Skip to content

Seksyen 5

Pelaburan Kerajaan dalam sekuriti syarikat pengganti

of Akta Perkhidmatan Pos (Syarikat Pengganti) 1991

ActIn forceProvision 5 of 8
Seksyen 5

(1)

Menteri Kewangan boleh, selepas berunding dengan

Menteri, pada bila-bila masa, memperoleh―

(a)

sekuriti syarikat pengganti atau mana-mana subsidiari syarikat pengganti itu; atau 10 Undang-Undang Malaysia AKTA 466

(b)

hak untuk melanggan apa-apa sekuriti sedemikian.

(2)

Menteri Kewangan boleh, selepas berunding dengan Menteri, melupuskan mana-mana sekuruti atau hak yang diperoleh di bawah seksyen ini.

(3)

Apa-apa perbelanjaan yang dilakukan oleh Perbadanan berbangkit daripada peruntukan seksyen ini hendaklah dikira sebagai pelaburan dan dibenarkan di bawah subperenggan 8 (3)(a)(iv) Akta

Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61].

(4)

Apa-apa dividen atau jumlah wang lain yang diterima oleh

Perbadanan sebagai hak pada, atau atas pelupusan, apa-apa sekuriti atau hak yang diperoleh di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang Disatukan.

(5)

Duti setem tidak boleh dikenakan berkenaan dengan apa-apa pertambahan modal syarikat pengganti yang―

(a)

diakibatkan oleh penerbitan syer yang diumpukkan pada masa syarikat pengganti dipunyai pada keseluruhannya oleh Kerajaan; dan

(b)

diperakui oleh Perbendaharaan sebagai telah diakibatkan melalui penerbitan syer yang dilanggan oleh Menteri

Kewangan di bawah perenggan (1)(a).