14A. Pembayaran balik apabila Ketua Pengarah berpuas hati dan dengan keterangan sokongan
Feedback & support(1)
Sesuatu tuntutan bagi pembayaran balik levi atau penalti di bawah subseksyen 14(1) hendaklah disokong dengan apa-apa keterangan sebagaimana yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah.
(2)
Ketua Pengarah boleh membuat pembayaran balik berkenaan dengan tuntutan yang dibuat oleh mana-mana orang di bawah subseksyen 14(1) selepas berpuas hati bahawa orang itu telah membuktikan tuntutan itu dengan sepatutnya.