/akn/my/act/act/1992/484
*AKTA PINJAMAN (TABUNG ANTARABANGSA BAGI PEMBANGUNAN PERTANIAN) 1992
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
- Type
- Act
- Status
- In force
- Enacted
- 1992
- Sections
- 12
- Languages
- MS · EN
Quick answer
About this act
*AKTA PINJAMAN (TABUNG ANTARABANGSA BAGI PEMBANGUNAN PERTANIAN) 1992 is Malaysia Act, cited as Act 484 1992, currently marked in force and first recorded in 1992.
Opening note
Preamble
- Suatu Akta bagi membuat peruntukan untuk Malaysia atau pihak-pihak berkuasa berkanun tertentu memperdapatkan pinjaman daripada Tabung Antarabangsa bagi Pembangunan Pertanian dan untuk perkara yang berkaitan dengannya. [ 21 Februari 1992 ] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan pemakaian
Seksyen 2
(1)
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain―
“Kumpulan
Wang
Disatukan”
ertinya
Kumpulan
Wang
Persekutuan Disatukan yang ditubuhkan di bawah Perkara 97
6 Undang-Undang Malaysia AKTA 484
Perlembagaan Persekutuan;
“Menteri” ertinya Menteri yang pada masa ini dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan;
“pihak berkuasa berkanun” ertinya suatu pihak berkuasa tempatan dan mana-mana pertubuhan yang diperbadankan di bawah mana-mana undang-undang bertulis dan menjalankan kuasa yang terletak pada pertubuhan tersebut oleh undang-undang bagi maksud awam;
“Tabung” ertinya Tabung Antarabangsa bagi Pembangunan
Pertanian.
Seksyen 3
Kuasa Kerajaan untuk meminjam daripada Tabung
(2)
Semua wang yang dipinjam oleh Kerajaan di bawah subseksyen (1) hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang
Pembangunan dan hendaklah, walau apa pun seksyen 3 Akta
Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], digunakan dan adalah dengan ini diperuntukkan bagi maksud yang baginya wang itu dipinjam:
Dengan syarat bahawa jika mana-mana bahagian wang itu tidak dapat digunakan bagi maksud yang disebut terdahulu bahagian itu bolehlah digunakan bagi apa-apa maksud lain yang diluluskan oleh
Menteri dan Tabung.
(3)
Apa-apa perjanjian antara Kerajaan dengan Tabung berkenaan dengan wang yang dipinjam di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat atas nama Kerajaan Malaysia dan boleh ditandatangani bagi pihak Kerajaan oleh Menteri atau oleh mana-mana orang yang diberi
Pinjaman (Tabung Antarabangsa Bagi 7
Pembangunan Pertanian)
kuasa secara bertulis oleh Menteri.
(4)
Suatu salinan mana-mana perjanjian yang disebut dalam subseksyen (3) hendaklah seberapa segera yang praktik dibentangkan di hadapan Dewan Rakyat.
(5)
Tiada apa jua dalam seksyen ini boleh dengan apa-apa cara menjejaskan, atau mengurangkan apa-apa kuasa lain untuk meminjam wang yang dimiliki oleh Kerajaan.
Kuasa untuk mengeluarkan surat cara termasuk bon
Seksyen 4
(2)
Mana-mana bon, nota janji hutang atau surat cara lain itu boleh ditandatangani bagi pihak Kerajaan oleh Menteri atau oleh mana-mana orang lain yang diberi kuasa secara bertulis oleh Menteri.
Peminjaman oleh pihak berkuasa berkanun daripada Tabung
Seksyen 5
(2)
Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam undang-undang bertulis yang menurutnya sesuatu pihak berkuasa berkanun
8 Undang-Undang Malaysia AKTA 484
telah ditubuhkan, apa-apa perjanjian antara pihak berkuasa berkanun itu dengan Tabung hendaklah sah dan mengikat pihak berkuasa berkanun tersebut jika ditandatangani bagi pihak berkuasa berkanun itu oleh seseorang yang diberi kuasa secara bertulis di bawah meterai pihak berkuasa berkanun tersebut.
