Skip to content
ActIn force

Akta Levi Keuntungan Luar Biasa 1998

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Enacted
1998
Last amended
2022
Sections
33
Languages
MS · EN

Akta Levi Keuntungan Luar Biasa 1998 is Malaysia Act, cited as Act 592 1998, currently marked in force and first recorded in 1998.

Front matterCover and publication detailsOpen

MALAYSIA

VERSI DALAM TALIAN TEKS

CETAKAN SEMULA YANG KEMAS KINI

Akta 592

AKTA LEVI KEUNTUNGAN

LUAR BIASA 1998

Sebagaimana pada 1 Januari 2025

Teks ini HANYALAH TEKS KEMAS KINI bagi Akta Levi Keuntungan Luar Biasa 1998 oleh

Jabatan Peguam Negara. Melainkan jika dan sehingga dicetak semula menurut kuasa

Pesuruhjaya Penyemak Undang-Undang di bawah subseksyen 14(1) Akta Penyemakan

Undang-Undang 1968 [Akta 1], teks ini BUKAN TEKS YANG SAH.

2

Tarikh Perkenan Diraja

… … … ...

28 Disember 1998

Tarikh penyiaran dalam

Warta

… … … ...

31 Disember 1998

Kali terakhir dipinda melalui Akta 863 yang mula berkuat kuasa pada

… … … ...

1 Januari 2025

CETAKAN SEMULA YANG TERDAHULU

Cetakan Semula Yang Pertama

… … … … …

2006

3

Akta 592

Opening note

Preamble

  1. Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pengenaan levi atas keuntungan luar biasa yang diperoleh daripada pengeluaran barang-barang dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dan bersampingan dengannya. [1 Januari 1999] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“barang-barang” ertinya segala jenis harta alih dan harta tak alih;

“barang-barang ditetapkan” ertinya barang-barang yang ditetapkan melalui perintah yang dibuat di bawah seksyen 6;

“ditetapkan”, melainkan jika dinyatakan selainnya, ertinya ditetapkan melalui peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 28;

6

Undang-Undang Malaysia

“Jabatan” ertinya Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Malaysia;

“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Kastam dan Eksais yang dilantik di bawah subseksyen 3(1) Akta Kastam 1967 [Akta 235];

“Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan;

“levi” ertinya levi yang dikenakan di bawah seksyen 6;

“Menteri”

ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan;

“pegawai kastam yang hak” hendaklah mempunyai erti yang sama seperti yang diberikan kepada ungkapan itu dalam seksyen 2

Akta Kastam 1967.

Kuasa Ketua Pengarah

Tertakluk pada arahan dan kawalan Menteri, Ketua Pengarah hendaklah mempunyai pengawasan ke atas semua perkara yang berhubungan dengan levi di bawah Akta ini.

Kuasa untuk melanjutkan tempoh

Jika, melalui Akta ini, suatu tempoh dinyatakan yang dalamnya sesuatu perbuatan atau benda hendaklah dilakukan oleh seseorang, dan

Menteri berpuas hati bahawa perbuatan atau benda itu tidak dapat disempurnakan dalam tempoh itu disebabkan oleh berlakunya kecemasan awam atau krisis kesihatan awam, Menteri boleh, mengikut terma dan syarat yang difikirkannya patut, melanjutkan tempoh untuk menyempurnakan perbuatan atau benda itu sebelum habis tempoh itu.

Kuasa untuk mengubah suai terma dan syarat

(1)

Jika terma dan syarat dikenakan menurut Akta ini, Menteri boleh, atas nasihat Ketua Pengarah, dari semasa ke semasa mengubah suai terma dan syarat bagi maksud melaksanakan tujuan Akta ini.

Levi Keuntungan Luar Biasa 7

(2)

Sebelum mengubah suai terma dan syarat, notis hendaklah diberikan kepada orang yang terikat dengan terma dan syarat itu menyatakan—

(b)

tarikh terma dan syarat sebagaimana diubah suai itu berkuat kuasa.

(3)

Terma dan syarat yang diubah suai tidak boleh berkuat kuasa kurang daripada empat belas hari dari tarikh notis di bawah subseksyen (2) dikeluarkan.

