/akn/my/act/act/1991/466

*AKTA PERKHIDMATAN POS (SYARIKAT PENGGANTI) 1991

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Type
Act
Status
In force
Enacted
1991
Sections
8
Languages
MS · EN

Quick answer

About this act

*AKTA PERKHIDMATAN POS (SYARIKAT PENGGANTI) 1991 is Malaysia Act, cited as Act 466 1991, currently marked in force and first recorded in 1991.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi peletakhakan harta, hak dan liabiliti Kerajaan Malaysia yang berhubungan dengan perkhidmatan pos pada suatu syarikat, untuk membuat perkiraan kewangan bagi syarikat itu, untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berhubungan dengan kakitangan dan bagi perkara lain yang berkaitan dengannya. [ 1 Januari 1992 P.U (B) 649/1991] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut:

Bahagian I

BAHAGIAN I

Seksyen 2

Tafsiran

Open as pageSuggest a correction

6 Undang-Undang Malaysia AKTA 466

“hak” ertinya segala hak, kuasa, keistimewaan dan kekebalan, sama ada sebenar, kontingen atau prospektif;

“harta” termasuklah segala harta, sama ada alih atau tak alih, dan segala estet, kepentingan, isemen dan hak, sama ada di sisi ekuiti atau undang-undang dalam, pada atau daripada harta, hak dalam tindakan, wang dan nama baik; dan “terletak hak”, berhubungan dengan harta, termasuklah hak pada harta pada masa depan atau kontingen dan hak perkembalian dan baki;

“liabiliti” ertinya liabiliti, hutang, tanggungan, kewajipan dan obligasi daripada tiap-tiap perihalan (sama ada pada masa sekarang atau pada masa depan, sebenar atau kontinjen, dan sama ada kena dibayar atau hendak dipatuhi atau dilaksanakan di Malaysia atau di tempat lain);

“Menteri” ertinya Menteri yang sedang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi perkara yang berhubungan dengan pos;

“Perbadanan” ertinya Menteri Kewangan yang diperbadankan melalui Akta Menteri Kewangan (Pemerbadanan) 1957 [Akta 375];

“syarikat pengganti” ertinya syarikat yang kepadanya, harta, hak dan liabiliti berkenaan dengan perkhidmatan pos yang kepadanya

Kerajaan

Malaysia berhak atau tertakluk dipindahkan dan diletakhakkan dari semasa ke semasa melalui perintah yang dibuat oleh Menteri di bawah seksyen 3;

“tarikh peletakhakan” ertinya tarikh harta, hak dan liabiliti berkenaan dengan perkhidmatan pos, yang kepadanya Kerajaan

Malaysia berhak atau tertakluk, berpindah kepada dan terletak hak pada syarikat pengganti sebagaimana dinyatakan oleh Menteri dalam perintah di bawah (subseksyen 3 (1)).

Bahagian II

BAHAGIAN II

PELETAKHAKAN HARTA, DSB., PADA SYARIKAT

Suggest a correction

PENGGANTI

Perkhidmatan Pos (Syarikat Pengganti) 7

Peruntukan peletakhakan

Seksyen 3

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tiap-tiap harta yang terletak hak menurut kuasa subseksyen

Suggest a correction

(1)

pada syarikat pengganti hendaklah terletak hak sedemikian pada syarikat itu bagi hakmilik, estet atau kepentingan serupa dan dengan pemegangan serupa sebagaimana harta itu telah terletak hak atau dipegang sebelum sahaja tarikh peletakhakan.

Suggest a correction

(3)

Tiap-tiap hak dalam tindakan yang terletak hak menurut kuasa subseksyen (1) pada syarikat pengganti boleh, selepas tarikh perletakhakan, dituntut melalui guaman, didapatkan kembali atau dikuatkuasakan oleh syarikat itu atas namanya sendiri dan tidak perlu bagi syarikat itu atau Kerajaan Malaysia memberi notis kepada orang yang terikat dengan hak dalam tindakan itu tentang peletakhakan yang dilaksanakan melalui subseksyen itu.

