Seksyen 10
Tribunal Penyahkawalan
of Akta Kawalan Sewa (Pemansuhan) 1997
Maka hendaklah ditubuhkan suatu tribunal yang dikenali sebagai
―Tribunal
Penyahkawalan‖
yang hendaklah mempunyai bidang kuasa untuk mendengar dan menentukan apa-apa pertikaian berkenaan dengan—
(a)
sewa yang kena dibayar dan terhutang kepada tuan rumah; dan
(b)
mendapatkan kembali milikan kosong premis di bawah seksyen 8.
(2)
Bagi maksud Bahagian ini, Tribunal Sewa yang ditubuhkan di bawah seksyen 12 Akta hendaklah menjadi Tribunal Penyahkawalan di bawah subseksyen (1), dan hendaklah terus wujud dan berkuat kuasa sehingga tamat tempoh peralihan di bawah subseksyen 5(1)
atau 5(2), mengikut mana-mana yang berkenaan.
(3)
Seseorang yang dilantik menjadi anggota Tribunal Sewa di bawah seksyen 12 Akta hendaklah disifatkan menjadi anggota
Tribunal Penyahkawalan dan hendaklah terus memegang jawatan sehingga tamat tempoh peralihan melainkan jika dia terlebih dahulu meletakkan atau disingkirkan daripada jawatan.
(4)
Keputusan Tribunal Penyahkawalan adalah muktamad.