Seksyen 18
Akses ke tempat atau premis
of Akta Levi Keuntungan Luar Biasa 1998
Bagi maksud Akta ini, mana-mana pegawai kanan kastam hendaklah setiap masa mempunyai akses ke mana-mana tempat atau premis di mana seseorang pengeluar barang-barang ditetapkan menjalankan perniagaannya.
(2)
Jika mana-mana pegawai kanan kastam memasuki mana-mana tempat atau premis mengikut seksyen ini, dia boleh melakukan semua atau mana-mana yang berikut:
(a)
menghendaki pengeluar itu mengemukakan apa-apa buku, dokumen, atau benda, yang dikehendaki supaya disimpan oleh pengeluar itu di bawah peruntukan Akta ini, atau yang ada kaitan dengan mana-mana barang ditetapkan;
(b)
memeriksa apa-apa buku, dokumen atau benda dan mengambil salinan apa-apa buku atau dokumen;
14
Undang-Undang Malaysia
(c)
menyita dan menahan apa-apa buku, dokumen atau benda, jika pada pendapatnya buku, dokumen atau benda itu dapat memberi keterangan mengenai pelakuan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini;
(d)
menghendaki mana-mana pengeluar atau mana-mana orang yang digaji oleh pengeluar itu supaya menjawab soalan-soalan yang berhubungan dengan mana-mana buku, dokumen atau benda, atau yang berhubungan dengan apa-apa catatan dalam mana-mana buku atau dokumen;
(e)
mengambil dan menyimpan tanpa bayaran apa-apa contoh barang atau bahan yang difikirkannya perlu bagi melaksanakan kewajipannya.
(3)
Jika pegawai kanan kastam yang bertindak di bawah seksyen ini tidak dapat memperoleh akses bebas ke mana-mana premis tempat seseorang pengeluar menjalankan perniagaannya, dia boleh pada bila-bila masa memasuki premis itu dengan cara yang difikirkannya perlu, jika perlu dengan kekerasan.
(4)
Jika—
(a)
mana-mana barang ditetapkan dijumpai di mana-mana premis yang dimasuki di bawah seksyen ini;
(b)
barang ditetapkan itu dikeluarkan oleh pengeluar yang bertanggungan membayar levi; dan
(c)
levi itu belum dibayar, barang itu boleh disita dan boleh dilucuthakkan.