(4)

Jika terma dan syarat itu pada mulanya dikenakan oleh Ketua

Pengarah menurut Akta ini, terma dan syarat sebagaimana diubah suai oleh Menteri hendaklah disifatkan telah dikenakan oleh Ketua

Pengarah.

(5)

Bagi maksud seksyen ini, “ubah suai” ertinya tambah, potong atau ubah.

Kuasa pegawai kastam yang hak

Mana-mana pegawai kastam yang hak hendaklah, sebagai tambahan kepada kewajipan dan kuasa yang diberikan di bawah

Akta Kastam 1967, mempunyai segala kewajipan dan kuasa untuk menguatkuasakan dan memastikan pematuhan wajar peruntukan

Akta ini.

Kad kuasa hendaklah ditunjukkan

(1)

Tiap-tiap pegawai kastam yang hak apabila bertindak terhadap mana-mana orang di bawah Akta ini hendaklah, jika tidak berpakaian seragam, apabila diminta, menyatakan jawatannya dan mengemukakan kepada orang yang terhadapnya dia bertindak itu dokumen yang membuktikan identitinya sebagaimana yang diarahkan oleh Ketua Pengarah supaya dibawa bersama oleh pegawai itu.

8

Undang-Undang Malaysia

(2)

Tidaklah menjadi suatu kesalahan jika mana-mana orang enggan mematuhi apa-apa tuntutan yang dibuat oleh mana-mana pegawai yang bertindak atau berupa sebagai bertindak di bawah Akta ini jika pegawai itu tidak berpakaian seragam dan enggan menyatakan jawatannya dan mengemukakan dokumen pengenalannya apabila diminta berbuat demikian oleh orang itu.

Pengenaan levi

(1)

Maka hendaklah dikenakan dan dilevikan suatu levi yang dinamakan levi keuntungan luar biasa atas apa-apa amaun yang ditetapkan oleh Menteri melalui perintah yang disiarkan dalam Warta yang melebihi apa-apa amaun untung yang ditetapkan oleh Menteri dalam perintah itu dan diperoleh daripada pengeluaran barang-barang yang ditetapkan dalam perintah itu.

(2)

Perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1) boleh menetapkan amaun dan kadar yang berlainan bagi jenis barang yang berlainan.

(3)

Levi hendaklah dibayar oleh pengeluar barang-barang ditetapkan dan hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang.

(4)

Mana-mana orang yang tidak membayar apa-apa levi yang dikenakan di bawah seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi sepuluh kali amaun levi yang kena dibayar atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

(5)

Pendakwaan mana-mana orang di bawah seksyen ini tidaklah melepaskan orang itu daripada liabiliti untuk membayar apa-apa levi yang baginya dia bertanggungan atau mungkin bertanggungan atau daripada liabiliti untuk membuat apa-apa penyata yang dikehendaki oleh Akta ini supaya dia membuatnya.

Levi Keuntungan Luar Biasa 9

Ketetapan umum

(1)

Ketua Pengarah boleh, pada bila-bila masa, membuat suatu ketetapan umum atas pemakaian mana-mana peruntukan Akta ini.

(2)

Ketua Pengarah boleh menarik balik, sama ada sepenuhnya atau sebahagiannya, apa-apa ketetapan umum yang dibuat di bawah seksyen ini.

Perintah dibentangkan di hadapan Dewan Rakyat

Sesuatu perintah yang menentukan amaun levi yang hendak dilevikan di bawah Akta ini hendaklah dibentangkan di hadapan

Dewan Rakyat.

Pendaftaran

Tiap-tiap pengeluar barang-barang ditetapkan hendaklah mendaftar dengan Jabatan.

Penalti kerana pembayaran lambat

(1)

Jika apa-apa amaun levi masih belum dibayar selepas hari terakhir levi itu kena dibayar, maka suatu penalti yang bersamaan dengan sepuluh peratus daripada amaun yang belum dibayar itu hendaklah dengan itu kena dibayar.