(3)
Kuasa untuk meminjam di bawah seksyen ini hendaklah sebagai tambahan kepada apa-apa kuasa untuk meminjam yang diberi kepada pihak berkuasa berkanun tersebut oleh mana-mana undang-undang bertulis lain.
(4)
Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam undang-undang bertulis yang menurutnya sesuatu pihak berkuasa berkanun telah ditubuhkan, pihak berkuasa berkanun itu boleh menggadaikan atau menggadai janjikan segala atau mana-mana harta (harta alih atau harta tak alih) akujanji atau hasilnya bagi menjamin apa-apa jumlah wang yang terhutang kepada Tabung berkenaan dengan apa-apa jumlah wang yang dipinjam di bawah subseksyen (1).
(5)
Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis sesuatu pihak berkuasa berkanun boleh mengeluarkan apa-apa bon, nota janji hutang dan surat cara lain atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang perlu bagi maksud melaksanakan apa-apa perjanjian yang boleh dibuat olehnya dengan
Tabung berkenaan dengan apa-apa peminjaman di bawah subseksyen
Seksyen 6
Semua wang yang dipinjam oleh pihak berkuasa berkanun di bawah subseksyen 5(1) hendaklah digunakan oleh pihak berkuasa berkanun itu bagi maksud yang baginya wang itu dipinjam:
Dengan syarat bahawa jika apa-apa bahagian wang itu tidak boleh digunakan bagi maksud yang disebut terdahulu bahagian itu bolehlah digunakan oleh pihak berkuasa berkanun itu bagi apa-apa maksud yang diluluskan oleh Menteri dan Tabung.
Pinjaman (Tabung Antarabangsa Bagi 9
Pembangunan Pertanian)
Seksyen 7
Kuasa Kerajaan untuk menjamin pinjaman oleh Tabung kepada pihak berkuasa berkanun
(a)
menjamin penunaian oleh suatu pihak berkuasa berkanun akan obligasinya di bawah apa-apa perjanjian yang dibuat oleh pihak berkuasa berkanun itu dengan Tabung berkenaan dengan apa-apa peminjaman di bawah subseksyen 5(1) atau di bawah apa-apa bon, nota janji hutang atau surat cara lain yang dikeluarkan menurut mana-mana perjanjian sedemikian; dan
(b)
mengakujanji apa-apa obligasi lain sebagaimana yang dipersetujui antara Kerajaan dengan Tabung berhubungan dengan atau menurut mana-mana perjanjian, bon, nota janji hutang atau surat cara sedemikian.
(2)
Apa-apa jaminan atau akujanji yang diberi di bawah seksyen ini hendaklah diberi secara bertulis atas nama Kerajaan Malaysia dan jaminan atau akujanji itu dan apa-apa pengindorsan pada mana-mana bon, nota janji hutang atau surat cara jaminan lain yang diberi di bawah seksyen ini boleh ditandatangani bagi pihak Kerajaan oleh
Menteri atau oleh mana-mana orang atau orang-orang yang diberi kuasa secara bertulis oleh Menteri.
(3)
Suatu salinan penyata mengenai apa-apa jaminan atau akujanji yang disebut dalam seksyen ini hendaklah dibentangkan di hadapan Dewan Rakyat.
Sekatan ke atas kuasa meminjam bagi pihak berkuasa berkanun selagi jaminan masih belum selesai
Seksyen 8
Selagi Kerajaan akan terus bertanggungan di bawah apa-apa jaminan atau akujanji lain yang diberi di bawah subseksyen 7(1),
10 Undang-Undang Malaysia AKTA 484
pihak berkuasa berkanun itu tidak boleh, kecuali dengan persetujuan
Menteri, menjalankan apa-apa kuasa meminjam yang lain yang ada padanya.
