperkenankan secara bertulis oleh Majlis.

Audit dan akaun

Peruntukan Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan

Tahunan) 1980 [Akta 240] hendaklah terpakai bagi Lembaga.

Meterai Lembaga

(1)

Meterai perbadanan Lembaga hendaklah disimpan dalam jagaan Setiausaha dan tidak boleh dicapkan ke atas mana-mana surat cara kecuali di hadapan Pengerusi, Setiausaha atau mana-mana anggota lain Lembaga yang dibenarkan oleh Pengerusi.

(2)

Mana-mana surat cara yang mengandungi meterai Lembaga yang telah dicapkan dengannya dan telah diakusaksikan hendaklah disifatkan telah dibuat oleh Lembaga.

Kumpulan Wang Biasiswa Pengajian Tinggi Raja-Raja dan

Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri 11

Pelantikan pegawai dan pekhidmat

Lembaga hendaklah mempunyai kuasa untuk melantik mana-mana pegawai dan pekhidmat Lembaga sebagaimana yang perlu untuk menjalankan fungsi Lembaga.

Pewakilan oleh Lembaga

Lembaga boleh, melalui surat cara secara bertulis di bawah meterai perbadanan Lembaga, mewakilkan kepada mana-mana orang atau badan apa-apa kewajipannya sebagaimana yang perlu untuk dilaksanakan di dalam atau di luar Persekutuan:

Dengan syarat bahawa mana-mana orang atau badan sedemikian tidak mempunyai kawalan ke atas Kumpulan Wang dan hendaklah bertindak dalam semua hal mengikut arahan Lembaga.

Tanggungan terhadap kerugian dalam pelaburan

Tiada seorang pun anggota Lembaga hendaklah bertanggungan terhadap apa-apa kerugian yang timbul daripada atau yang bergantung pada apa-apa pelaburan yang dibuat melainkan jika kerugian itu telah disebabkan oleh kecuaian sengaja, fraud atau kecurangannya; dan tiada seorang pun anggota Lembaga, ejen atau orang yang bertindak di bawah kuasa Lembaga hendaklah bertanggungan sendiri terhadap apa-apa tindakan atau prosiding bagi atau berkenaan dengan apa-apa perbuatan, perkara atau benda yang dilakukan atau ditinggalkan daripada dilakukan dengan suci hati dan dalam menjalankan dengan sepatutnya mana-mana hak atau kuasa Lembaga atau anggotanya.

Kaedah-kaedah

(1)

Lembaga boleh, dari semasa ke semasa, dengan diperkenankan oleh Majlis, membuat kaedah-kaedah untuk menjalankan dengan sepatutnya mana-mana peruntukan Akta ini.

Undang-Undang Malaysia 12

Akta 284

(2)

Khususnya dan tanpa menjejaskan keluasan kuasa yang disebut di atas, kaedah-kaedah itu boleh—

(a)

menetapkan kurniaan pengajian, syarat yang hendaklah dipatuhi dan kelayakan yang hendaklah dimiliki oleh calon;

(b)

mengadakan peruntukan bagi pembayaran gaji dan elaun dan syarat perkhidmatan pegawai dan pekhidmat Lembaga;

(c)

mengadakan peruntukan bagi penubuhan dan pengurusan skim persaraan atau skim kumpulan wang simpanan bagi pegawai dan pekhidmatnya.

Pengerusi hendaklah melaporkan kepada Majlis jika wang, dsb., Kumpulan Wang tidak mencukupi

Jika pada bila-bila masa, wang atau aset lain Kumpulan Wang adalah pada pendapat Lembaga tidak mencukupi untuk membayar perbelanjaan Kumpulan Wang dan pembayaran lain, Pengerusi

Lembaga hendaklah dengan serta-merta membuat suatu laporan mengenai hakikat itu kepada Majlis.

Pemindahan wang yang ada di dalam tangan penganjur ke dalam Kumpulan Wang

Pada permulaan kuat kuasa Akta ini, semua wang dan aset lain yang berada dalam jagaan, kawalan atau pengurusan mana-mana orang menurut apa-apa kuasa jua pun dan didermakan kepada

Kumpulan Wang atau diterima oleh orang itu pada menjangkakan pemasyhuran Akta ini, bersama-sama dengan apa-apa bunga atau dividen yang terakru ke atasnya, hendaklah disifatkan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang dan hendaklah dipindahkan kepada dan terletak hak pada Lembaga.

Kumpulan Wang Biasiswa Pengajian Tinggi Raja-Raja dan

Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri 13

Akta 284

PENGAJIAN TINGGI RAJA-RAJA DAN

YANG DI-PERTUA-YANG DI-PERTUA

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang meminda

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa dari

−TIADA−

Undang-Undang Malaysia 14

Akta 284

Akta 284

PENGAJIAN TINGGI RAJA-RAJA DAN

YANG DI-PERTUA-YANG DI-PERTUA

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

−TIADA−

Common questions

What is Akta Kumpulan Wang Biasiswa Pengajian Tinggi Raja-Raja dan yang Di-Pertua-Yang Di-Pertua Negeri 1983?
Akta Kumpulan Wang Biasiswa Pengajian Tinggi Raja-Raja dan yang Di-Pertua-Yang Di-Pertua Negeri 1983 is Malaysia Act, cited as Act 284 1983, currently marked in force and first recorded in 1983.
Is Akta Kumpulan Wang Biasiswa Pengajian Tinggi Raja-Raja dan yang Di-Pertua-Yang Di-Pertua Negeri 1983 still in force?
Yes — Akta Kumpulan Wang Biasiswa Pengajian Tinggi Raja-Raja dan yang Di-Pertua-Yang Di-Pertua Negeri 1983 is currently in force.
When did Akta Kumpulan Wang Biasiswa Pengajian Tinggi Raja-Raja dan yang Di-Pertua-Yang Di-Pertua Negeri 1983 take effect?
Akta Kumpulan Wang Biasiswa Pengajian Tinggi Raja-Raja dan yang Di-Pertua-Yang Di-Pertua Negeri 1983 was first recorded in 1983.
How many sections does Akta Kumpulan Wang Biasiswa Pengajian Tinggi Raja-Raja dan yang Di-Pertua-Yang Di-Pertua Negeri 1983 have?
Akta Kumpulan Wang Biasiswa Pengajian Tinggi Raja-Raja dan yang Di-Pertua-Yang Di-Pertua Negeri 1983 contains 23 sections.
Where can I read the official version of Akta Kumpulan Wang Biasiswa Pengajian Tinggi Raja-Raja dan yang Di-Pertua-Yang Di-Pertua Negeri 1983?
The official text of Akta Kumpulan Wang Biasiswa Pengajian Tinggi Raja-Raja dan yang Di-Pertua-Yang Di-Pertua Negeri 1983 is published at lom.agc.gov.my.

Something wrong on this page?

If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.