(2)

Jika levi yang genap masa dan kena dibayar itu masih belum dibayar selama lebih daripada tiga puluh hari selepas hari terakhir levi itu kena dibayar maka kadar penalti di bawah subseksyen (1) atas levi yang belum dibayar itu hendaklah ditambah sebanyak sepuluh peratus bagi tempoh tiga puluh hari yang kedua selepas hari terakhir itu dan bagi tiap-tiap tempoh tiga puluh hari yang berikutnya atau apa-apa bahagian daripadanya selama masa amaun itu masih belum dibayar hingga kepada maksimum sebanyak lima puluh peratus.

10

Undang-Undang Malaysia

Levi boleh dituntut sebagai hutang sivil

Tanpa menjejaskan apa-apa remedi lain, apa-apa levi yang genap masa dan kena dibayar dan apa-apa penalti yang terakru di bawah

Akta ini boleh dituntut sebagai suatu hutang sivil yang terhutang kepada Kerajaan.

Pengemukaan penyata

(1)

Tiap-tiap pengeluar barang-barang ditetapkan hendaklah dalam masa yang ditetapkan menyerahkan kepada pegawai kastam yang hak suatu penyata dalam bentuk dan mengikut cara yang ditentukan oleh Ketua Pengarah yang menyatakan amaun levi yang kena dibayar, kuantiti atau jumlah barang-barang ditetapkan yang dikeluarkan, dan apa-apa butir lain sebagaimana yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah.

(2)

Tiap-tiap penyata yang dikemukakan mengikut subseksyen (1)

hendaklah disertakan dengan bayaran amaun yang kena dibayar sebagai levi.

Pentaksiran levi

(1)

Apa-apa penyata yang dikemukakan di bawah seksyen 11

boleh disetujui terima oleh pegawai kastam yang hak sebagai bukti yang cukup mengenai perkara-perkara yang terkandung dalamnya, dan levi bolehlah ditaksirkan dengan sewajarnya.

(2)

Jika pegawai kastam yang hak itu ada sebab untuk mempercayai bahawa amaun levi yang ditunjukkan dalam suatu penyata yang dibuat oleh mana-mana orang di bawah seksyen 11 adalah kurang daripada amaun yang kena dibayar di bawah Akta ini, maka dia boleh mentaksirkan apa-apa amaun yang lebih besar sebagaimana yang difikirkannya patut sebagai levi.

Levi Keuntungan Luar Biasa 11

Peremitan levi dan penalti

(1)

Menteri boleh, jika difikirkan patut olehnya, meremitkan keseluruhan atau mana-mana bahagian levi yang genap masa dan kena dibayar di bawah Akta ini.

(2)

Ketua Pengarah boleh, jika difikirkan patut olehnya, meremitkan keseluruhan atau mana-mana bahagian penalti di bawah seksyen 9.

(3)

Jika seseorang yang telah diberikan peremitan di bawah subseksyen (1) atau (2) telah membayar apa-apa levi atau penalti yang berhubungan dengan peremitan itu, tertakluk pada subseksyen 14(3), dia berhak kepada suatu pembayaran balik amaun levi atau penalti yang telah dibayar yang telah diremitkan itu.

Tuntutan bagi pembayaran balik levi dan penalti terlebih bayar atau dibayar secara silap, dsb.

(1)

Mana-mana orang yang telah terlebih bayar atau membayar secara silap apa-apa levi atau penalti, atau berhak untuk mendapatkan bayaran balik levi atau penalti di bawah seksyen 13 boleh membuat tuntutan bagi pembayaran balik dalam bentuk dan mengikut cara yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.

(2)

Sesuatu tuntutan bagi pembayaran balik di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat kepada Ketua Pengarah dalam masa satu tahun dari tarikh berlakunya pembayaran terlebih itu atau pembayaran yang silap itu atau berlakunya kelayakan pembayaran balik itu.

(3)

Ketua Pengarah boleh mengurangkan atau tidak membenarkan apa-apa pembayaran balik berkenaan dengan tuntutan di bawah subseksyen (1) setakat yang pembayaran balik itu akan dengan tidak patut memperkaya orang yang disebut dalam subseksyen (1).

12

Undang-Undang Malaysia

Pembayaran balik apabila Ketua Pengarah berpuas hati dan dengan keterangan sokongan

(1)

Sesuatu tuntutan bagi pembayaran balik levi atau penalti di bawah subseksyen 14(1) hendaklah disokong dengan apa-apa keterangan sebagaimana yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah.

