/akn/my/act/act/1997/572

*AKTA KAWALAN SEWA (PEMANSUHAN) 1997

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Type
Act
Status
In force
Enacted
1997
Sections
13
Languages
MS · EN

Quick answer

About this act

*AKTA KAWALAN SEWA (PEMANSUHAN) 1997 is Malaysia Act, cited as Act 572 1997, currently marked in force and first recorded in 1997.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Suatu Akta untuk memansuhkan Akta Kawalan Sewa 1966 dan bagi mengadakan peruntukan peralihan. [1 September 1997]

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. BAHAWASANYA adalah suai manfaat bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar untuk memansuhkan undang-undang berhubungan dengan kawalan sewa dalam Negeri di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: DAN BAHAWASANYA Pihak Berkuasa Negeri setiap Negeri telah dirundingi berhubungan dengan tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini: MAKA, OLEH YANG DEMIKIAN, menurut Fasal (4) Perkara 76 Perlembagaan Persekutuan, MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut:

Bahagian I

BAHAGIAN I

Bahagian II

BAHAGIAN II

Seksyen 2

Akta Kawalan Sewa 1966 [Akta 363], yang disebut ―Akta‖

Open as pageSuggest a correction

dalam Akta ini, adalah dimansuhkan.

Seksyen 3

Keterhentian penyewaan

Open as pageSuggest a correction

Apabila Akta dimansuhkan di bawah seksyen 2, apa-apa penyewaan antara tuan rumah dengan penyewa sebelum tarikh pemansuhan hendaklah dengan serta-merta disifatkan telah terhenti.

Seksyen 4

Kecualian

Open as pageSuggest a correction

Pemansuhan Akta di bawah seksyen 2 tidak menjejaskan apa-apa prosiding yang bermula sebelum Akta dimansuhkan dan yang masih belum selesai sebaik sebelum Akta dimansuhkan, atau mana-mana perintah, keputusan atau penghakiman yang dibuat sebelum Akta dimansuhkan, berkenaan dengan—

(b)

mendapatkan kembali milikan premis terkawal, dan Akta hendaklah terus terpakai bagi prosiding atau perintah, keputusan atau penghakiman itu seolah-olah Akta tidak dimansuhkan.

Kawalan Sewa (Pemansuhan) 7

Suggest a correction

Bahagian III

BAHAGIAN III

Seksyen 5

Open as pageSuggest a correction

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), tempoh peralihan boleh terhenti berkuat kuasa lebih awal daripada 31 Disember 1999 di

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur atau di mana-mana Negeri atau di mana-mana bahagian atau bahagian-bahagian Negeri itu pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta, selepas berunding dengan Pihak Berkuasa Negeri, berhubungan dengan Negeri itu atau bahagian atau bahagian-bahagian Negeri itu bagi tamatnya tempoh peralihan.

Penyewaan yang disifatkan

Suggest a correction

Seksyen 6

Open as pageSuggest a correction

(a)

telah sebenarnya menduduki premis pada tarikh Akta dimansuhkan; dan

Suggest a correction

(b)

jika tidak kerana termansuhnya Akta, boleh terus menduduki premis dengan sah, hendaklah disifatkan telah membuat suatu penyewaan dengan tuan rumah dari tarikh Akta dimansuhkan.

Suggest a correction

(2)

Melainkan jika ditamatkan terlebih dahulu melalui persetujuan bersama pihak-pihak, penyewaan yang disifatkan telah dibuat di bawah subseksyen (1) hendaklah berkuat kuasa sehingga tamat tempoh peralihan.

8 Undang-undang Malaysia AKTA 572

Amaun sewa

Suggest a correction

Seksyen 7

Open as pageSuggest a correction

Amaun sewa yang kena dibayar secara bulanan oleh penyewa kepada tuan rumah hendaklah ditentukan mengikut formula dalam Jadual.

Seksyen 8

Kegagalan membayar atau tunggakan sewa

Open as pageSuggest a correction

(2)

Dalam menjalankan haknya untuk mendapat milikan kosong premis di bawah subseksyen (1), tuan rumah hendaklah mematuhi tatacara yang dinyatakan dalam subseksyen 11(2) dan 11(3) bagi mendapatkan kembali milikan kosong premis.

Suggest a correction

(3)

Apa-apa pertikaian yang berbangkit daripada perjalanan subseksyen (1) boleh dirujukkan oleh penyewa kepada Tribunal

Penyahkawalan di bawah perenggan 10(1)(b) sebelum tamat tempoh tiga bulan yang diperuntukkan dalam perenggan 11(3)(a).