Suggest a correction

(4)

Tiap-tiap hak dan liabiliti yang terletak hak menurut kuasa subseksyen (1) pada syarikat pengganti boleh, pada dan selepas tarikh perletakhakan, dituntut melalui guaman, didapatkan kembali atau dikuatkuasakan oleh atau terhadap syarikat itu atas namanya sendiri dan tidak perlu bagi syarikat itu atau bagi Kerajaan Malaysia memberi notis kepada orang yang hak atau liabilitinya tersentuh oleh peletakhakan di bawah subseksyen (1).

Suggest a correction

(5)

Apa-apa prosiding undang-undang yang belum selesai oleh atau terhadap Kerajaan Malaysia yang berhubungan dengan mana-mana harta, hak atau liabiliti yang berpindah kepada dan terletak hak pada syarikat pengganti menurut kuasa subseksyen (1) boleh, pada dan selepas tarikh peletakhakan itu, diteruskan oleh atau terhadap syarikat pengganti.

8 Undang-Undang Malaysia AKTA 466

Suggest a correction

(6)

Dalam hal hak dan liabiliti yang berbangkit di bawah mana-mana pinjaman yang terletak hak pada syarikat pengganti pada tarikh peletakhakan, syarikat itu boleh membuat apa-apa perkiraan atau perjanjian mengenai hak dan liabiliti sedemikian itu dengan Kerajaan

Malaysia atau mana-mana pihak ketiga.

Suggest a correction

(7)

Jika menurut kuasa subseksyen (1), mana-mana harta berpindah kepada dan terletak hak pada syarikat pengganti, peruntukan Bahagian Tiga Puluh Kanun Tanah Negara [Akta 56

tahun 1965] hendaklah, bagi maksud melaksanakan pendaftaran bagi peletakhakan itu, terpakai bagi syarikat pengganti seolah-olah ia adalah suatu pihak berkuasa awam.

Suggest a correction

(8)

Pada dan selepas tarikh peletakhakan, apa-apa perjanjian yang berhubungan dengan mana-mana harta, hak dan liabiliti yang berpindah kepada dan terletak hak pada syarikat pengganti di bawah subseksyen (1) yang kepadanya Kerajaan Malaysia menjadi pihak kepadanya sebaik sebelum tarikh peletakhakan, sama ada secara bertulis atau tidak, dan sama ada atau tidak sedemikian sifatnya sehingga hak dan liabiliti di bawah perjanjian boleh diserahhakkan oleh Kerajaan Malaysia, hendaklah berkuat kuasa seolah-olah syarikat itu telah menjadi suatu pihak kepada perjanjian itu.

Pegangan permulaan Kerajaan dalam syarikat pengganti

Suggest a correction

Seksyen 4

Open as pageSuggest a correction

(b)

kepada mana-mana orang yang berhak menghendaki penerbitan sekuriti itu berikutan dengan pengumpukan permulaannya kepada Perbadanan.

Perkhidmatan Pos (Syarikat Pengganti) 9

Suggest a correction

(2)

Menteri Kewangan tidak boleh memberi arahan di bawah subseksyen (1) pada masa apabila syarikat pengganti telah terhenti daripada dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia.

Suggest a correction

(3)

Sekuriti yang dikehendaki supaya diterbitkan menurut seksyen ini hendaklah diterbitkan atau diumpukkan pada bila-bila masa dan atas apa-apa terma mengenai pengumpukan, sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri Kewangan, selepas berunding dengan

Menteri.

Suggest a correction

(4)

Syer yang diterbitkan menurut seksyen ini―

(a)

hendaklah pada apa-apa nilai nominal sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri Kewangan; dan

Suggest a correction

(b)

hendaklah diterbitkan sebagai berbayar penuh dan dikira bagi maksud Akta Syarikat 1965 [Akta 125] seolah-olah ia telah dibayarkan disebabkan oleh pembayaran kepada syarikat pengganti akan nilai nominalnya.