(2)

Ketua Pengarah boleh membuat pembayaran balik berkenaan dengan tuntutan yang dibuat oleh mana-mana orang di bawah subseksyen 14(1) selepas berpuas hati bahawa orang itu telah membuktikan tuntutan itu dengan sepatutnya.

Pembayaran levi atau penalti yang terkurang dibayar atau tersilap dibayar balik

Jika keseluruhan atau mana-mana bahagian apa-apa levi atau penalti di bawah seksyen 9 belum lagi dibayar, atau setelah dibayar telah tersilap dibayar balik, maka, dengan syarat suatu tuntutan dibuat dalam tempoh tiga tahun dari tarikh levi atau penalti itu dibayar, atau bayaran balik dibuat, mengikut mana-mana yang berkenaan, orang yang bertanggungan membayar levi atau penalti itu, atau orang yang kepadanya bayaran balik itu telah tersilap dibuat, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah membayar kekurangan atau membayar balik amaun yang terlebih dibayar kepadanya itu.

Kewajipan menyimpan rekod

(1)

Tiap-tiap pengeluar barang-barang ditetapkan hendaklah menyimpan buku akaun atau rekod lain sebagaimana yang diarahkan oleh Ketua Pengarah yang menunjukkan rekod yang penuh dan benar yang dikemaskinikan mengenai semua transaksi yang menyentuh atau mungkin menyentuh liabilitinya untuk membayar levi di bawah Akta ini dan hendaklah menyimpan buku akaun atau rekod lain itu dalam bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris.

(2)

Buku akaun dan rekod lain yang dikehendaki supaya disimpan mengikut seksyen ini hendaklah dikekalkan selama tempoh

Levi Keuntungan Luar Biasa 13

enam tahun dari tarikh yang terakhir berkenaan dengan pengeluaran barang-barang ditetapkan yang berkaitan dengan rekod itu.

Orang yang terikat untuk memberikan maklumat

(1)

Tiap-tiap orang yang mempunyai maklumat tentang apa-apa perkara yang menjadi kewajipan pegawai kastam yang hak untuk menyiasatnya hendaklah, apabila dikehendaki oleh pegawai itu supaya berbuat demikian, memberikan maklumat itu.

(2)

Tiap-tiap orang yang dikehendaki oleh pegawai kastam yang hak supaya mengemukakan dokumen atau benda lain yang orang itu berkuasa untuk mengemukakannya, dan merupakan dokumen atau benda yang dikehendaki di bawah Akta ini atau suatu dokumen atau benda yang digunakan dalam apa-apa transaksi atau perkara lain yang berhubungan dengan levi atau suatu dokumen atau benda yang menjadi kewajipan pegawai kastam yang hak itu untuk menyiasatnya di bawah

Akta ini, hendaklah mengemukakan dokumen atau benda itu.

Akses ke tempat atau premis

(1)

Bagi maksud Akta ini, mana-mana pegawai kanan kastam hendaklah setiap masa mempunyai akses ke mana-mana tempat atau premis di mana seseorang pengeluar barang-barang ditetapkan menjalankan perniagaannya.

(2)

Jika mana-mana pegawai kanan kastam memasuki mana-mana tempat atau premis mengikut seksyen ini, dia boleh melakukan semua atau mana-mana yang berikut:

(a)

menghendaki pengeluar itu mengemukakan apa-apa buku, dokumen, atau benda, yang dikehendaki supaya disimpan oleh pengeluar itu di bawah peruntukan Akta ini, atau yang ada kaitan dengan mana-mana barang ditetapkan;

(b)

memeriksa apa-apa buku, dokumen atau benda dan mengambil salinan apa-apa buku atau dokumen;

14

Undang-Undang Malaysia

(c)

menyita dan menahan apa-apa buku, dokumen atau benda, jika pada pendapatnya buku, dokumen atau benda itu dapat memberi keterangan mengenai pelakuan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini;

(d)

menghendaki mana-mana pengeluar atau mana-mana orang yang digaji oleh pengeluar itu supaya menjawab soalan-soalan yang berhubungan dengan mana-mana buku, dokumen atau benda, atau yang berhubungan dengan apa-apa catatan dalam mana-mana buku atau dokumen;

(e)

mengambil dan menyimpan tanpa bayaran apa-apa contoh barang atau bahan yang difikirkannya perlu bagi melaksanakan kewajipannya.