Suggest a correction

(4)

Jika tiada pertikaian dirujukkan kepada

Tribunal

Penyahkawalan di bawah subseksyen (3), tuan rumah hendaklah berhak mendapat milikan kosong premis selepas tamat tempoh tiga bulan yang diperuntukkan dalam perenggan 11(3)(a).

Suggest a correction

(5)

Milikan kosong premis yang didapatkan kembali di bawah subseksyen (4) tidak menjejaskan hak tuan rumah untuk mendapat apa-apa sewa yang terakru dan masih belum dibayar pada tarikh tamat tempoh tiga bulan yang diperuntukkan dalam perenggan 11(3)(a).

Larangan terhadap mendapatkan kembali premis

Suggest a correction

Seksyen 9

Kecuali bagi hak untuk mendapat milikan kosong premis di

Open as pageSuggest a correction

Kawalan Sewa (Pemansuhan) 9

bawah seksyen 8, tiada seorang pun tuan rumah berhak mendapatkan kembali milikan kosong premis bagi apa-apa sebab lain semasa tempoh peralihan.

Seksyen 10

Tribunal Penyahkawalan

Open as pageSuggest a correction

(a)

sewa yang kena dibayar dan terhutang kepada tuan rumah; dan

Suggest a correction

(b)

mendapatkan kembali milikan kosong premis di bawah seksyen 8.

Suggest a correction

(2)

Bagi maksud Bahagian ini, Tribunal Sewa yang ditubuhkan di bawah seksyen 12 Akta hendaklah menjadi Tribunal Penyahkawalan di bawah subseksyen (1), dan hendaklah terus wujud dan berkuat kuasa sehingga tamat tempoh peralihan di bawah subseksyen 5(1)

atau 5(2), mengikut mana-mana yang berkenaan.

Suggest a correction

(3)

Seseorang yang dilantik menjadi anggota Tribunal Sewa di bawah seksyen 12 Akta hendaklah disifatkan menjadi anggota

Tribunal Penyahkawalan dan hendaklah terus memegang jawatan sehingga tamat tempoh peralihan melainkan jika dia terlebih dahulu meletakkan atau disingkirkan daripada jawatan.

Suggest a correction

(4)

Keputusan Tribunal Penyahkawalan adalah muktamad.

Tamat tempoh peralihan

Suggest a correction

Seksyen 11

Open as pageSuggest a correction

(a)

mempunyai hak mendapat milikan kosong premis daripada penyewa tanpa membayar apa-apa pampasan; dan

Suggest a correction

(b)

berhak mendapat apa-apa sewa yang terakru dan masih belum dibayar daripada penyewa pada tarikh tamat tempoh peralihan.

Suggest a correction

(2)

Seseorang tuan rumah yang berhasrat untuk menjalankan haknya di bawah perenggan (1)(a) hendaklah menyampaikan kepada penyewa suatu notis supaya mengosongkan premis.

Suggest a correction

(3)

Notis yang disebut dalam subseksyen (2) —

(a)

hendaklah memperuntukkan tempoh tiga bulan bagi penyewa untuk mengosongkan premis itu; dan

Suggest a correction

(b)

boleh disampaikan kepada penyewa atau mana-mana orang yang diberi kuasa untuk menerima penyampaian notis itu bagi pihaknya, yang kemudian daripada ini disebut ―orang yang hendak disampaikan itu‖—

Suggest a correction

(i)

dengan menyerahkannya sendiri kepada orang yang hendak disampaikan itu;

(ii)

dengan menghantarnya melalui pos berdaftar yang dialamatkan kepada orang yang hendak disampaikan itu di tempat kediaman orang itu yang lazim atau yang akhir diketahui;

atau

Suggest a correction

(iii)

dengan melekatkannya di suatu bahagian yang mudah dilihat di premis yang berhubungan dengannya jika penyampaian ke diri atau melalui pos berdaftar tidak dapat dibuat kepada orang yang hendak disampaikan itu.

Kawalan Sewa (Pemansuhan) 11

Kaedah-kaedah

Suggest a correction
Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 12

Open as pageSuggest a correction

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), kaedah-kaedah yang dibuat oleh Raja atau Yang di-Pertua Negeri sesuatu Negeri berhubungan dengan Tribunal Sewa di bawah seksyen 27 Akta hendaklah terpakai bagi Tribunal Penyahkawalan yang ditubuhkan di bawah seksyen 10

Akta ini sebagaimana ia terpakai bagi Tribunal yang ditubuhkan di bawah seksyen 12 Akta, melainkan jika kaedah-kaedah itu dibatalkan atau digantikan secara nyata atau tersirat oleh kaedah-kaedah yang dibuat oleh Menteri di bawah subseksyen (1).