Suggest a correction
Suggest a correction

(5)

Menteri Kewangan boleh, selepas berunding dengan Menteri, melupuskan apa-apa sekuriti yang diterbitkan atau apa-apa hak kepada sekuriti yang diumpukkan pada mulanya kepada Perbadanan menurut seksyen ini.

Suggest a correction

(6)

Apa-apa dividen atau jumlah wang lain yang diterima oleh

Perbadanan sebagai hak pada, atau atas pelupusan, apa-apa sekuriti atau hak yang diperolehi menurut kuasa seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang Disatukan.

Pelaburan Kerajaan dalam sekuriti syarikat pengganti

Suggest a correction

Seksyen 5

Open as pageSuggest a correction

(a)

sekuriti syarikat pengganti atau mana-mana subsidiari syarikat pengganti itu; atau 10 Undang-Undang Malaysia AKTA 466

Suggest a correction

(b)

hak untuk melanggan apa-apa sekuriti sedemikian.

Suggest a correction

(2)

Menteri Kewangan boleh, selepas berunding dengan Menteri, melupuskan mana-mana sekuruti atau hak yang diperoleh di bawah seksyen ini.

Suggest a correction

(3)

Apa-apa perbelanjaan yang dilakukan oleh Perbadanan berbangkit daripada peruntukan seksyen ini hendaklah dikira sebagai pelaburan dan dibenarkan di bawah subperenggan 8 (3)(a)(iv) Akta

Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61].

Suggest a correction

(4)

Apa-apa dividen atau jumlah wang lain yang diterima oleh

Perbadanan sebagai hak pada, atau atas pelupusan, apa-apa sekuriti atau hak yang diperoleh di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang Disatukan.

Suggest a correction

(5)

Duti setem tidak boleh dikenakan berkenaan dengan apa-apa pertambahan modal syarikat pengganti yang―

(a)

diakibatkan oleh penerbitan syer yang diumpukkan pada masa syarikat pengganti dipunyai pada keseluruhannya oleh Kerajaan; dan

Suggest a correction

(b)

diperakui oleh Perbendaharaan sebagai telah diakibatkan melalui penerbitan syer yang dilanggan oleh Menteri

Kewangan di bawah perenggan (1)(a).

Menjalankan fungsi Menteri Kewangan melalui penama

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 6

Menteri, pada bila-bila masa, memperoleh―

Open as pageSuggest a correction

(a)

sekuriti syarikat pengganti boleh diserah hak di bawah seksyen 4 kepada mana-mana penama Menteri Kewangan yang dilantik bagi maksud seksyen itu atau kepada mana-mana orang yang berhak menghendaki penerbitan sekuriti

Perkhidmatan Pos (Syarikat Pengganti) 11

itu berikutan dengan pengumpukkan permulaannya kepada mana-mana penama tersebut; dan

Suggest a correction

(b)

mana-mana penama tersebut yang dilantik bagi maksud seksyen 5 boleh memperoleh sekuriti atau hak mengikut seksyen itu.

Suggest a correction

(2)

Mana-mana orang yang memegang mana-mana sekuriti atau hak sebagai penama Menteri Kewangan menurut kuasa subseksyen

Suggest a correction

(1)

hendaklah memegang dan membuat urusan dengan apa-apa terma dan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri

Kewangan.

Struktur kewangan syarikat pengganti

Suggest a correction

Seksyen 7

Open as pageSuggest a correction

(2)

Rizab statutori itu hanya boleh digunakan oleh syarikat pengganti untuk membayar syer yang belum diterbitkan syarikat itu yang hendaklah diumpukkan kepada anggota syarikat itu sebagai syer bonus berbayar penuh.

Suggest a correction

(3)

Bagi maksud mana-mana akaun statutori syarikat pengganti, nilai mana-mana aset atau hak atau amaun mana-mana liabiliti

Jabatan Pos, Malaysia, yang dikira sebagai telah terletak hak pada syarikat itu menurut kuasa seksyen 3 hendaklah dikira sebagai nilai atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, amaun yang diberikan kepada aset, hak atau liabiliti itu dalam penyata akaun yang disediakan oleh Jabatan Pos, Malaysia, berkenaan dengan tahun perakaunan genap terakhir Jabatan Pos, Malaysia, yang berakhir sebelum tarikh peletahakan.

