Skip to content
ActPending

Akta Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Pembubaran) 1997 (Belum Berkuat Kuasa)

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Enacted
1997
Sections
10
Languages
MS · EN

Akta Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Pembubaran) 1997 (Belum Berkuat Kuasa) is Malaysia Act, cited as Act 568 1997, currently marked pending and first recorded in 1997.

Front matterCover and publication detailsOpen

MALAYSIA

VERSI ATAS TALIAN TEKS CETAKAN SEMULA

YANG KEMAS KINI

Akta 568

AKTA LEMBAGA KEMAJUAN

JOHOR TENGGARA

Sebagaimana pada 1 Disember 2011

2

Tarikh Perkenan Diraja … … … … … 18 Jun 1997

Tarikh penyiaran dalam Warta … … 30 Jun 1997

3

Akta 568

Opening note

Preamble

  1. Suatu Akta bagi memansuhkan Akta Lembaga Kemajuan Johor Tenggara 1972, untuk membubarkan Lembaga Kemajuan Johor Tenggara yang ditubuhkan di bawah Akta itu, untuk memindahkan milikan semua hartanya kepada Kerajaan dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara lain yang berkaitan dengannya. [ ] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Lembaga Kemajuan Johor

Tenggara (Pembubaran) 1997 dan hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.

Tafsiran

Dalam

Akta ini, melainkan jika konteksnya

6 Undang-undang Malaysia AKTA 568

menghendaki makna yang lain—

“Lembaga” ertinya Lembaga Kemajuan Johor Tenggara yang ditubuhkan di bawah Akta Lembaga Johor Tenggara 1972

[Akta 75];

“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pembangunan luar bandar;

“Pesuruhjaya Tanah Persekutuan” ertinya Pesuruhjaya Tanah

Persekutuan yang dilantik di bawah Akta Pesuruhjaya Tanah

Persekutuan 1957 [Akta 349];

“tarikh yang ditetapkan” ertinya tarikh yang ditetapkan oleh

Menteri di bawah seksyen 1.

Pemansuhan dan pembubaran

Akta Lembaga Kemajuan Johor Tenggara 1972 dimansuhkan dan

Lembaga yang ditubuhkan di bawahnya dibubarkan.

Perpindahan kuasa, hak, dsb.

Segala kuasa, hak, keistimewaan, kewajipan, liabiliti dan obligasi yang sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan adalah kuasa, hak, keistimewaan, kewajipan, liabiliti dan obligasi Lembaga hendaklah, dari tarikh itu, turun kepada Kerajaan.

Perpindahan harta

(1)

Semua tanah yang sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan adalah terletak hak pada Lembaga hendaklah, pada tarikh yang ditetapkan, terletak hak pada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan bagi maksud Kerajaan.

Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Pembubaran) 7

(2)

Segala harta dan aset selain tanah yang sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan adalah terletak hak pada Lembaga atau pada mana-mana orang bagi pihaknya hendaklah, pada tarikh itu, terletak hak pada Kerajaan.

Perpindahan kumpulan wang

Segala wang yang ada pada, atau kena dibayar kepada, Lembaga hendaklah, pada tarikh yang ditetapkan, dipindahmilikkan kepada, dan terletak hak pada Kerajaan.

Kontrak sedia ada, dsb.

Semua surat ikatan, bon, perjanjian, surat cara dan perkiraan kerja yang wujud sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan dan menyentuh mana-mana harta yang dipindahmilikkan di bawah seksyen 5

hendaklah mempunyai kuat kuasa dan kesan sepenuhnya terhadap atau memihak kepada Kerajaan dan hendaklah dikuatkuasakan dengan sepenuhnya dan berkesan seolah-olah Kerajaan, bukan

Lembaga atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihaknya, telah dinamakan dalamnya atau telah menjadi suatu pihak kepadanya.

Penerusan prosiding jenayah dan sivil

(1)

Pemansuhan Akta Lembaga Kemajuan Johor Tenggara 1972 tidak boleh menjejaskan liabiliti mana-mana orang untuk didakwa atau dihukum bagi kesalahan yang dilakukan di bawah Akta yang dimansuhkan itu sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan, atau mana-mana prosiding yang telah dibawa atau hukuman yang telah dikenakan sebelum tarikh itu berkenaan dengan kesalahan itu.