(3)

Jika pegawai kanan kastam yang bertindak di bawah seksyen ini tidak dapat memperoleh akses bebas ke mana-mana premis tempat seseorang pengeluar menjalankan perniagaannya, dia boleh pada bila-bila masa memasuki premis itu dengan cara yang difikirkannya perlu, jika perlu dengan kekerasan.

(4)

Jika—

(a)

mana-mana barang ditetapkan dijumpai di mana-mana premis yang dimasuki di bawah seksyen ini;

(b)

barang ditetapkan itu dikeluarkan oleh pengeluar yang bertanggungan membayar levi; dan

(c)

levi itu belum dibayar, barang itu boleh disita dan boleh dilucuthakkan.

Penalti kerana membuat penyata yang tidak betul dan kerana memalsukan dokumen

(1)

Mana-mana orang yang—

Levi Keuntungan Luar Biasa 15

(a)

membuat, secara lisan atau bertulis, atau menandatangani apa-apa penyata atau dokumen lain yang dikehendaki oleh

Akta ini yang tidak benar atau tidak betul tentang apa-apa butir material;

(b)

membuat, secara lisan atau bertulis, atau menandatangani apa-apa penyata atau dokumen yang dibuat bagi pertimbangan mana-mana pegawai kastam yang hak tentang apa-apa permohonan yang dikemukakan kepadanya yang tidak benar atau tidak betul tentang apa-apa butir material;

(c)

melancung atau menyebabkan dilancungkan atau memalsukan atau menyebabkan dipalsukan apa-apa dokumen yang dikehendaki atau mungkin dikehendaki di bawah Akta ini atau digunakan dalam transaksi apa-apa urusan atau perkara yang berhubungan dengan levi, atau menggunakan atau menyebabkan digunakan atau dalam apa-apa cara membantu dalam penggunaan dokumen yang dilancungkan atau dipalsukan itu;

(d)

secara fraud mengubah apa-apa dokumen, atau melancungkan meterai, tandatangan, atau tandatangan ringkas atau tanda lain kepunyaan, atau yang digunakan oleh, mana-mana pegawai kastam yang hak bagi penentusahan apa-apa dokumen sedemikian atau bagi keselamatan apa-apa barang atau apa-apa maksud lain dalam perjalanan apa-apa perniagaan atau perkara yang berhubungan dengan levi;

(e)

dikehendaki oleh Akta ini supaya membuat suatu penyata, tidak membuat penyata itu sebagaimana yang dikehendaki;

atau

(f)

tidak atau enggan mengemukakan kepada seorang pegawai kastam yang hak apa-apa dokumen yang dikehendaki supaya dikemukakan di bawah Akta ini, adalah melakukan suatu kesalahan.

16

Undang-Undang Malaysia

(2)

Mana-mana orang yang disabitkan atas suatu kesalahan di bawah subseksyen (1) boleh didenda tidak kurang daripada sepuluh kali amaun levi yang kena dibayar dan tidak lebih daripada dua puluh kali amaun levi yang kena dibayar itu.

(3)

Apabila apa-apa penyata sedemikian, sama ada lisan atau bertulis, atau apa-apa dokumen sebagaimana yang disebut dalam perenggan (1)(a), (b) dan (c) telah dibuktikan tidak benar atau tidak betul atau dilancungkan atau dipalsukan pada keseluruhan atau sebahagiannya, tidaklah menjadi suatu pembelaan untuk mengatakan bahawa penyata atau dokumen itu dibuat atau digunakan dengan tidak sengaja atau tanpa niat jenayah atau fraud, atau bahawa orang yang menandatangani penyata atau dokumen itu tidak mengetahui atau tidak memahami kandungan dokumen itu, atau jika apa-apa penyata dibuat atau direkodkan dalam bahasa kebangsaan atau dalam bahasa Inggeris melalui terjemahan daripada mana-mana bahasa lain, bahawa penyata itu telah disalahterjemahkan atau tidak diterjemahkan dengan sepenuhnya oleh penterjemah yang disediakan oleh orang yang membuat penyata atau dokumen itu.

