Seksyen 11
Tamat tempoh peralihan
of Akta Kawalan Sewa (Pemansuhan) 1997
Selepas tamat tempoh peralihan di bawah subseksyen 5(1) atau 5(2), mengikut mana-mana yang berkenaan, semua penyewaan yang disifatkan telah dibuat antara tuan rumah
10 Undang-undang Malaysia AKTA 572
dengan penyewa di bawah subseksyen 6(1) hendaklah terhenti berkuat kuasa dan tuan rumah hendaklah selepas itu—
(a)
mempunyai hak mendapat milikan kosong premis daripada penyewa tanpa membayar apa-apa pampasan; dan
(b)
berhak mendapat apa-apa sewa yang terakru dan masih belum dibayar daripada penyewa pada tarikh tamat tempoh peralihan.
(2)
Seseorang tuan rumah yang berhasrat untuk menjalankan haknya di bawah perenggan (1)(a) hendaklah menyampaikan kepada penyewa suatu notis supaya mengosongkan premis.
(3)
Notis yang disebut dalam subseksyen (2) —
(a)
hendaklah memperuntukkan tempoh tiga bulan bagi penyewa untuk mengosongkan premis itu; dan
(b)
boleh disampaikan kepada penyewa atau mana-mana orang yang diberi kuasa untuk menerima penyampaian notis itu bagi pihaknya, yang kemudian daripada ini disebut ―orang yang hendak disampaikan itu‖—
(i)
dengan menyerahkannya sendiri kepada orang yang hendak disampaikan itu;
(ii)
dengan menghantarnya melalui pos berdaftar yang dialamatkan kepada orang yang hendak disampaikan itu di tempat kediaman orang itu yang lazim atau yang akhir diketahui;
atau
(iii)
dengan melekatkannya di suatu bahagian yang mudah dilihat di premis yang berhubungan dengannya jika penyampaian ke diri atau melalui pos berdaftar tidak dapat dibuat kepada orang yang hendak disampaikan itu.
Kawalan Sewa (Pemansuhan) 11