Seksyen 4
Kuasa untuk mengeluarkan surat cara termasuk bon
of Akta Pinjaman (Tabung Antarabangsa bagi Pembangunan Pertanian) 1992
(1)
Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis, Kerajaan boleh mengeluarkan apa-apa bon, nota janji hutang atau surat cara lain atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang perlu bagi maksud melaksanakan terma mana-mana perjanjian yang dibuat olehnya dengan Tabung berkenaan dengan apa-apa peminjaman di bawah subseksyen 3(1).
(2)
Mana-mana bon, nota janji hutang atau surat cara lain itu boleh ditandatangani bagi pihak Kerajaan oleh Menteri atau oleh mana-mana orang lain yang diberi kuasa secara bertulis oleh Menteri.