12 Undang-undang Malaysia AKTA 572

Suggest a correction

Jadual

Suggest a correction

JADUAL

[Seksyen 7]

FORMULA BAGI SEWA

1. Amaun sewa yang kena dibayar secara bulanan oleh penyewa kepada tuan rumah hendaklah atas kenaikan berperingkat sebagaimana yang berikut:

Tahun 1 - R campur 1/4 (M—R)

Tahun 2 - R campur 1/2 (M—R)

Tahun 3 - R campur 3/4 (M—R)

2. Tahun 1 hendaklah disifatkan sebagai tempoh yang bermula pada 1 September 1997 dan berakhir pada 31 Disember 1997 atau tamat tempoh peralihan, mengikut mana-mana yang lebih awal.

3. Tahun 2 hendaklah disifatkan sebagai tempoh yang bermula pada 1 Januari 1998 dan berakhir pada 31 Disember 1998 atau tamat tempoh peralihan, mengikut mana-mana yang lebih awal.

4. Tahun 3 hendaklah disifatkan sebagai tempoh yang bermula pada 1 Januari 1999 dan berakhir pada 31 Disember 1999 atau tamat tempoh peralihan, mengikut mana-mana yang lebih awal.

5. Bagi maksud pengiraan—

(a)

―R‖ ialah sewa bersih yang lazim sebelum Akta dimansuhkan; dan

(b)

―M‖ ialah nilai boleh sewa bulanan bagi premis itu yang ditetapkan pada kadar satu perdua belas nilai tahunan harta sebagaimana yang ditaksirkan oleh pihak berkuasa tempatan tempat harta itu terletak, yang digambarkan dengan formula yang berikut:

M

=

1

x

(amaun kadar tahunan yang kena dibayar bagi tah n it )

12

(peratusan kadar tahunan sebagaimana yang ditaksirkan oleh pihak berkuasa tempatan bagi t h it )

Misalan

1. Jika sewa bersih yang lazim sebelum Akta dimansuhkan ialah RM50, maka

R = RM50

Kawalan Sewa (Pemansuhan) 13

2. Jika kadar tahunan yang kena dibayar bagi tahun itu ialah RM108 dan peratusan kadar tahunan ialah 6 peratus setahun, maka M

=

1/12 x (108/6%)

=

1/12 x 1,800

=

RM150

3. Oleh itu M –R = RM(150-50) = RM100

4. Sewa bulanan yang kena dibayar oleh penyewa kepada tuan rumah atas kenaikan berperingkat berdasarkan pada perenggan 1, 2 dan 3 ialah—

(a)

Tahun 1

= 50 + (1/4 x 100)

= 50 + 25

= RM75

(b)

Tahun 2

= 50 + (1/2 x 100)

= 50 + 50

= RM100

(c)

Tahun 3

= 50 + (3/4 x 100)

= 50 + 75

= RM125

_____________________________

14

Akta 572

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang meminda

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa dari

─ TIADA ─

15

Akta 572

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

─ TIADA ─

Common questions

What is AKTA KAWALAN SEWA (PEMANSUHAN) 1997?
*AKTA KAWALAN SEWA (PEMANSUHAN) 1997 is Malaysia Act, cited as Act 572 1997, currently marked in force and first recorded in 1997.
Is AKTA KAWALAN SEWA (PEMANSUHAN) 1997 still in force?
Yes — AKTA KAWALAN SEWA (PEMANSUHAN) 1997 is currently in force.
When did AKTA KAWALAN SEWA (PEMANSUHAN) 1997 take effect?
AKTA KAWALAN SEWA (PEMANSUHAN) 1997 was first recorded in 1997.
How many sections does AKTA KAWALAN SEWA (PEMANSUHAN) 1997 have?
AKTA KAWALAN SEWA (PEMANSUHAN) 1997 contains 12 sections.
Where can I read the official version of AKTA KAWALAN SEWA (PEMANSUHAN) 1997?
The official text of AKTA KAWALAN SEWA (PEMANSUHAN) 1997 is published at lom.agc.gov.my.
AKTA KAWALAN SEWA (PEMANSUHAN) 1997 (No. 572) | mylaw.my