12 Undang-Undang Malaysia AKTA 466

Suggest a correction

(4)

Bagi maksud mana-mana akaun statutori syarikat pengganti, amaun yang hendak dimasukkan berkenaan mana-mana butiran hendaklah ditentukan seolah-olah apa-apa jua yang dilakukan oleh

Jabatan Pos, Malaysia, sama ada secara memperoleh, menilai semula atau melupuskan mana-mana aset atau menanggung, menilai semula atau menyelesaikan mana-mana liabiliti, atau dengan membawa apa-apa amaun kepada mana-mana peruntukan rizab, atau selainnya, telah dilakukan oleh syarikat pengganti.

Suggest a correction

(5)

Tanpa menjejaskan keluasan peruntukan subseksyen (4), amaun yang hendak dimasukkan dari semasa ke semasa dalam mana-mana rizab syarikat pengganti sebagai merupakan untung terhasil terkumpulnya hendaklah ditentukan seolah-olah apa-apa untung yang dihasilkan dan dipegang simpan oleh Jabatan Pos, Malaysia, telah dihasilkan dan dipegang simpan oleh syarikat pengganti.

Suggest a correction

(6)

Sebutan dalam seksyen ini mengenai akaun statutori syarikat pengganti adalah sebutan mengenai apa-apa akaun yang disediakan oleh syarikat pengganti bagi maksud mana-mana peruntukan Akta

Syarikat 1965.

Suggest a correction

(7)

Bagi maksud seksyen ini, “tahun perakaunan genap” ertinya tahun perakaunan yang berakhir pada 31 Disember atau suatu tempoh yang ditentukan oleh Menteri Kewangan.

Suggest a correction

Bahagian III

BAHAGIAN III

PERUNTUKAN YANG BERHUBUNGAN

Suggest a correction

DENGAN KAKITANGAN

Kakitangan

Seksyen 8

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tiap-tiap orang sedemikian yang memilih di bawah subseksyen (1) untuk berkhidmat sebagai pekerja syarikat pengganti hendaklah diambil kerja oleh syarikat itu atas terma dan syarat perkhidmatan yang tidak kurang baiknya daripada terma-terma dan syarat-syarat perkhidmatan yang kepadanya dia berhak sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan.

14

Akta 466

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang meminda

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa dari

- TIADA -

15

Akta 466

SENARAI PINDAAN

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

-

TIADA -

Suggest a correction

Common questions

What is AKTA PERKHIDMATAN POS (SYARIKAT PENGGANTI) 1991?
*AKTA PERKHIDMATAN POS (SYARIKAT PENGGANTI) 1991 is Malaysia Act, cited as Act 466 1991, currently marked in force and first recorded in 1991.
Is AKTA PERKHIDMATAN POS (SYARIKAT PENGGANTI) 1991 still in force?
Yes — AKTA PERKHIDMATAN POS (SYARIKAT PENGGANTI) 1991 is currently in force.
When did AKTA PERKHIDMATAN POS (SYARIKAT PENGGANTI) 1991 take effect?
AKTA PERKHIDMATAN POS (SYARIKAT PENGGANTI) 1991 was first recorded in 1991.
How many sections does AKTA PERKHIDMATAN POS (SYARIKAT PENGGANTI) 1991 have?
AKTA PERKHIDMATAN POS (SYARIKAT PENGGANTI) 1991 contains 8 sections.
Where can I read the official version of AKTA PERKHIDMATAN POS (SYARIKAT PENGGANTI) 1991?
The official text of AKTA PERKHIDMATAN POS (SYARIKAT PENGGANTI) 1991 is published at lom.agc.gov.my.
AKTA PERKHIDMATAN POS (SYARIKAT PENGGANTI) 1991 (No. 466)