Seksyen 10
Kerajaan jumlah wang yang dibayar di bawah jaminan
of Akta Pinjaman (Tabung Antarabangsa bagi Pembangunan Pertanian) 1992
Jika apa-apa wang dibayar daripada Kumpulan Wang
Disatukan berkenaan dengan apa-apa liabiliti yang ditanggung oleh
Kerajaan di bawah suatu jaminan atau akujanji lain yang diberi pada menjalankan kuasa yang diberi oleh subseksyen 7(1), maka pihak berkuasa berkanun itu hendaklah membayar balik jumlah wang itu
(berserta dengan faedah atasnya mengikut kadar yang sama seperti yang kena dibayar atas pinjaman di bawah perjanjian oleh pihak berkuasa berkanun itu dan Tabung) kepada Kumpulan Wang
Disatukan mengikut apa-apa cara dan pada bila-bila masa atau dengan apa-apa ansuran sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri.
(2)
Jika apa-apa wang dibayar demikian daripada Kumpulan
Wang Disatukan Menteri hendaklah, dengan seberapa segera yang mungkin selepas akhir tiap-tiap tahun kewangan yang bermula daripada tahun kewangan yang jumlah wang tersebut telah dibayar dan berakhir pada tahun kewangan yang segala liabiliti berkenaan dengannya dan apa-apa faedah yang kena dibayar atasnya telah diselesaikan dengan muktamadnya oleh pihak berkuasa berkanun yang berkenaan, membentangkan di hadapan Dewan Rakyat suatu penyata berkenaan dengannya.