Seksyen 6
Menjalankan fungsi Menteri Kewangan melalui penama
of Akta Perkhidmatan Pos (Syarikat Pengganti) 1991
(1)
Menteri Kewangan boleh, selepas berunding dengan
Menteri, melantik orang yang difikirkannya layak untuk bertindak sebagai penamanya bagi maksud seksyen 4 atau 5 dan―
(a)
sekuriti syarikat pengganti boleh diserah hak di bawah seksyen 4 kepada mana-mana penama Menteri Kewangan yang dilantik bagi maksud seksyen itu atau kepada mana-mana orang yang berhak menghendaki penerbitan sekuriti
Perkhidmatan Pos (Syarikat Pengganti) 11
itu berikutan dengan pengumpukkan permulaannya kepada mana-mana penama tersebut; dan
(b)
mana-mana penama tersebut yang dilantik bagi maksud seksyen 5 boleh memperoleh sekuriti atau hak mengikut seksyen itu.
(2)
Mana-mana orang yang memegang mana-mana sekuriti atau hak sebagai penama Menteri Kewangan menurut kuasa subseksyen
(1)
hendaklah memegang dan membuat urusan dengan apa-apa terma dan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri
Kewangan.