Skip to content

Seksyen 8

Penerusan prosiding jenayah dan sivil

of Akta Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Pembubaran) 1997 (Belum Berkuat Kuasa)

ActPendingProvision 8 of 10
Seksyen 8

(1)

Pemansuhan Akta Lembaga Kemajuan Johor Tenggara 1972 tidak boleh menjejaskan liabiliti mana-mana orang untuk didakwa atau dihukum bagi kesalahan yang dilakukan di bawah Akta yang dimansuhkan itu sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan, atau mana-mana prosiding yang telah dibawa atau hukuman yang telah dikenakan sebelum tarikh itu berkenaan dengan kesalahan itu.

(2)

Mana-mana prosiding (sama ada sivil atau jenayah) atau kausa tindakan yang belum selesai atau yang wujud, sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan, oleh atau terhadap Lembaga atau mana-mana

8 Undang-undang Malaysia AKTA 568

orang yang bertindak bagi pihaknya boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap Kerajaan sebagaimana ia boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap Lembaga atau orang itu seolah-olah

Akta ini tidak pernah diluluskan.

(3)

Mana-mana rayuan yang dibawa, atau mana-mana kebenaran untuk merayu yang dipohon, pada atau selepas tarikh yang ditetapkan, terhadap sesuatu keputusan yang diberikan sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan dalam mana-mana prosiding undang-undang yang Lembaga menjadi suatu pihak kepadanya boleh dibawa oleh atau terhadap Kerajaan sebagaimana ia boleh dibawa oleh atau terhadap Lembaga seolah-olah Akta ini tidak pernah diluluskan.

Penerusan undang-undang, dsb.