Skip to content

Seksyen 5

Anggota Lembaga

of Akta Kumpulan Wang Biasiswa Pengajian Tinggi Raja-Raja dan yang Di-Pertua-Yang Di-Pertua Negeri 1983

ActIn forceProvision 5 of 23
Seksyen 5
(1)

Lembaga hendaklah terdiri daripada seorang Pengerusi dan empat orang anggota lain yang dilantik oleh Majlis dalam kalangan Menteri Besar dan Ketua Menteri.

(2)

Pengerusi dan anggota Lembaga hendaklah, tertakluk pada seksyen 6 dan 7, dilantik bagi tempoh dua tahun dan layak untuk dilantik semula.

(3)

Pengerusi hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat

Lembaga.

(4)

Lembaga hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya tiga kali setahun di mana-mana tempat yang ditetapkan oleh Pengerusi dan dalam mana-mana mesyuarat Lembaga, Pengerusi dan dua orang anggota hendaklah membentuk kuorum.

(5)

Pengerusi hendaklah mempunyai undi pemutus.

(6)

Tertakluk pada peruntukan Akta ini, Lembaga hendaklah mempunyai kuasa untuk menetapkan tatacaranya sendiri.

(7)

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hendaklah menjadi

Setiausaha Lembaga.