(4)

Bagi maksud seksyen ini, “dipalsukan” berhubung dengan sesuatu dokumen hendaklah disifatkan sebagai termasuk sesuatu dokumen yang tidak benar atau tidak betul dalam apa-apa butir material, dan

“memalsukan”

hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya.

Penalti kerana enggan menjawab soalan atau kerana memberikan maklumat palsu

(1)

Mana-mana orang, yang dikehendaki oleh Akta ini supaya memberikan apa-apa maklumat yang secara yang munasabah dikehendaki oleh seorang pegawai kastam yang hak dan yang dia berkuasa untuk memberikannya, enggan memberikan maklumat itu atau memberikan sebagai benar maklumat yang diketahuinya atau dia mempunyai sebab untuk percaya adalah palsu, adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Levi Keuntungan Luar Biasa 17

(2)

Jika apa-apa maklumat sedemikian dibuktikan tidak benar atau tidak betul pada keseluruhan atau sebahagiannya maka tidaklah menjadi suatu pembelaan untuk mengatakan bahawa maklumat itu atau mana-mana bahagian daripadanya diberikan dengan tidak sengaja atau tanpa niat jenayah atau fraud, atau telah disalahterjemahkan atau telah tidak diterjemahkan dengan sepenuhnya oleh penterjemah yang disediakan oleh pemberi maklumat itu.

Tidak mematuhi kehendak Akta ini

Tanpa menjejaskan apa-apa liabliti lain yang ditanggung di bawah

Akta ini, mana-mana orang yang—

(a)

tidak mematuhi atau enggan mematuhi kehendak-kehendak seksyen 8, 11, 12, 15 atau 16;

(b)

tidak mengemukakan atau enggan mengemukakan mana-mana buku atau dokumen untuk diperiksa atau disimpan oleh pegawai kastam yang hak mengikut kehendak-kehendak Akta ini;

(c)

tidak memberikan atau enggan memberikan maklumat yang betul atau enggan memberikan apa-apa maklumat yang dia dikehendaki supaya memberikannya yang berhubungan dengan levi; atau

(d)

membayar levi yang amaunnya kurang daripada yang dikehendaki di bawah Akta ini, adalah melakukan suatu kesalahan, dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Kesalahan dan penalti am

(1)

Mana-mana orang yang tidak atau abai untuk mematuhi, atau melakukan atau cuba untuk melakukan apa-apa perbuatan yang

18

Undang-Undang Malaysia bertentangan dengan peruntukan Akta ini adalah melakukan suatu kesalahan.

(2)

Seseorang yang telah disabitkan atas suatu kesalahan di bawah subseksyen (1) boleh didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Kuasa untuk mengkompaun

(1)

Pegawai kastam yang hak boleh, dengan keizinan secara bertulis Pendakwa Raya, mengkompaunkan apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh mana-mana orang di bawah Akta ini atau perundangan subsidiarinya dan ditetapkan sebagai kesalahan boleh kompaun dengan membuat tawaran secara bertulis kepada orang yang disyaki telah melakukan kesalahan itu untuk mengkompaunkan kesalahan itu apabila dibayar kepada pegawai kastam yang hak itu suatu amaun wang yang tidak melebihi lima puluh peratus amaun denda maksimum bagi kesalahan itu dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu.

(2)

Sesuatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan, tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan, dan jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam tempoh masa yang dinyatakan dalam tawaran itu atau dalam apa-apa tempoh lanjutan yang dibenarkan oleh pegawai kastam yang hak itu, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.

(3)

Jika suatu kesalahan dikompaunkan di bawah subseksyen (1), tiada pendakwaan boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat dan apa-apa benda yang disita berkaitan dengan kesalahan itu boleh dilepaskan atau dilucuthakkan oleh pegawai kastam yang hak, tertakluk pada apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya patut.

(4)

Semua jumlah wang yang diterima oleh pegawai kastam yang hak di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang.