(2)

Mana-mana prosiding (sama ada sivil atau jenayah) atau kausa tindakan yang belum selesai atau yang wujud, sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan, oleh atau terhadap Lembaga atau mana-mana

8 Undang-undang Malaysia AKTA 568

orang yang bertindak bagi pihaknya boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap Kerajaan sebagaimana ia boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap Lembaga atau orang itu seolah-olah

Akta ini tidak pernah diluluskan.

(3)

Mana-mana rayuan yang dibawa, atau mana-mana kebenaran untuk merayu yang dipohon, pada atau selepas tarikh yang ditetapkan, terhadap sesuatu keputusan yang diberikan sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan dalam mana-mana prosiding undang-undang yang Lembaga menjadi suatu pihak kepadanya boleh dibawa oleh atau terhadap Kerajaan sebagaimana ia boleh dibawa oleh atau terhadap Lembaga seolah-olah Akta ini tidak pernah diluluskan.

Penerusan undang-undang, dsb.

Tertakluk kepada Akta ini, semua undang-undang bertulis, termasuk perundangan subsidiari, yang menyentuh atau bagi perlindungan Lembaga dan berkuat kuasa sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan hendaklah, sehingga dipinda atau dibatalkan oleh pihak berkuasa berkenaan yang mempunyai kuasa untuk berbuat demikian, terus berkuat kuasa dan ditafsirkan seolah-olah Akta ini tidak pernah diluluskan.

Dengan syarat bahawa apa-apa sebutan dalam undang-undang bertulis itu mengenai Lembaga, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain, hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Kerajaan dan ungkapan yang memaksudkan sebutan sedemikian hendaklah ditafsirkan sewajarnya.

Pencegahan kesukaran atau anomali

(1)

Jika apa-apa kesukaran atau anomali timbul berkaitan dengan pelaksanaan Akta ini, Menteri boleh melalui perintah membuat apa-apa ubah suaian kepada mana-mana peruntukan Akta ini sebagaimana yang didapatinya perlu bagi menghapuskan atau

Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Pembubaran) 9

mencegah kesukaran atau anomali itu:

Dengan syarat bahawa Menteri tidak boleh menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen ini selepas habis tempoh tiga tahun dari tarikh yang ditetapkan.

(2)

Dalam seksyen ini, “ubah suaian” termasuk pindaan, penambahan, pemotongan, penggantian, penyesuaian, perubahan, pengubahan, dan ketidakpakaian mana-mana peruntukan Akta ini.

___________________________________

10

Akta 568

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang meminda

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa dari

─ TIADA ─

11

Akta 568

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

─ TIADA ─

Common questions

What is Akta Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Pembubaran) 1997 (Belum Berkuat Kuasa)?
Akta Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Pembubaran) 1997 (Belum Berkuat Kuasa) is Malaysia Act, cited as Act 568 1997, currently marked pending and first recorded in 1997.
Is Akta Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Pembubaran) 1997 (Belum Berkuat Kuasa) still in force?
Akta Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Pembubaran) 1997 (Belum Berkuat Kuasa) is currently marked “Pending”.
When did Akta Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Pembubaran) 1997 (Belum Berkuat Kuasa) take effect?
Akta Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Pembubaran) 1997 (Belum Berkuat Kuasa) was first recorded in 1997.
How many sections does Akta Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Pembubaran) 1997 (Belum Berkuat Kuasa) have?
Akta Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Pembubaran) 1997 (Belum Berkuat Kuasa) contains 10 sections.
Where can I read the official version of Akta Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Pembubaran) 1997 (Belum Berkuat Kuasa)?
The official text of Akta Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Pembubaran) 1997 (Belum Berkuat Kuasa) is published at lom.agc.gov.my.

Something wrong on this page?

If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.

Akta Lembaga Kemajuan Johor Tenggara… (No. 568) | mylaw.my