Kuasa yang boleh dijalankan oleh Kerajaan jika berlaku atau dijangkakan berlaku keingkaran oleh pihak berkuasa berkanun
Seksyen 9
(a)
bahawa sesuatu pihak berkuasa berkanun berkemungkinan akan gagal atau tidak berupaya menunaikan apa-apa obligasinya di bawah mana-mana perjanjian yang dibuat olehnya dengan Tabung atau di bawah mana-mana bon, nota janji hutang atau surat cara lain yang dikeluarkan menurut mana-mana perjanjian sedemikian; dan
(b)
bahawa
Kerajaan adalah atau boleh menjadi bertanggungan di bawah mana-mana jaminan atau akujanji lain yang diberi di bawah subseksyen 7(1)
berkenaan dengan obligasi tersebut,
Yang di-Pertuan Agong boleh, melalui perintah, memberi atau memberi kuasa mana-mana orang lain untuk memberi apa-apa arahan kepada pihak berkuasa berkanun itu sebagaimana yang difikirkan olehnya atau oleh mana-mana orang lain itu perlu atau wajar dari semasa ke semasa untuk memastikan bahawa perkiraan yang memuaskan dibuat oleh pihak berkuasa berkanun itu untuk membolehkannya menunaikan obligasinya di bawah mana-mana perjanjian, bon, nota janji hutang atau surat cara tersebut atau di bawah Akta ini.
(2)
Pihak berkuasa berkanun itu hendaklah, walau apa pun apa apa jua yang terkandung dalam undang-undang bertulis yang menurutnya ia ditubuhkan, mematuhi apa-apa arahan yang diberi oleh
Pinjaman (Tabung Antarabangsa Bagi 11
Pembangunan Pertanian)
atau di bawah mana-mana perintah sedemikian.
(3)
Tiada apa jua dalam seksyen ini boleh menjejaskan atau mengurangkan apa-apa kuasa lain yang diberi oleh undang-undang bertulis kepada Yang diPertuan Agong atau mana-mana Menteri atau pegawai awam berkenaan dengan pihak berkuasa berkanun itu.
Pihak berkuasa berkanun hendaklah membayar balik kepada
Kerajaan jumlah wang yang dibayar di bawah jaminan
Seksyen 10
(2)
Jika apa-apa wang dibayar demikian daripada Kumpulan
Wang Disatukan Menteri hendaklah, dengan seberapa segera yang mungkin selepas akhir tiap-tiap tahun kewangan yang bermula daripada tahun kewangan yang jumlah wang tersebut telah dibayar dan berakhir pada tahun kewangan yang segala liabiliti berkenaan dengannya dan apa-apa faedah yang kena dibayar atasnya telah diselesaikan dengan muktamadnya oleh pihak berkuasa berkanun yang berkenaan, membentangkan di hadapan Dewan Rakyat suatu penyata berkenaan dengannya.
Timbang tara
Seksyen 11
Jika apa-apa pertikaian antara Tabung sebagai satu pihak dengan Kerajaan atau pihak berkuasa berkanun atau kedua-duanya sebagai pihak yang satu lagi berbangkit di bawah mana-mana
12 Undang-Undang Malaysia AKTA 484
perjanjian yang dibuat atau jaminan atau akujanji yang diberi pada menjalankan kuasa yang diberi oleh Akta ini atau di bawah mana-mana bon, nota janji hutang atau apa-apa surat cara yang dikeluarkan menurut mana-mana perjanjian sedemikian, maka ia hendaklah diputuskan melalui timbangtara mengikut cara yang dipersetujui di antara pihak-pihak dan apa-apa award yang dibuat dalam timbangtara tersebut hendaklah boleh dikuatkuasakan dalam Malaysia dalam segala aspek seolah-olah ia telah dibuat dengan sahnya dalam suatu timbangtara di bawah *Akta Timbangtara 1952 [Akta 93], atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain yang berhubungan dengan timbangtara yang sedang berkuatkuasa di Malaysia dan bagi maksud seksyen ini peruntukanAkta atau undang-undang tersebut hendaklah mengikat Kerajaan.