Levi Keuntungan Luar Biasa 19

Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan, dsb.

(1)

Jika suatu pertubuhan perbadanan melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini atau perundangan subsidiarinya, seseorang yang pada masa pelakuan kesalahan itu merupakan seorang pengarah, ketua pegawai eksekutif, pengurus, setiausaha atau pegawai seumpama itu yang lain bagi pertubuhan perbadanan itu atau berupa seperti bertindak atas apa-apa sifat sedemikian atau telah dengan apa-apa cara atau sehingga apa-apa takat bertanggungjawab bagi pengurusan apa-apa hal ehwal pertubuhan perbadanan itu atau telah membantu dalam pengurusan sedemikian—

(a)

boleh didakwa secara berasingan atau bersesama dalam prosiding yang sama dengan pertubuhan perbadanan itu;

dan

(b)

jika pertubuhan perbadanan itu didapati bersalah atas kesalahan itu, hendaklah disifatkan bersalah atas kesalahan itu melainkan jika, setelah mengambil kira jenis fungsinya atas sifat itu dan semua hal keadaan, dia membuktikan bahawa—

(i)

kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuan, kebenaran atau pembiarannya; dan

(ii)

dia telah mengambil semua langkah berjaga-jaga yang munasabah dan telah menjalankan usaha yang wajar untuk mengelakkan pelakuan kesalahan itu.

(2)

Jika mana-mana orang boleh dikenakan di bawah Akta ini apa-apa hukuman atau penalti bagi apa-apa perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkarannya, dia boleh dikenakan hukuman atau penalti yang sama bagi tiap-tiap perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran mana-mana pekerja atau ejennya, atau pekerja ejen itu, jika tindakan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran itu telah dilakukan—

(a)

oleh pekerja orang itu dalam perjalanan pekerjaannya;

(b)

oleh ejen itu apabila bertindak bagi pihak orang itu; atau 20

Undang-Undang Malaysia

(c)

oleh pekerja ejen itu semasa dia digajikan oleh ejen itu atau selainnya bagi pihak ejen itu yang bertindak bagi pihak orang itu.

Pemulaan pendakwaan

Tiada pendakwaan bagi atau berhubung dengan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini boleh dimulakan tanpa keizinan secara bertulis Pendakwa Raya.

Menyubahati kesalahan

Jika mana-mana orang dengan sengaja membuat bagi pihak seorang lain, atau membantu, menyubahati, menolong, mengapikan atau mendorong mana-mana orang lain membuat suatu penyata, akaun atau pernyataan yang tidak betul yang mengakibatkan levi kurang dibayar oleh orang yang bertanggungjawab membayar levi itu maka orang yang mula-mula disebut itu adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Kuasa Menteri untuk memakai Akta Kastam 1967

(1)

Menteri boleh menetapkan mana-mana peruntukan dalam

Akta Kastam 1967 menjadi suatu peruntukan yang hendaklah terpakai bagi maksud melaksanakan peruntukan Akta ini.

(2)

Dalam menetapkan peruntukan Akta Kastam 1967 di bawah subseksyen (1), Menteri boleh membuat apa-apa ubah suaian yang perlu dan suai manfaat bagi maksud memastikan perjalanan wajar dan cekap Akta ini.

Levi Keuntungan Luar Biasa 21

Penggunaan perkhidmatan elektronik

(1)

Walau apa pun apa-apa peruntukan lain Akta ini, Ketua

Pengarah boleh menyediakan suatu perkhidmatan elektronik kepada mana-mana pengguna berdaftar bagi—

(a)

pemfailan atau pengemukaan apa-apa permohonan, penyata, perisytiharan atau apa-apa dokumen lain; dan

(b)

penyampaian apa-apa notis, arahan, perintah, permit, resit atau apa-apa dokumen lain.

