Seksyen 5
Perpindahan harta
of Akta Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Pembubaran) 1997 (Belum Berkuat Kuasa)
ActPendingProvision 5 of 10
Seksyen 5
(1)
Semua tanah yang sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan adalah terletak hak pada Lembaga hendaklah, pada tarikh yang ditetapkan, terletak hak pada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan bagi maksud Kerajaan.
Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Pembubaran) 7
(2)
Segala harta dan aset selain tanah yang sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan adalah terletak hak pada Lembaga atau pada mana-mana orang bagi pihaknya hendaklah, pada tarikh itu, terletak hak pada Kerajaan.