Seksyen 12
Pelaksanaan obligasi di bawah perjanjian
(2)
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1)—
(a)
Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam
Warta, memperuntukkan bahawa apa-apa cukai atau duti yang masing-masing kena dibayar di bawah Akta Cukai
Pendapatan 1967 [Akta 53], atau Akta Setem 1949 [Akta
*CATATAN—Akta Timbangtara 1952 [Akta 93] telah dimansuhkan oleh Akta Timbangtara 2005 [Akta 646]
Pinjaman (Tabung Antarabangsa Bagi 13
Pembangunan Pertanian)
378], hendaklah diremitkan jika remitan itu perlu bagi melaksanakan sepenuhnya dan secukupnya mana-mana perjanjian, bon, nota janji hutang, surat cara atau jaminan tersebut;
(b)
tiada apa jua dalam Akta Kawalan Pertukaran 1953 [Akta 17] terpakai bagi apa-apa urusan yang dikehendaki bagi melaksanakan pembayaran dengan apa-apa mata wang bagi apa-apa jumlah wang mengikut terma apa-apa perjanjian, surat cara, bon atau jaminan sedemikian dalam apa-apa mata wang.
(3)
Kerajaan atau mana-mana agensinya atau mana-mana pihak berkuasa berkanun atau Bank Negara Malaysia tidak boleh, kecuali sebagaimana yang dipersetujui selainnya antara Menteri dengan
Tabung, mewujudkan apa-apa lien ke atas mana-mana asetnya sebagai cagaran bagi apa-apa hutang luar negeri melainkan jika diperuntukkan dengan nyata bahawa lien itu akan ipso facto secara sama dan dengan mengikut kadar menjamin pembayaran-
(c)
apa-apa bon, nota janji hutang atau surat cara yang dikeluarkan menurut apa-apa pinjaman,yang diberi oleh
Tabung kepada Kerajaan atau kepada sesuatu pihak berkuasa berkanun.
(4)
Dalam subseksyen (3)—
“hutang luar negeri” ertinya apa-apa hutang yang kena dibayar dalam apa-apa cara selain mata wang yang pada masa berkenaan itu sah diperlakukan bagi pembayaran hutang persendirian dan hutang awam di Malaysia sama ada hutang itu kena dibayar secara mutlak atau atas opsyen pemiutang dalam apa-apa media lain;
“lien” termasuklah gadai janji, sandaran, gadaian, keistimewaan
14 Undang-Undang Malaysia AKTA 484
dan apa jua jenis prioriti.
(5)
Bagi maksud subseksyen (3) aset Kerajaan termasuklah apa-apa hak, kepentingan atau syer yang dimiliki atau mungkin dimiliki oleh Kerajaan dalam Kumpulan Wang Mata Wang atau mana-mana bahagian asetnya, yang ditubuhkan di bawah Perjanjian Mata Wang
Tanah Melayu British Borneo 1950.
15
Akta 484
SENARAI PINDAAN
Undang-undang yang meminda
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa dari
− TIADA−
16
Akta 484
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari
− TIADA −
Common questions
- What is AKTA PINJAMAN (TABUNG ANTARABANGSA BAGI PEMBANGUNAN PERTANIAN) 1992?
- *AKTA PINJAMAN (TABUNG ANTARABANGSA BAGI PEMBANGUNAN PERTANIAN) 1992 is Malaysia Act, cited as Act 484 1992, currently marked in force and first recorded in 1992.
- Is AKTA PINJAMAN (TABUNG ANTARABANGSA BAGI PEMBANGUNAN PERTANIAN) 1992 still in force?
- Yes — AKTA PINJAMAN (TABUNG ANTARABANGSA BAGI PEMBANGUNAN PERTANIAN) 1992 is currently in force.
- When did AKTA PINJAMAN (TABUNG ANTARABANGSA BAGI PEMBANGUNAN PERTANIAN) 1992 take effect?
- AKTA PINJAMAN (TABUNG ANTARABANGSA BAGI PEMBANGUNAN PERTANIAN) 1992 was first recorded in 1992.
- How many sections does AKTA PINJAMAN (TABUNG ANTARABANGSA BAGI PEMBANGUNAN PERTANIAN) 1992 have?
- AKTA PINJAMAN (TABUNG ANTARABANGSA BAGI PEMBANGUNAN PERTANIAN) 1992 contains 12 sections.
- Where can I read the official version of AKTA PINJAMAN (TABUNG ANTARABANGSA BAGI PEMBANGUNAN PERTANIAN) 1992?
- The official text of AKTA PINJAMAN (TABUNG ANTARABANGSA BAGI PEMBANGUNAN PERTANIAN) 1992 is published at lom.agc.gov.my.