(2)

Jika—

(a)

apa-apa permohonan, penyata, perisytiharan atau apa-apa dokumen lain dibuat dan dihantar kepada Ketua Pengarah melalui perkhidmatan elektronik; atau

(b)

apa-apa notis, arahan, perintah, permit, resit atau apa-apa dokumen lain yang diperoleh oleh pengguna berdaftar melalui perkhidmatan elektronik,

Ketua Pengarah tidak bertanggungan bagi apa-apa kerugian atau kerosakan yang dialami oleh pengguna berdaftar itu atas sebab apa-apa kesilapan atau peninggalan tidak kira dengan apa jua sifat atau tidak kira bagaimana jua sekali pun berbangkit yang terdapat dalam apa-apa permohonan, penyata, perisytiharan, notis, arahan, perintah, permit, resit atau apa-apa dokumen lain jika kesilapan atau peninggalan itu berlaku atau timbul akibat daripada apa-apa kecacatan atau kegagalan dalam perkhidmatan elektronik itu atau dalam kelengkapan yang digunakan bagi penyediaan perkhidmatan itu atau tanpa pengetahuan

Ketua Pengarah.

(3)

Apa-apa permohonan, penyata, perisytiharan atau apa-apa dokumen lain yang dibuat dan dihantar oleh pengguna berdaftar hendaklah disifatkan sebagai telah difailkan atau dikemukakan pada masa permohonan, penyata, perisytiharan atau apa-apa dokumen lain itu diterima oleh Ketua Pengarah.

22

Undang-Undang Malaysia

(4)

Bagi maksud seksyen ini, “pengguna berdaftar” ertinya mana-mana orang yang diberi kuasa secara bertulis oleh Ketua

Pengarah untuk mengakses dan menggunakan perkhidmatan elektronik.

Peraturan

(1)

Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi maksud melaksanakan atau memberikan kuat kuasa kepada peruntukan

Akta ini.

(2)

Khususnya dan tanpa menjejaskan keluasan kuasa yang diberikan oleh subseksyen (1), peraturan-peraturan itu boleh mengadakan peruntukan bagi—

(a)

tatacara bagi pembayaran dan pemungutan levi; dan

(c)

tempat dan masa yang berhubungan dengan pemungutan levi.

23

Akta 592

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang meminda

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa dari

Akta A1636

Akta Levi Keuntungan Luar Biasa

(Pindaan) 2021 01-12-2021

Akta A1675

Akta Levi Keuntungan Luar Biasa

(Pindaan) 2022 01-01-2023

Akta 851

Akta Kewangan (No. 2) 2023 30-12-2023

Akta 863

Akta

Langkah-Langkah bagi

Pemungutan,

Pentadbiran dan

Penguatkuasaan Cukai 2024 01-01-2025

24

Akta 592

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari 3A

Akta A1675 01-01-2023 3B

Akta A1675 01-01-2023 6A

Akta A1675 01-01-2023 7

Akta 851 30-12-2023 11

Akta A1675 01-01-2023 13

Akta A1636 01-12-2021 14

Akta A1636

Akta A1675 01-12-2021 01-01-2023 14A

Akta A1636 01-12-2021 19

Akta A1675 01-01-2023 27A

Akta 863 01-01-2025 28

Akta A1675 01-01-2023

Common questions

What is Akta Levi Keuntungan Luar Biasa 1998?
Akta Levi Keuntungan Luar Biasa 1998 is Malaysia Act, cited as Act 592 1998, currently marked in force and first recorded in 1998.
Is Akta Levi Keuntungan Luar Biasa 1998 still in force?
Yes — Akta Levi Keuntungan Luar Biasa 1998 is currently in force.
When did Akta Levi Keuntungan Luar Biasa 1998 take effect?
Akta Levi Keuntungan Luar Biasa 1998 was first recorded in 1998.
How many sections does Akta Levi Keuntungan Luar Biasa 1998 have?
Akta Levi Keuntungan Luar Biasa 1998 contains 33 sections.
What amends Akta Levi Keuntungan Luar Biasa 1998?
Akta Levi Keuntungan Luar Biasa 1998 has been amended by Akta Levi Keuntungan Luar Biasa (Pindaan) 2021 and Akta Levi Keuntungan Luar Biasa (Pindaan) 2022.
Where can I read the official version of Akta Levi Keuntungan Luar Biasa 1998?
The official text of Akta Levi Keuntungan Luar Biasa 1998 is published at lom.agc.gov.my.

Something wrong on this page?

If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.